Bersedia Mengambil Kembali Batu dari @tianchua #MPMalas @Rosnah_ARS @abss115 @Zauyah74 @HazeHashim
|
Jaga jaga YB Gigit !!! |
Semalam puteri puteri Bahagian Batu ... orang orang Batu macam TM telah berkumpul di pejabat UMNO Bahagian Batu untuk menyatakan mereka di Biro IT telah bersiap sedia mengerah tenaga 24 jam di bilik gerakan di PRU13 nanti !!! Mereka telah memanggil Datuk Yahaya, Pengerusi BN Batu merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu, Dominic Lau, bakal calon BN yang kuat membuat kerja dan Zauyah, Ketua Puteri WP.
|
Yahaya, Zauyah, Domanic, Hazrina turut memberi kata kata semangat !!! |
Taklimat penerangan jentera IT Puteri UMNO Bahagian Batu telah disampaikan oleh Hazrina, KP Puteri UMNO Batu. Dalam penerangan tersebut, ketua puteri membentangkan perkara perkara yang telah dilakukan dan akan dilakukan jentera IT tersebut. Zauyah yang mengetuai jentera IT WP berpuashati dan turut memberi pendapat untuk menambah baik lagi jentera IT Batu.
|
Yahaya menyampaikan dan diperhatikan oleh Dominic |
Pada majis itu, Puteri UMNO Bahagian Batu turut mengada program sampingan iaitu penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada 50 anak anak yang kurang berkemampuan. Penyampaian itu disempurnakan oleh Datuk Yahaya dan Dominic Lau.
Aku rasa kalau jentera IT ini jumpa Tian Chua MP Batu yang malas, sure dia akan dihempap hempap oleh puteri puteri yang perkasa !!! Betapa gagahnya puteri Batu !!!
No comments:
Post a Comment