Tuesday 9 April 2013

@tianchua Pasti Terkubur Pada PRU13 !!! @abss115 @Dominiclauhc #BN4Malaysia #GE13 #PRU13 #TolakPR


 Seperti yang dijangka oleh TM, sambutan ceramah Tian Chua lidah kepada Anwar Ibrahim yang berbau longkang di PPR Batu pada sabtu lalu hambar kerana tidak dapat sambutan orang ramai. Kedatangan yang dianggar bawah 70 dihadiri oleh orang luar kawasan dan mungkin yang lalu disitu untuk berhenti sebentar. Turut berceramah, Bob Lokman dan Ishak Surin PAS Batu gagal menarik perhatian untuk orang ramai hadir mendengarnya.

 Tidak seperti ceramah PKR Batu pada dua minggu yang terpaksa membawa ketua Umum mereka untuk membantu Tian Chua yang kian parah di Batu kerana Tian Chua sebagai ahli parlimen membawa kebaikan dan perubahan di Batu kerana dia lebihkan aktiviti agenda di luar kawasan dan hanya menghantar kuncu kuncunya untuk meninjau hanya orang orang yang menyokongnya di Batu. Kalau MP ini hadir kenduri kahwin dan muncul hanya sekali sekala tersengih sengih datang untuk mengambil gambar sahaja untuk dimuat  turun ke laman sosialnya, Menyalahkan DBKL tidak melantiknya Ahli Lembaga Penasihat DBKL sebagai punca kegagalannya untuk berkhidmat untuk Batu, walhal sudah 5 tahun berlalu tetapi kenapa baru sekarang mahu timbulkan persoalan jawatan itu di ceramah tersebut.

 Sehubungan itu, TM menganggap bahawa rakyat di parlimen Batu sudah jemu dan muak dengan penipuan dan pembohongan ahli parlimen dari rejim PKR ini. Tambahan dalam insiden Lahat Datu, yang mengatakan ianya hanya sandiwara telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terhadapnya.


Oleh itu TM, menyarankan kita rakyat di Batu untuk menjatuhkan dan menumbangkan Tian Chua di Batu agar pembohong ini tersungkur dan terkubur di PRU13 ini. Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing !!!

No comments:

Post a Comment