Wednesday 21 November 2012

Mahathir Slashed Israel

@anwaribrahim mengarahkan Israel menyerang Yayasan Keamanan Global Perdana ???


Orang ramai sedih atas serangan Israel terhadap Palestine
Amerika ingin menjadi polis dunia untuk mengawal keganasan tapi sebenarnya Amerika pelindung kepada penganas sebenarnya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin di Gaza akibat kezaliman rejim Israel turut mendapat simpati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Ucaptama Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana 

"Kita sendiri tidak ada jaringan itu, sebab itu kita sanggup mengagihkan sumbangan yang akan diterima dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sama ada di dalam atau luar negara yang boleh menolong penduduk di Gaza.

"Walaupun kita tidak mampu untuk membantu dari segi ketenteraan, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia boleh memberikan sumbangan bagi meringankan beban dan penderitaan penduduk Palestin di Gaza yang telah dinafikan makanan, pakaian dan ubat-ubatan oleh pihak rejim Zionis," katanya.

Tun Mahathir berkata demikian ketika ucaptamanya dalam majlis Pelancaran Tabung Kecemasan Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.


Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menyerahkan cek bantuan

"Hari ini juga PGPF telah menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Prof. Paola Manduca wakil Medical Aid of Palestine.  PGPF sebelum ini telah membelanjakan kira-kira RM500,000 dalam membekalkan air dan juga RM300,000 untuk pakaian serta peralatan kepada penduduk di Gaza" ulas Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai turut bersama ketika perlancaran semalam.

"Kami juga akan terus memberikan sumbangan kepada NGO-NGO terlibat bagi membantu sebanyak mungkin penduduk Palestin yang kini dizalimi oleh rejim Israel," tambahnya lagi.

Kepada individu atau badan korporat yang ingin menyumbang dalam Tabung Kecemasan Gaza boleh menghubungi talian 03-2092 7248 atau layari laman web www.perdana4peace.org untuk maklumat lanjut.

Sumber dari TM dan gambar sumbangan Zali Photographer










No comments:

Post a Comment