Tuesday, 20 January 2015

Bantuan @IsmailSabri60 MOA Dengan KADA Segera Di Kelantan @NajibRazak #PascaBanjir


Pada hari ini Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob menyampaikan Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan. MOA telah menganggarkan kerugian sebanyak 100 juta yang melibatkan juga kerosakan infrastructure dan aset sektor pertanian di Kelantan. 


Ketika Ismail Sabri meninjau bendang di Morak, Kota Bharu terjejas teruk dan beliau telah meminta pihak Lembaga kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menggunakan peruntukan yang ada untuk membantu membaiki dengan kadar segera sebelum MOA membuat bantuan susulan untuk menanggung kos bantuan tersebut.



Ismail Sabri juga menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa membantu negeri yang terjejas akibat banjir besar melanda negeri Kelantan demi kebaikan rakyat Kelantan.


"Kami akan bina banyak pasar tani di Kelantan bagi membantu petani petani, staf pertanian untuk meringakan beban rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan juga mendapat keistimewaan dari pasar tani yang diwujudkan, dimana ianya 20-60 % lebih murah dari pasar biasa.

No comments:

Post a Comment