Sebagai anak adam, sesungguhnya kita tidak terlepas dari membuat kesilapan dari segi perbuatan dan tutur kata. Apabila bersemangat sedang berucap, kadang kala terkeluar beberapa patah perkataan atau yang agak kurang sesuai untuk digunakan menjadi contoh. Ada kemungkinan contoh tersebut akan menyentuh hati perasaan orang. Namun begitu Tan Sri Muhyiddin Yassain hanya insan biasa.
"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf. Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga Azizan ... saya mohon maaf".
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan. Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa telah memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.
Kekeliruan ini timbul ketika ucapannya di satu majlis di Bukit Besar pada hari sabtu lalu. Muhyiddin berkata beliau tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Azizan.
"Saya sebutkan tentang bajet, jelaskan tentang subsidi dan sebutkan kita nak jaga kesihatan.
"Tapi bukan tujuan saya untuk cemarkan nama baik Allahyarham atau merendahkan serta memperkecilkan arwah. Kita hormati arwah sebagai pemimpin berjasa. Bukan tujuan begitu (mempersenda)," katanya.
Tambah Muhyiddin, kenyataannya itu sekadar mahu mengambil iktibar mengenai pentingnya menjaga kesihatan.
"Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini"
Berikutan ini pembangkang telah mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai modal untuk mereka berkempen di ceramah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mendakwa kononnya Muhyiddin sengaja mempersenda Azizan.
Manakala, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria beranggapan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "tersalah cakap" ketika diminta media mengulas mengenai isu ucapan TPM, baru-baru ini. Nasir ketika ditemui semasa lawatan TPM ke Madrasah Mazahidul Ulum, Bukit Choras turut meminta semua pihak agar tidak memanjangkan isu dan meneruskan sebarang provokasi berkenaan kejadian terbabit.
No comments:
Post a Comment