Monday, 31 March 2014

Lawak @anwaribrahim & @drwanazizah Berwayang Tinggi Utk Menghalang @AzminAli Bertanding




Ulasan Ahmad Maslan tentang permilihan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang sebenarnya tidak berapa adil sangat. Anwar Ibrahim yang turut dicalonkan sebenarnya sekadar mengelakan Azmin Ali dari bertanding jawatan tersebut. Kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan menarik diri pada saat akhirnya untuk memberi laluan kepada isteri terus menerajui PKR. Seperti diketahui oleh semua rakyat di Malaysia, Wan Azizah isterinya sekadar boneka yang mengetahui PKR yang dikawal oleh Anwar Ibrahim.

Ini bukan sahaja memperbodohkan Azmin Ali tetapi keseluruhan penyokong Parti Keadilan Rakyat.


Thursday, 27 March 2014

Luahan Suara Hati Tun Mahathir Kpd Melayu Yg Tidak Tahu Bersyukur #1Malaysia





Assalamualaikum...utk renungan bersama....

Suara hati Dr. Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderlyatau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.



Artikel Penuh:http:/k/www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir

Wednesday, 26 March 2014

@NazirHussin79 PPUM Terima Kasih 26 Negara & Media Tempatan @NajibRazak @khairyKJ #MH370


KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pada hakikatnya, kita wajar berterima kasih kepada 26 buah negara sahabat kita yang bergabung tenaga dan usaha dalam menjejaki kehilangan pesawat MH370 sejak dari awal lag termasuk menggunakan kesemua teknologi yang ada termasuklah satelit dan radar, bukannya mempertikaikan penyatuan 26 buah negara ini dalam membantu Malaysia.

EXCO Pererakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kumpulan atau orang-orang tertentu yang mempertikai usaha operasi mencari dan menyelamat MH370 termasuk bantuan dari 26 buah negara lain dalam operasi ini memperlihatkan kebodohan mereka menilai semangat setiakawan dan pada hakikatnya, mereka yang suka mempertikai ini sekadar mencari perhatian dan mahu merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

"Sebagai seorang manusia yang normal, sejak hari pertama berita kehilangan MH370 ini, saya sendiri telah mulai resah dan mendoakan agar pesawat ini akan segera ditemui dengan semua anak kapal dan penumpangnya selamat.

Namun selepas pengumuman penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Mac lalu, bahawa MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi, saya ingin kongsikan perasaan sedih bersama semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370, walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah, namun tetap berkongsi kesedihan kehilangan sanak saudara dan saya berharap, mereka tabah melalui dugaan ini.

Namun, kita harus berbangga dan memberikan penghargaan yang tidak terhingga terhadap pasukan keselamatan kita yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)  MH370 ini serta penghargaan kepada pasukan SAR dari 26 buah negara lain yang turut menyumbang tenaga dalam operasi ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Tambahnya, bagi mereka yang nak memperlekeh dan mempertikai kemampuan Malaysia dalam operasi ini dan mempertikai bantuan pasukan dari 26 negara yang turut membantu ini, apa salahnya mereka sendiri menawarkan diri untuk menjadi anggota pasukan SAR ini termasuk menyertai operasi di Selatan Lautan Hindi yang kita sedia maklum bahawa sepenuh perhatian sekarang, bahawa operasi SAR ini tertumpu di Lautan Hindi.

"Nasihat saya kepada `mereka dan kumpulan-kumpulan' ini, agar jangan 'borak atau gebang lebih' ibarat anjing menyalak bukit kerana kalau setakat bercakap atau menyalak di pentas-pentas ceramah, di warung-warung kopi ataupun sekadar coretan di laman-laman media sosial, pesawat MH370 ini tetap akan terus meng'hilang'kan diri atau bersemadi di Lautan Hindi.

Sebaliknya usaha tanpa jemu pasukan SAR dari negara kita dan sahabat dari 26 buah negara lain itulah yang akan mencari bukti hilangnya pesawat ini di dalam Lautan Hindi, serta mencari kebenaran mengapa MH370 tersasar dari perjalanannya dari KL ke Beijing 8 Mac lalu dan 'mengakhiri' perjalanannya di Selatan Lautan Hindi sebagaimana yang diumumkan PM baru-baru ini.

