Monday, 27 October 2014

@abdulhadiawang Bagi Penampar, @limguaneng & @AzminAli Singkir @anwaribrahim


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat daripada sekutu politiknya apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen pada Isnin yang diadakan bagi meraih sokongan berhubung kes liwat pada Selasa dan Rabu.

Ketiadaan Abdul Hadi dalam mesyuarat penting sehari sebelum pendengaran terakhir rayuan Anwar berhubung kes liwat keduanya menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada pengikut politik pembangkang yang selama ini merasakan pemimpin mereka bersatu.

Walaupun ini bukan kali pertama Abdul Hadi tidak melibatkan diri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar, namun ketiadaannya pada kali ini dilihat janggal terutama di saat Ketua Pembangkang itu mungkin berhadapan hukuman penjara jika gagal dalam proses rayuannya.

Seakan menutup perselisihan antara beliau dan Presiden PAS itu, Anwar pada permulaan sidang medianya lebih awal menyatakan bahawa Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain di Terengganu.

Seperti biasa, pada mesyuarat itu Abdul Hadi diwakili Timbalannya, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Al; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin PAS lain.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

- sumber

Saturday, 18 October 2014

@mohdrafiq2020 Usaha Dan Sumbangan Biro Pelajaran PPUM @Khairykj @azwanbro


Dari Melaka bergegas ke Kg Selayang Lama di Parlimen Batu !!!

Hari ini, Mohd Rafiq Naizamohidden, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Pelajaran PPUM telah datang ke kawasan Parlimen Batu untuk menyerahkan peralatan asas persekolahan kepada 6 anak yatim yang kehilangan ayah mereka dua hari sebelum bulan Ramadan yang lalu.








Keenam enam anak tersebut merupakan anak kepada Mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Batu iaitu Saudara Mohammed Ali Oodin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru paru. Semasa hidupnya Mohammed Ali berjasa dan berkhidmat kepada masyarakat melalui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Arwah amat disenangi masyarakat Kg Selayang Lama

Kedatangan Saudara Mohd Rafiq untuk memastikan anak anak arwah Mohammed Ali tidak mengalami masalah untuk menerus pelajaran mereka akan datang. Sedikit sebanyak sumbangan ini telah membuat anak anak yatim tersebut menjadi gembira.

Semoga Saudara Mohd Rafiq akan meneruskan usaha murni memastikan anak anak kurang bernasib baik dapat pembelaan sewajarnya.

Thursday, 9 October 2014

@razlanrafii Harap @NajibRazak Dan @Khairykj Bina Rumah Mampu Milik !




Harapan Mohd Razlan Muhammad Rafi menjelang budget 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak esok di Parlimen. Ketua Pemuda UMNO WP ini berharap rumah rumah mampu milik akan dibina untuk orang orang muda yang baru berkahwin.

Ucapan Mohd Razlan sebelum ini :-

Ucapan Terima Kasih kepada Kerajaan kerana telah siap membina Rumah Transit untuk Anak Muda Baru Berkahwin.

40 Tahun sudah lahirnya Wilayah Persekutuan, didalamnya wujud Rakyat Malaysia yang datang dari serata Negeri.

Namum kami, sebagai Warga WP mahu masalah perumahan ini di berikan keutamaan kepada Warga WP.

Anak2 muda WP yang kurang pendapatan diberi keutamaan dan diletakan dalam Syarat untuk pertama menduduki Rumah ini.

45 Ribu yang memohon Rumah DBKL, warga WP dan pendapatan kurang .. Diminta diutamakan agar lebihan duit sewaan mereka dapat menabung membeli rumah yang bakal kerajaan bina.

Amaran @Armand_PJU Kepada @Khairykj Kerana Marahkan @anwaribrahim Dan @cmlimguaneng



"Nak berdemo ... demo la ... tapi belajar hormati kepimpinan negara"

Hari ini Armand Azha, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi amaran menerusi sidang akhbar Briged Kesatria Muda petang tadi supaya pihak yang terlibat dalam bantahan di hadapan pintu masuk Parlimen supaya tidak memprovokasi melampau. 

Provokasi melampau merujuk kepada peserta yang membawa banting gambar YB Perdana Menteri Malaysia lalu dipukul gambar tersebut ... kononnya marah dan tidak berpuas hati dengan kenaikan petrol baru baru ini.


Untuk pengetahuan semua peserta bantahan tersebut sering bersama dalam bantahan pakatan rakyat ... persoalannya berapa dia telah diupah ??? Kalau dahulu dia kurus tetapi sekarang dia sudah dah berisi !!! Makan kenyang makan duit upah pakatan rakyat ???

Friday, 3 October 2014

Waris kepada @NajibRazak @anwarbrahim @abdulhadiawang Dicari HKL


Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang mencari waris seorang warga emas yang kini sedang koma.

Pesakit di kenali dengan nama Mohd Tabar Kadri, 70, ditemui tidak sedarkan diri setelah dilanggar. Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Rahana Mohamad Zain berkata, warga emas itu dimasukkan di Wad Neuro HDW disebabkan ‘traumatil of frantal confusion’.

“Ketika ini tiada waris yang melawat beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan warga emas berkenaan menetap di alamat Lot 535/1, Jalan 1/10 Kampung Lembah Melewar, Off Padang Balang, 51100 Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi 03-26156464.

- Sumber Sinar Harian