Tuesday 25 December 2012

@nikabdulaziz Ilmunya Tidak Diberkati Allah

Apabila Menyokong Saranan @cmlimguaneng #TolakPR



Dalam perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini,  Guan Eng telah menyentuh sensiviti orang Islam di Malaysia, apabila menyarankan kerajaaan pusat untuk membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu.

"Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus membenarkan mubaligh-mubaligh kristian menjalankan tanggungjawab mereka menyebarkan agama Kristian tanpa sekatan. 

"Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini ... mereka taat kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia," katanya dalam perutusan tersebut. 

Kalau Pok Nik atau ustaz ustaz Hampas tak nak bersuara ... biar lah TM seorang Islam bersuara berlandaskan surah Al Ikhlas 


Adakah orang pakatan yang beragama Islam menidak Kalam Allah di surah Al Ikhlas ?
Sebagai seorang Islam, TM akui bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan sememangnya tak kira bangsa dalam dunia ini adalah hamba kepada Allah. Tetapi TM tak tergamak untuk membenarkan khalimah 'Allah' kepada agama selain Islam pada zaman ini !!! Dalam ertikata sebenarnya TM TIDAK MAHU SEKUTUKAN ALLAH DENGAN TUHAN TUHAN REKAAN MANUSIA !!!


(Al Nisa’ 4:48-52)
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (٤٨) أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُمْ بَلِ اللّهُ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَلاَ يُظْلَمُونَ فَتِيلاً (٤٩) انظُرْ كَيفَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللّهِ الكَذِبَ وَكَفَى بِهِ إِثْمًا مُّبِينًا (٥٠) َأَلَمْ ترَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ هَؤُلاء أَهْدَى مِنَ الَّذِينَ آمَنُواْ سَبِيلاً (٥١أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللّهُ وَمَن يَلْعَنِ اللّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا (٥٢)
Pada ayat yang lalu Allah SWT mengutuk Ahli Kitab kerana kekufuran mereka terhadap ajaran Allah yang dibawa oleh Rasul yang terakhir Nabi Muhammad (sallallahu alayhi wasalam). Selain enggan mengakui kerasulan baginda (sallallahu alayhi wasalam), mereka juga telah melakukan dosa yang amat besar iaitu syirik terhadap Allah. Mereka mempersekutukan Allah dan mendakwa Allah SWT mempunyai anak. Di dalam ayat berikut Allah SWT memberi amaran yang sangat keras bahawa Dia tidak akan mengampuni dosa syirik.

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (٤٨)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (48)

Maksudnya: Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia akan mengampuni dosa selain dosa syirik itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan dosa syirik adalah dosa yang paling besar daripada semua dosa besar lainnya kerana ia menyangkut hak Allah.
Imam Ibnu Kathir berkata 1: Yang dimaksudkan “Allah tidak akan mengampuni dosa syirik” di dalam ayat di atas ialah: “Dia tidak akan mengampuni hambaNya yang menemuiNya di akhirat, sedangkan dia dalam keadaan syirik” yakni jika ia mati dalam syirik yang ia tidak sempat taubat sebelum matinya.

Adapun dosa selain syirik, samada dosa besar atau kecil, Dia akan mengampuninya jika Dia berkehendak. Terhadap dosa-dosa selain syirik, Allah telah jadikan beberapa sebab pengampunannya, seperti amal kebajikan (الحسنات), musibah (المصائب) di dunia, doa mukminin di alam barzakh, syafa’at pada hari kiamat. Ini berbeza dengan dosa syirik. Orang yang melakukan syirik bererti ia sendiri telah menutup pintu-pintu ampunan dan rahmat Allah, sebab tanpa tauhid semua ketaatan tidak akan berguna dan semua musibah tidak akan berfaedah, malahan di akhirat kelak ia tidak layak mendapat syafa’at, ini sebagaimana pengakuan mereka sendiri di dalam firman Allah: ( فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ ) ertinya: Maka kami tidak mempunyai pemberi syafa’at seorangpun dan tidak pula mempunyai teman yang karib
(Al-Syu’araa 26:100-101)2

Betapa bahayanya dosa syirik tergambar di dalam firman Allah:
إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka. [Al-Maidah 5:22]


Kalau TM tahu tentang ini kepada Tok Guru dan Ustaz dari HAMPAS dok senyap tentang perkara ini ??? Demi kepentingan politik puak puak HAMPAS HAMPAS sanggup terima apa hasrat Lim Guan Eng ???

TM akhir dengan surah Al Kafirun, semoga saudara saudara Islam ku tidak menyekutukan Allah secara langsung atau tak lansung !!!


1. Katakanlah: “Hai orang-orang kafir!” 
2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah 
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah 
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah 
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku 

No comments:

Post a Comment