Kenyataan Media
Saya menyahut baik saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang menegaskan bahawa pintu perundingan perpaduan bersama Pas tidak pernah ditutup. Ini merupakan satu seruan perpaduan yang murni di saat umat Islam diasak dengan pelbagai isu dan penghinaan. Cukup-cukuplah kita menjadi lemah dengan perpecahan yang merugikan ini.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyeru rakan-rakan kepimpinan Pas hari ini agar menyahut salam persaudaraan seIslam ini dengan hati yang lebih terbuka. Walaupun kita dikejutkan dengan kenyataan Presiden PAS yang menolak bulat-bulat cadangan Dewan Ulama' mereka untuk mempertimbangkan semula kerjasama bersama PKR dan DAP yang dirasakan merugikan perjuangan parti tersebut. Perkara ini sememangnya telah diketahui umum dan dirasai sendiri oleh PAS dan penyokongnya melalui keputusan PRU yang lalu.
Tiada faedahnya PAS menang majoriti kerusi DUN di Selangor tetapi tidak diiktiraf sebagai Menteri Besar? Adakah PAS mampu untuk merealisasikan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dalam keadaan parti tersebut hanya memiliki kerusi paling minoriti dalam pakatan pembangkang? Apakah ini semua tidak cukup menunjukkan bahawa PAS selama ini hanya dijadikan alat tunggangan oleh PKR dan DAP untuk mengecap kuasa?
Tidak mungkin PAS tidak sedar bahawa jika parti tersebut bersatu dengan BN, majoriti 2/3 dapat dibentuk dan Dewan Rakyat akan didominasi oleh pemimpin Islam? Bukankah ianya satu idaman dan mimpi indah buat semua umat Islam dan Melayu di negara ini.
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia
No comments:
Post a Comment