Monday, 11 March 2013

@anwaribrahim ? U Tak Tarik I Saman U , U Tak Mintak Maaf I Saman Jugak ? @tengkuazman



Haaaaa...sebab apa pemimpin pakatan haprak ini dikatakan sebegini rupa dan memang sepatutnya mereka diberikan gelaran ini. Apa saja perkara yang baik yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat ada saja yang cuba untuk menabur fitnah supaya rakyat akan menjadi curiga.

Ini adalah kerana mereka berasa cemburu sebab tak dapatkan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hanya yang mereka tahu KONDEM, fitnah, ceramah sana sini itu lebih penting. Kebajikan rakyat jatuh diperingkat bawah sekali asalkan matlamat mereka untuk ke Putrajaya tercapai.

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diberikan oleh pihak Kerajaan untuk golongan muda memiliki sekurang-kurangnya lesen motosikal. Ini adalah kerana masih ramai golongan muda yang tidak mempunyai lesen motosikal disebabkan yuran pendaftaran yang tidak mampu mereka membayarnya.

Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan ini membuatkan puak pakatan haprak panas punggung. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Teja dalam portal menipu rakyat KeadilanDaily ternyata tidak berasas langsung. Kenyataan yang langsung tidak mempunyai fakta dan hentam kromo ini adalah untuk menutup isu kemusnahan negara yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di Lahad Datu. Pengiraan yang dinyatakan oleh ADUN Teja juga tidak masuk akal, ternyata pelik ADUN Teja ni tak buat kerja dulu ker sebelum mengeluarkan suatu kenyataan.

Di manakah datangnya RM261 dan kononnya BL1M ini mengkayakan kroni UMNO? Sedangkan syarikat MYEG ini adalah sebuah syarikat bertaraf Bhd dan sudah lama menjalankan perniagaan mereka. Untuk pengetahuan semua, tiada sebarang kroni dalam program ini. Proses pemilihan melantik vendor untuk menjalan program BL1M ini juga melalui pelbagai tapisan dan tawaran yang diberikan oleh pihak MYEG sangat memberi keuntungan kepada rakyat.

Sehingga hari ini seramai 262,000 telah pun mendaftar dan akan dipanggil untuk menduduki ujian mengambil lesen tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Malaysia dan SHEB yang dipengerusikan oleh Tengku Azman Tengku Zainol Abidin kerana berjaya menjalankan program yang berfaedah untuk golongan muda.

GR ingin cabar pada ADUN Teja dan Anwar Ibrahim. Jika betul ada penyelewengan tunjukkan bukti yang sah. Biar rakyat semua tahu jangan main cakap sedap ikut. PKR diberi masa seminggu untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan pemimpin-pemimpin parti itu kononnya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah projek memberi kekayaan kepada kroni UMNO.

Pemuda UMNO dan syarikat vendor yang mengendalikan BLIM, MYE.G. Services Bhd. (MYEG) akan merujuk kepada peguam masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang jika PKR gagal berbuat demikian.

Artikel Gosip Rakyat

No comments:

Post a Comment