Persoalannya, adakah mereka yang mempertikai kerjasama 26 buah negara ini sudi untuk menghulurkan bantuan atau menjadi sukarelawan dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 di Selatan Lautan Hindi ini atau mereka sekadar 'borak kosong' untuk membuat lawak jenaka bersama penyokong-penyokongnya semata-mata," tambahnya lagi.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
merangkap Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa

TQ, Juruterbang @krishj_87 Digantung Dan Disiasat Oleh @tonyfernandes @HishammuddinH2O #MH370

Tiada siapa mahu tragedi ini berlaku atau merancang tragedi ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sepatutnya apabila tragedi seperti ini melanda negara, kita sebagai rakyat Malaysia bersatu untuk mengatasi bersama. Kita sepatutnya memberi semangat kepada mereka yang bekerja keras untuk menyelesaikan tragedi ini.

Namun begitu terdapat segelintir rakyat yang hanya tahu mengkritik tapi tidak membantu apa apa, hanya menambah kegelisahan rakyat Malaysia khasnya keluarga mangsa MH370. Seolah olah kerajaan Malaysia tidak bersungguh sungguh dan cuba menyembunyikan sesuatu. Ini termasuk lah seorang yang bernama Krish Jejendira, juruterbang AirAsia X yang mengeluarkan kenyataan buruk terhadap kerajaan Malaysia. Klik SINI untuk cerita berkaitan.

Bagaimana pun cemuhan ini telah tersebar di media internet semalam telah menimbulkan kemarahan terhadap kenyataan ini. Pada hari ini, CEO Air Asia Tan Sri Tony Fernandes telah berkata dalam twitternya mengata kata bahawa Pegawai Senior Air Asia X itu telah digantung dan akan disiasat kerana melanggar peraturan syarikat.

TM dan rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Tony Fernandes yang peka dan segera bertindak kepada pegawai yang mencemar nama AirAsia dan Malaysia.

Tuesday, 25 March 2014

@BuletinTV3 Sila Jauhkan Media Anda Dari Keluarga Mangsa #MH370 @NajibRazak @HishammuddinH2O


Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini - Najib Razak

Tapi hari ini aku tengok TV3 ke rumah keluarga mangsa untuk interview. Sampaikan menyentuh perasaan ibu mangsa sehingga pengsan berkali kali. Kalau Media luar negara, mungkin TM faham ... mereka tak faham bahasa tapi nie media dari Malaysia sendiri. Kedatangan media ini menambah hiba dan kesedihan keluarga mangsa yang sedang bersedih. Beri la keluarga mangsa masa untuk kembalikan ketabahan semangat dan hati mereka.

PESANAN TM ... TAK PAYAH LAH NAK GI INTERVIEW PASAL NAK RATING !!!

@krishj_87 Fuck Your Self And Go Fly Kite @tonyfernandes @HishammuddinH2O #MH370




Ketika negara sedang sedih kerana tragedi pesawat MAS MH370 kehilangan di lautan Hindi dan kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu. Turut di bantu oleh banyak rakan negara dengan aset aset mereka. 

Rupanya ada seorang juruterbang Airasia bernama Krish Jejendira yang masih pertikaikan kesahihan pesawat itu telah terhempas atau meletup di Lautan Hindi. Jurutebang jni juga mengatakan bahawa kerajaan adamaklumat yang tidak diberitahu kepada umum atau cuba menyembunyikan perkara sebenarnya.

Elok Tony Fernandes memberi amaran juruterbang di syarikat AirAsia untuk menjaga mulutnya yang kemungkinan mabuk pada ketika membuat kenyataan tersebut.




@tianchua Kalau Bercakap Gunakan Kepala Lutut #MH370 @NajibRazak @HishammuddinH2O


Ahli parlimen Batu yang suka menpertikaikan segala perkara, dalam twitternya menpertikaikan kenapa sidang akhbar diadakan di luar parlimen. Dia mahukan Najib melakukan lapuran mengenai MH370 seperti Perdana Menteri Australia. 

