Friday 11 April 2014

Respon @Zahid_Hamidi Tentang 1,000 Cina Yg Ingin Pulang Ke Malaysia @NajibRazak

Tuduhan Zahid Memberi Kerakyatan Kepada 1,000 Orang Pemegang British Overseas Citizen (BOC) Adalah Dusta Belaka!
Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.
Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.
Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?
Pemegang Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.
Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963.
Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia.
Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

http://postmetro.net/tuduhan-zahid-memberi-kerakyatan-kepada-1000-orang-pemegang-british-overseas-citizen-boc-adalah-dusta-belaka/#.U0eSRw-TkHY.twitter

1 comment:

  1. Anonymous31 July 2022 at 20:25
    Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.

    DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.

    Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.

    Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip

    perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu

    ReplyDelete