Demo depan Parlimen menuntut hak SAR pada 11 Oktober 2012
Pembangkang oh pembangkang !!! Ini lah akibatnya tidak mengikut saranan yang dibuat oleh kerajaan !!! Gagal menukar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ada kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Apabila tidak ada bantuan, mula nak buat demo menuntut hak dalam budget 2013 !!!
Tahukah anda bahawa bagaimana bantuan Sekolah Agama Rakyat diagihkan ???
Peruntukan SAR yang berdaftar diagihkan bawah kelolaan Jabatan Agama Negeri. Namun begitu Kerajaan Persekutuan tidak melepas tangan. Kerajaan Persekutuan yang mengambil berat kelangsungan SAR telah memberi peruntukan perkapita sebanyak 10.5 juta pada tahun ini bagi SAR yang mengada kelas Al Quran dan kelas Fardu Ain, menurut Tan Sri Muhyiddin menjawab persoalan yang dibangkit oleh Che Uda Che Nik (PAS-Sik) dan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) di sidang parlimen semalam.
Muhyiddin turut menggesa pakatan ketepikan fahaman politik terutama PAS. "Saya kemukakan cadangan untuk diterima tapi malangnya sebahagian besar tidak setuju sebab anggap kementerian ini BN yang punya !!! Ini bukan soal politik !!! Kalau boleh buat, dapat kurangkan masalah, katanya lagi.
TM - untuk kebaikan anak anak kita, elok berkerja sama !!! Jangan ikut keras kepala !!
No comments:
Post a Comment