TM senang je nak menjawab soalan kepada ahli parlimen Batu yang bodoh ini.
1. Mana Datuk Seri Najib nak buat kenyataan akhbar atau sidang media adalah hak dia.
2. Menyenangkan ramai pengamal media dalam dan luar negara yang mahu liput sidang media tersebut di ruang yang besar.
3. Kalau di Parlimen, mana ruang nak buat kenyataan sidang media itu?
4. Najib Razak Perdana Menteri Malaysia ... bukan Perdana Menteri Australia.
5. Kalau sesi Parlimen berlangsung, adakah Perdana Menteri tidak boleh tinggalkan Dewan Rakyat ?

Monday, 24 March 2014

@NajibRazak Lintas Lansung Dari PWTC Tentang Muktahir #MH370 @HishammuddinH2O @WRSyndicate


Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak #MH370 - 24/03/14

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.

Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.

AL FATIHAH

Sunday, 23 March 2014

@chegubard Arwah Guru Kita Tak Pernah Ajar Kita Jadi Binatang #Kajang #PRKKajang @razlanrafii @tunfaisal



Setahu aku dulu kita diajar menjadi insan berbuat baik sesama insan. Arwah Guru kepada Chegu Bard juga guru kepada TM. Guru orangnya tegas, namun beliau seorang yang baik orangnya. Arwah Guru suruh kita ikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Klik SINI untuk cerita berkaitan.

Nampaknya Chegu Bard bila sudah ada pengaruh dan kuasa sikit, dia sudah berubah menjadi seorang yang angkuh dan ganas. Nampaknya Chegu Bard sudah menjadi SEEKOR BINATANG YANG GANAS. Chegu Bard jadi seekor binatang yang bernama sergala yang menyerang mangsa secara berkumpulan.

Malu la Chegu Bard kelakuan ko macam binatang. Bukankah elok ko dijadikan binatang. Matlamat tak menghalalkan cara. Insaf la

@anwaribrahim Mengarah Pengikut Menyerang Warung Yg Tak Terima Kedatangan @drwanazizah #Kajang



Kalau dulu mereka ini berniaga di Penang 5 tahun di halau tapi tiada pembelaan dari ahli parlimen Melayu Pakatan Rakyat. Kini kerana tidak menerima kedatangan Wan Azizah hendak berkempen di warung mereka, penyokong pakatan yang berkemungkinan besar dari Parti Keadilan Raykat telah menyerang dan menghuru harakan warung tersebut. Cerita lanjut klik SINI !!!

Bayangkan lah nasib peniaga ini sekiranya Wan Azizah terpilih menjadi Adun di Kajang. Mungkin sejarah yang sama akan berulang sekali lagi. 

Walaupun pun Adun dari mana pun adalah tidak wajar menutup atau menabur pasir di periuk nasi orang.

Raja Bomoh Sayang @anwarbrahim Sudah Berpuluh Tahun #Kajang #PRKKajang



“Ya di mahkamah Tinggi, saya datang (pada) masa itu, bawa buah kelapa (dan) terowong, memang ada. Orang (penyokong Anwar) angkat beramai-ramai pada masa itu. Tujuan saya biar hakim senang menjalankan tugas pada hari Anwar bicara Anwar.

Menurutnya Ibrahim lagi, upacara tersebut dilakukan atas jemputan pemimpin politik namun enggan mendedahkan nama individu tersebut.

“Saya masa itu sokong semua, Anwar (pun) saya sokong. Tujuan (saya lakukan ritual itu) jangan bergaduh, jangan diganggu (oleh) pihak orang luar, orang yang buat rusuhan (dan) biar hakim jalankan tugas dengan baik.

“Yang jemput saya (pada ketika itu) ialah orang politik tertentu. Tak kan saya nak cakap pula (siapa yang jemput),” katanya.

