Wednesday 23 July 2014

Peringatan @Khalid_Ibrahim Kepada @anwaribrahim Jangan Main Sondol Je !!!


Penggantian Dan Pelantikan Menteri Besar Perlu Patuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri


Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Monday 21 July 2014

Adakah Undang Undang Dan Hukuman Milik Seorang Awam ? @PDRMsia @KBAB51


Budak Melayu ini telah ditangkap kerana mencuri. Setelah budak Melayu ini ditangkap, tangannya telah diikat dari belakang. Semesti budak ini tidak mampu melarikan dirinya lagi. Tetapi seorang lelaki cina mengambil kesempatan untuk menendang budak Melayu di kepalanya berulang kali. Sememang budak ini bersalah tetapi siapa lelaki cina ini suka hati mengambil tindakan sendiri dengan sepak terajang ???

Pertanyaan TM kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, adakah lelaki cina dibolehkan mengambil tindakan di tangan sendiri. Sepatutnya perkara ini diserahkan kepada puhak berkuasa.

Oleh itu TM merasakan polis harus mencari lelaki cina ini dan menahannya kerana mengambil tindakan sendiri secara kekerasan dengan suka hati !!!

Sunday 20 July 2014

Perhimpunan Rakyat Malaysia Solidariti #JUSTICE4MH17 #Pray4MH17 #MH17 @NajibRazak


Mari kita rakyat Malaysia beramai ramai berpakaian serba hitam berhimpun bersama menuntut keadilan dan kebenaran pada jam 3.30 petang hari selasa 22 Julai di perkarangan Ibu Pejabat Tabung Haji !!! 

Saturday 19 July 2014

@razlanrafii Kata Wanita Cina Biadap Perlu Didedahkan @PDRMsia @dsjamilkhir


 

Hari ini Muhammad Razlan Rafii, Ketua Pemuda UMNO WP mencabar blogger blogger terutama blogger Melayu yang mendedahkan detail Kiki Kamaruddin yang biadap terhadap seorang lelaki cina yang melanggar kereranya untuk mendedahkan pulak detail wanita cina yang BIADAP memakai pakaian yang bercetakan ayat ayat suci Al Quran.

Sekiranya Kiki Kamaruddin biadap kepada seorang lelaki tua cina tetapi wanita cina ini biadap dan menyinggung terhadap orang orang Islam Malaysia. Detail wanita cina ini perlu dicari dan seterusnya ditangkap kerana ini sudah menimbulkan kemarahan dan kegelisahan orang orang Islam di Malaysia.

TM nak tengok samada PDRM akan mengambil pantas ... sepantas mereka menahan Kiki Kamaruddin tempoh hari.

PANAS PANAS !!! Kegiatan Rahsia @IsmailSabri60 Yang Terbongkar Semalam @NajibRazak













Dalam kesibukan Datuk Seri Ismail berpolitik dan menjalankan tugas sebagai seorang menteri ... ramai diantara kita tidak mengetahui bahawa beliau menpunyai anak anak angkat yang terdiri dari kalangan anak anak yatim yang tinggal di sebuah tahfiz yang terletak di rumah yang didirikan di tanah wakaf yang terletak di Batu 9 1/2 Gombak.

Semalam beliau sempat singgah untuk meluangkan masa untuk menjamu anak anak angkatnya dengan juadah juadah, mendengar masalah masalah dan permintaan anak anak angkatnya serta bermain bunga api untuk menceriakan anak anak tersebut.

Sempena Hari Raya yang akan tiba, Datuk Seri Ismail telah menyedia pakaian pakaian raya untuk anak anak angkatnya ... tidak dilupakan duit raya yang pasti ditunggu oleh anak anak yatimnya yang kurang nasib baik itu.

Semoga usaha murni Datuk Seri Ismail Sabri ini menjadi contoh kepada menteri menteri kabinet yang lain ... walaupun sibuk dengan tugas harian ... namun golongan yang bernasib baik ini dapat perhatiannya.

Friday 18 July 2014

Gambar #MH17 Ditembak Jatuh Peluru Berpandu Canggih @NajibRazak








Kapal terbang MAS dengan 295 di atas kapal ditembak jatuh di Ukraine, Interfax melaporkan

Diterbitkan: 17 Julai 2014

A pesawat Malaysia Airlines telah terhempas selepas ia ditembak jatuh pada ketinggian 10km di timur Ukraine, menurut agensi berita Interfax Rusia.

Ia berkata pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal terhempas berhampiran sempadan Rusia di Ukraine.

Pesawat itu dijumpai "membakar di atas tanah," menurut laporan itu.

Pesawat itu telah turun dekat dengan bandar Shaktarsk di rantau pemberontakan-didera di Donetsk selepas hilang dari radar dan pasukan dari perkhidmatan kecemasan telah cuba untuk mencapai tempat kejadian, sumber keselamatan tidak dinamakan memberitahu Interfax-Ukraine agensi berita, menurut AFP. - 17 Jul 2014.

Tuesday 15 July 2014

@Neelofa Berubah Menuju Ke Jalan Allah Menutup Aurat !!!


Alhamdulillah Neelofa yang TM selalu kutuk dalam fb TM kerana berpakaian seksi melampau telah berhijrah menutup auratnya. Penampilan baru menutup aurat Neloofa diketahui apabila TM menonton Wanita Hari Ini di TV3.

Apa apa TM mengucapkan tahniah kepada Neelofa yang berubah untuk menutup auratnay. TM lihat Neelofa jadi semakin cantik ... syukur !!!