Notis
Penganjur
Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY)/
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
PEMBERITAHUAN PERHIMPUNAN AMAN (AKTA 736)
Adalah dimaklumkan, bahawa semua perhimpuanan yang akan diadakan di Persekutuan Malaysia perlu mematuhi peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012.
2. Perhimpunan atau Perarakan "Solidariti Bersama Adam Adli" juda tertakluk kepada peruntukan Akta yang sama. Oleh itu penganjur "Solidariti Bersama Adam Adli" menpunyai tanggungan undang undang untuk mengemukakan pemberitahuan akan perhimpunan tersebut kepada Ketua Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur sebagaimana ditetapkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
3. Sila ambil perhatian, bahawa kegagalan mematuhi peraturan di bawak Sekysen 9(1) adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Sekysen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sekian terima kasih,
Ketua Polis Daerah
Sentul
Kuala Lumpur
Notis telah dikeluarkan kepada penganjur "Solidariti Bersama Adam Adli" untuk beredar dari berhimpun secara haram di hadapan Balai Polis Jinjang malam semalam.
Adam Adli kalau sudah membuat kesalahan, maka berani la tanggung risikonya. Adam yang ditahan di bawah Sekysen 4 Akta Hasutan 1948 dan Sekysen 124 (b) Kanun Keseksaan dimasukan ke lokap Balai Polis Jinjang dan ditahan reman 5 hari. Adam akan didakwa di mahkamah pada pagi ini.
Pada malam semalam lebih kurang seramai hampir 400 orang telah berkumpul secara haram untuk mendesak Polis untuk membebaskan Adam Adli. Dan kelihatan beberapa pemimpin pakatan yang turut bersama dalam bantahan haram di hadapan Balai Polis Jinjang.
Apa yang TM lihat pada bantahan tersebut yang di majorati oleh orang cina melebihi bangsa lain adalah perhimpunan haram. Ianya hanya menimbulkan kegelisahan masyarakat sekeliling.
TM lihat walaupun tiada apa perkara buruk yang berlaku, puak puak ini buat bantahan haram seperti undang undang di bawah kuasa mereka. TM harap pihak polis akan bertindak tegas sebelum ianya berleluas dengan meletakan undang undang di bawah kaki mereka yang bakal menghuru harakan keadaan di Malaysia.