Suasana PRK Kajang @chewmeifun VS @drwanazizah ... Ops Sorry VS @anwaribrahim #PRKKajang























Biar gambar ini berkata kata untuk mengambar suasana Pilihanraya Kecil di Kajang !!!

Saturday, 22 March 2014

@KhalidSamad Bertekak Dgn Shahrir Abdul Samad Di Parlimen Kerana @anwaribrahim #Kajang



TM rasa terkilan apabila melihat Khalid Samad sungguh biadap kepada abangnya sendiri Shahrir Samad. YB Shah Alam walaupun berlainan sokongan ... hormat la sikit kepada abangnya walaupun di parlimen. Sekurang kurangnya beri lah abangnya menghabiskan abangnya nak menjawab soalan YB Shah Alam itu. Nampak benar YB Shah Alam itu macam budak budak kerana mencelah ketika abangnya berhujah. Ini semata mata Khalid mahu membela Anwar Ibrahim.

Kemungkinan besar Khalid Samad telah rosak kerana berkawan dengan Anwar Ibrahim !!!

@NajibRazak @MuhyiddinYassin @chewmeifun Warnakan Muka @anwaribrahim @drwanazizah Dgn Biru


1. Esok pengundi N25 Kajang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru. Pilihan raya kecil ini atau "Kajang Move" dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat bagi kepentingan politik parti tersebut.

2. Saya harap pengundi Kajang akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional. Kemenangan untuk BN akan menyemarakkan lagi usaha kita memperkukuhkan semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

3. Kempen pilihanraya kali ini berlangsung ketika kerajaan terpaksa mengendalikan usaha antarabangsa secara besar-besaran mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal. 

4. Marilah kita terus berdoa agar usaha ini akan berjaya dan tidak sepatutnya MH370 dijadikan isu politik kerana apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya pihak penyiasat.

5. Kita juga kesal kerana kempen Pilihanraya Kecil Kajang ini juga menjadi medan pemimpin parti pembangkang untuk mencemar bekas pemimpin negara yang telah lama bersara dari politik.

6.Ini termasuklah serangan ke atas Tun Daim Zainuddin yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara. Serangan dan tuduhan yang mengaibkan pemimpin lama tidaklah mencerminkan nilai menghormati merekalah yang berbakti kepada negara selama ini.

Dato Sri Mohd.Najib
22 Mac 2014


UNDI LA BARISAN NASIONAL

Thursday, 20 March 2014

Dakwaan @drwanazizah Tak Berasas, @KBAB51 Perlu Bersihkan Nama @PDRMsia @Zahid_Hamidi



Nampaknya calon Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah sememangnya sudah terdesak dalam memenangi kerusi DUN Kajang dan membela suaminya yang disabitkan meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Tindakan terdesaknya membuat Wan Azizah memburukan pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan kematian jenayah yang berketurunan India seperti Kugan dan Francis sewaktu kempennya di Kajang.

Dengan bukti video ini, kuat untuk membuka kes terhadap Wan Azizah yang menuduh PDRM tanpa berasas. Wan Azizah perlu disoal siasat dan dia perlu kemukaan bukti terhadap tuduhan tuduhan tersebut. PDRM perlu membersihkan arang yang terconteng di muka dan pandang rakyat Malaysia.

@NajibRazak @MuhyiddinYassin Selawat Perdana Buat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. #1Malaysia


Orang ramai yang beragama Islam dijemput beramai ramai ke Dataran Masjid Putra. Presint 1, Putrajaya pada jumaat, 21 Mac 2014, Jam 8.00 malam untuk bersama sama mendengar selawat oleh Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan tazkirah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Dengan kehadiran kita boleh bersama sama berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W pada malam tersebut.

@HishammuddinH2O Update 2 Object Found By Satellite Australia #MH370 #PrayForMH370



Pesawat peninjau telah dihantar ke Lautan selatan India pada hari Khamis selepas pihak berkuasa Australia mengumumkan bahawa imej satelit menunjukkan sekurangnya dua objek di kawasan yang boleh dikaitkan kepada hilang Malaysia Airlines penerbangan MH370 .


