Thursday 3 April 2014

@razlanrafii Pemuda WP Membantah & Menpertikai Pengagih Rumah PR1MA @NajibRazak @Khairykj


\

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Saudara Razlan Rafii telah membantah cara pengagihan rumah PR1MA. Turut membantah adalah Pemuda UMNO Kedah. Oleh itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mesyuarat petang semalam telah membuat ketetapan supaya sistem pengagihan PR1MA ini harus dikaji semula.

Punca utama kajian perlu diadakan kerana koata untuk golongan muda tidak dilaksanakan. Turut dipersoalkan tentang koata untuk golongan bumiputra. Kaedah mengundi rumah PR1MA tidak menjamin koata 30% untuk golongan bumiputra akan tercapai.  Itu adalah terma syarat rumah biasa khasnya rumah kos sederhana dan mampu milik. 

Maka itu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan pihak PR1MA mengubah sistem pemilihan atau pengagih rumah PR1MA. Sistem cabutan undi ini tidak boleh digunapakai.

 Saudara Khairy Jamaluddin juga telah mengarahkan Razlan Rafii dan Pemuda UMNO Wilayah untuk menghantar memorandum bantahan.

No comments:

Post a Comment