@NajibRazak kepada semua rakyat Malaysia
Saudara Saudari Rakyat Malaysia.
Negara-negara di Asia dijangka memainkan peranan utama dalam pergerakan dunia apabila kuasa global kini mula terarah ke Timur. Asia kini menjadi lokasi pembuatan kebanyakan produk barangan di dunia ini. Negara Asia kini sedang menikmati kadar pertumbuhan memberansangkan hingga berjaya membawa ratusan juta orang miskin menjadi masyarakat kelas pertengahan.
Bagaimanapun, negara asia menghadapi satu isu yang mungkin boleh merancatkan penguasaan mereka. Isu tersebut adalah perubahan iklim.
Asia berisiko menghadapi bencana kerana keadaan cuaca yang boleh memusnahkan rumah-rumah dan menyekat sumber rezeki hingga menjejaskan jumlah bekalan makanan dan menyebabkan penghijrahan penduduk secara besar-besaran. Sebagai sebuah rantau, kita sememangnya tidak pernah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut. Baru-baru ini, Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu, pada 2011, sebanyak 70 peratus daripada AS$ 380 juta kerugian ekonomi adalah disebabkan oleh bencana alam. Daripada jumlah itu, hanya suku sahaja daripadanya yang mendapat perlindungan insurans.
Tahun lalu, bencana banjir yang berlaku di negara jiran Malaysia iaitu Thailand adalah merupakan bencana alam paling teruk dalam sejarah. Perubahan iklim menyebabkan bencana lebih kerap berlaku. Tanpa menjadikan sempadan geografi sebagai alasan, ia tidak sepatutnya dianggap hanya sebagai masalah di negara Barat sahaja atau hanya meliputi negara kaya sahaja, sebaliknya ia adalah masalah yang dirasai di seluruh dunia. Jadi, saya menyeru sudah tiba masanya Asia diajak duduk bersama bagi mencari jalan penyelesaian tersebut.
Saya yakin, Malaysia mampu menawarkan perspektif baru. Kami adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Malaysia boleh dijadikan jambatan kepada perbezaan perbincangan mengenai perubahan iklim: kami menghadapi cabaran yang sama dialami oleh negara membangun lain, pada masa yang sama Malaysia juga akan menjadi negara maju pada sebahagian besar tempoh abad ke-21. Kami berharap untuk mencapai sasaran tersebut dengan cara berhemah. Saya berharap, pembangunan yang kita kecapi dapat menjadi contoh kepada semua.
Klik di sini untuk membaca dengan selanjutnya.
Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Daftarkanlah emel saudara-mara dan rakan-rakan anda melalui laman web saya untuk berkongsi maklumat terkini seperti ini kepada mereka secara terus. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Najib Razak
No comments:
Post a Comment