Empat pesawat telah dihantar ke kawasan itu selepas " petunjuk kemungkinan serpihan " dikesan dalam imej satelit , berkata Lembaga Keselamatan Maritim Australia ( AMSA ), yang merupakan penyelaras carian di Lautan selatan India.

Tindak balas kecemasan Pengurus Besar AMSA , John Young, berkata objek yang terbesar mungkin telah dianggar berukur 24 meter ( 79ft ). Tinjauan satelit telah dibuat 2,500 km (1,500 batu) di barat daya Perth.


Objek kedua mungkin berkaitan dengan penerbangan MH370 .
Kedua dua objek mungkin berkaitan dengan penerbangan MH370.

Perdana Menteri Australia , Tony Abbott , memberitahu Parlimen pada hari Khamis bahawa " maklumat baru dan boleh dipercayai " yang telah muncul dari analisis pakar imej satelit. Pengumuman beliau 12 hari penerbangan ke Beijing MH370 hilang pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur , ibu negara Malaysia , dengan 239 orang di atas kapal.

Abbott berkata Australia tentera udara Orion telah darahkan untuk mencari objek, dengan tiga pesawat tambahan berikut untuk pencarian susulan yang lebih intensif . Beliau menambah bahawa beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, perkembangan .

Pesawat telah kembali tanpa apa-apa selepas pencarian awal. Abbott memberi amaran terhadap membuat kesimpulan awal. "Kita mesti ingat tugas mencari objek ini akan menjadi sangat sukar dan ia mungkin berubah bahawa ianya tidak berkaitan dengan penerbangan MH370 .

"Namun begitu saya ingin mengemaskini perkembangan yang berpotensi ini. "


Tony Abbott , Perdana Menteri Australia , mengumumkan penemuan yang mungkin dalam pencarian penerbangan MH370 .

Terdahulu, AMSA berkata ia telah separuh kawasan carian di Lautan Hindi - walaupun dengan sesuatu kawasan masih meliputi 300,000 kilometer persegi - dan bergerak lebih dekat ke Perth.


Young, ketua AMSA , kata selepas pengumuman Abbott bahawa objek adalah " agak kurang jelas " pada imej satelit tetapi satu "saiz yang munasabah dan mungkin dibanjiri dengan air ... terlonjak atas dan ke bawah di dalam air ".

" Kami telah lama dalam bidang ini melakukan pencarian dan menyelamat dan menggunakan imej satelit sebelum ini," kata Young. "Ianya tidak semesti berkaitan dengan pencarian walaupun ianya kelihatan sepertinya, jadi kami akan tumpukan pandangan kita sehingga ianya dijumpai . "

TM harap ini pentandaan awal penemuan MH370 yang telah hilang lebih 12 hari itu.


@fuhas_tweet Soalan @anwaribrahim Nak Tanya Siapa Dan Bagaimana #MH370


Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalaanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. -Dato Fuad HassanAnwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalaanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. -Dato Fuad Hassan

@anwaribrahim Menipu Satu Dunia Siapa Yg Memerintah Malaysia #MH370 #PRKKajang



Ulasan ketika di temuramah CNN, Anwar Ibrahim dengan terang mengatakan bahawa Zaharie Shah adalah ahli kepada parti pemerintah ??? Bukankah Barisan Nasional masih lagi adalah pemerintah di Malaysia ??? Kenapa Zaharie Shah yang merupakan ahli seumur hidup PKR dikatakan sebagai Ahli Parti Pemerintah ??? Adakah Anwar Ibrahim tersasul atau hilang ingatan ataupun cuba menipu satu dunia yang mengikut perkembangan melalui CCN !!! 

PKR bukan parti pemerintah Malaysia tetapi Barisan Nasional.

"Anwar mengakui mengenali juruterbang, Zaharie Shah berusia 53 tahun ke tahap yang tertentu , memberitahu CNN Christiane Amanpour dalam satu temu bual disiarkan pagi ini bahawa Zaharie telah sekadar menjadi penyokong setia punca pembangkang persekutuan , yang beliau menegaskan adalah kira-kira "reformasi demokratik ".

