Saturday, 14 September 2013

Matlamat Dan Arah Yayasan Ehsan Seputeh @NajibRazak @mohdshafieapdal @razlanrafii #YayasanEhsanSeputeh


Pendidikan, kesihatan dan kebajikan menjadi teras utama matlamat penubuhan Yayasan Ehsan Seputeh yang bersifat PROAKTIF & BERPERANAN untuk masyarakat di Seputeh.

Usaha Yayasan Ehsan Seputeh bagi mentranformasikan dan membantu masyarakat Seputeh tanpa mengira bangsa atau fahaman politik dengan pencapaian yang amat membanggakan

Yayasan Ehsan Seputeh telah bekerjasama dengan pihak KPJ Healthcare Berhad dalam menganjurkan program program kesihatan dan memotivasikan masyarakat.

Yayasan Ehsan Seputeh juga telah merancang dalam masa terdekat untuk mewujudkan Pusat Dailisis bagi pesakit buah pinggang. Perancangan Yayasan Ehsan Seputeh ini mendapat kerjasama dari KPJ Healthcare Berhad dan Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan Malaysia.

Dengan harapan bantuan dan sokongan yang diberikan kepada Yayasan ini dapat menjadikan usaha ini sebagai satu ibadah dan fardhu kifayah.


Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
Perasmi : YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia

Peta ke Desa Waterpark
Untuk perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh, lebih kurang 30 buah gerai makanan dan buah buahan disediakan untuk menjamu para hadiri pada malam ini. Majlis akan bertambah berseri dengan pertunjukan bunga api dan persembahan artis iaitu Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim, Malaysia Drum Symphony, artis Kebudayaan dan ramai lagi.

Orang ramai dijemput hadir pada perlancaran ini. Semoga kehadiran kita beramai ramai dapat meriahkan perlancaran ini.

No comments:

Post a Comment