" Sudah tentu dia tidak, " Anwar berkata apabila ditanya jika beliau percaya Zaharie menjadi fanatik .

" Beliau menyokong pakatan berbilang kaum . Beliau menyokong reformasi demokratik. Beliau adalah terhadap sebarang bentuk ekstremisme, "katanya dalam temu bual itu, yang disiarkan pada pukul 3 pagi pagi ini." - Sumber CNN.


@chewmeifun Layak Daripada @drwanazizah Dan @anwaribrahim Di #Kajang





Calon dari PKR, Wan Azizah merupakan yang mithali dan cukup setia pada suamimya Anwar Ibrahim dalam semua perkara. Wan Azizah mematuhi segala arah dan perintah suami yang songsang. Itu bukan bermakna tiket untuk memenangi Kerusi DUN Kajang dengan mudah. 

Setelah mengkhianati pengundi Permatang Pauh kerana meletak jawatan semata mata beri suaminya untuk bertanding semula di parlimen tersebut, kini Wan Azizah mahu bertanding di Kajang. Wan Azizah bertanding sekadar untuk menjadi boneka, demi suaminya bukan demi rakyat.

Maka pengundi Kajang sudah pasti sudah matang akan memberi peluang dan mengundi Chew Mei Fun dari Barisan Nasional pada PRK kali ini.

Pada kali ini Barisan Nasional akan bertanding dengan Parti Keadilan Rakyat. bukannya Pakatan Rakyat !!!

@HishammuddinH2O Susahnya Melayan Kerenah Keluarga Mangsa Dari China #MH370 #PrayForMH370



Dalam kebimbangan dan kecewa yang mendalam untuk carian dan nasib B777 -200 dengan nombor pendaftaran 9M- MRO ditetapkan MH370 dari KUL- PEK yang hilang sejak 0230hrs pada 8 Mac 2014, ia semua orang perlu bertenang dan tahap diketuai. Terutamanya, sebagai operasi semakin rumit.


Mencari dan menyelamat misi sudah ke hari ke-12 dengan 25 negara mengesahkan penyertaan dalam terbesar di -masa kebelakangan ini , banyak negatif yang datang dari China. Sama ada pegawai-pegawai , media atau ahli keluarga yang hilang 154 warga China.

Mereka betul-betul menjerit dengan kuat kata-kata seperti " Lie ", " Cover up " dan menolak apa-apa maklumat terbaru yang ditawarkan .

Hakikatnya adalah bahawa wakil-wakil Malaysia Airlines di Beijing untuk menangani krisis ini diberi makan dengan maklumat tidak lebih bahawa apa yang telah ditawarkan kepada media antarabangsa dalam taklimatr harian mereka di Sama Sama di KLIA , biasanya pada 1730hrs .

Ini berkongsi maklumat dengan hampir setiap hari Pemangku Menteri Pengangkutan Dato 'Seri Hishamuddin Hussein , DG DCA Dato' Azharuddin Abdul Rahman, GCEO Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya dan kadang-kadang disertai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar , Ketua Pertahanan Angkatan Jen. Tan Sri Zulkifli Md Zin dan Panglima TUDM Jen. Tan Sri Rodzali Daud TUDM .

Ia adalah selepas perbincangan yang teliti apa yang pernah maklumat terkini yang diperoleh di atas meja, yang telah disokong dengan agensi-agensi berkaitan sama dari luar negara seperti FAA, NTSB , FBI dan lain-lain .

Walau bagaimanapun, dalam intipati masyarakat yang telah berada di bawah penindasan dan ' tertutup' sekian lama dan hari ini aliran maklumat masih tidak telus sebagai tempat-tempat lain di dunia, tanah besar China di Beijing mempunyai keberanian untuk mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia adalah " menipu "dan " mereka tidak bercakap benar " mengenai butir-butir penerbangan MH370 yang hilang.

Yang benar-benar tidak adil.

Kemudian lagi, ia dirasionalkan yang mempunyai tanah besar China untuk bersaing untuk terus hidup dan mengambil jalan keluar untuk " Ambil tegas " apabila mereka mahu sesuatu atau mereka mahu didengar. "Jika tidak, mereka merasakan bahawa mereka akan hanya diabaikan dan keperluan mereka tidak akan berkhidmat ".

Apa yang mengejutkan , adalah tingkah laku luar biasa mereka yang bersempadan jijik seperti haiwan. Pada hari kedua selepas penerbangan MH370 telah hilang confimred , Malaysia Airlines memutuskan untuk menganjurkan Pusat Ops mereka di sebuah hotel di Beijing, untuk memenuhi apa-apa kerja perlu menghadiri pertanyaan dan memudahkan apa-apa keperluan untuk keluarga yang terjejas penumpang.

Pertama, kerana mereka sedang berkumpul, mereka menuntut mereka diberi taklimat setiap 15 minustes tentang terkini. Wakil-wakil Malaysia Airlines merasa sia-sia untuk berbuat demikian kerana mereka tidak akan mempunyai apa-apa yang baru, jika mereka perlukan untuk melakukannya empat kali setiap jam. Tetapi mereka sangat berkeras.




Selepas beberapa hari apabila mereka tidak mempunyai maklumat baru yang ditawarkan , setiap kali mereka melakukan taklimat mereka melontar dengan air botol dan menjerit .

Malaysia Airlines menyediakan makanan dan penginapan untuk keluarga yang terjejas . Pada satu titik masa, ia dipercayai bahawa makanan untuk 8.000-9.000 orang telah perlu bersedia untuk memenuhi bilangan orang berkumpul di hotel. Memandangkan hanya ada 154 daripada mereka di atas kapal, ia bermaksud bahawa terdapat 60 orang bersedih berkumpul di hotel atau setiap penumpang.

Malam ini , tiga wanita dipercayai warga China cuba menyeludup ke dalam dewan taklimat media di Sama Sama Hotel taklimat media setiap hari oleh Menteri Pengangkutan dan DG DCA bermula.

Wednesday, 19 March 2014

@UstazHaronDin Hargai Usaha Dan Iktiar Kerajaan Mencari #MH370 @NajibRazak @HishammuddinH2O


“Ada kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya,” kata Datuk Dr Haron Din 

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menegaskan bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370.

"Sebagai umat Islam kita kena berbalik kepada Al Quran dan percaya bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kita jangan terus menyalahkan sesiapa dalam hal ini adalah lebih baik kita terus berdoa kepada Allah agar pesawat MH370 dapat dijumpai dengan segera," katanya lagi.



Pada ketika ini semua orang dalam puak - puak Pakatan Haramjadah memukul canang cuba nak menyalahkan pihak Kerajaan ekoran insiden kehilangan pesawat MH370 tu, berlainan pula dengan Datuk Haron Din yang berfikir lebih matang dalam krisis ini. Beliau jelas menyokong serta memuji tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan dalam usaha untuk mencari pesawat terbabit. Pendek kata beliau hargai usaha yang kerajaan telah dilakukan.

@chewmeifun Bendera BN Menjadi Ancaman Kpd @anwaribrahim Dan @drwanazizah di #PRKKajang


Nampaknya bendera Barisan Nasional telah menjadi ancaman kepada calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Wan Azizah. Dengan kuasa sebagai pemerintah negeri Selangor, maka ada pihak yang mengarahkan MPKJ untuk menurunkan bendera bendera Barisan Nasional. 

Dipercayai bahawa bendera bendera BN telah menguasai banyak tempat di Kajang, mengatasi bendera PKR yang sedikit kerana dipasang oleh pihak yang kontraktor diupah oleh PKR. Dari segi moral BN sudah mengatasi PKR.

Jika diperhatikan dengan teliti, kita boleh melihat bahawa sokongan penduduk Kajang kini berpihak kepada calon Barisan Nasional, Chew Mei Fun. Ini sedikit sebanyak membuat pihak Parti Keadilan Rakyat gusar dengan perkembangan terbaru ini.