Sunday, 11 January 2015

@razlanrafii Untukmu Agamamu Dan Untukku Agamaku @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir @KBAB51


KENYATAAN MEDIA

Pemuda UMNO WP Tuntut Penjelasan Eric Paulsen

Merujuk kepada kenyataan biadap Eric Paulsen yang mendakwa JAKIM cuba menanam semangat ekstrimis setiap Jumaat dan menuntut Kerajaan ambil serius kerana ianya adalah perbuatan menjurus ke arah ektrimis. Seperti yang difahami umum, kenyataan tersebut merujuk kepada Khutbah Jumaat yang dibacakan Khatib berdasarkan teks yang telah disediakan JAKIM.

Sikap ekstrimis penentangan terhadap Islam secara terbuka saban hari semakin mendapat perhatian daripada pihak yang tidak bertanggungjawab terutama daripada sesetengah orang-orang Kristian yang cuba memupuk kebencian terhadap Islam. Sedangkan hari ini terutama di dalam negara, orang-orang Islam sendiri tidak pernah sengaja mencetuskan provokasi sedemikian rupa terhadap mana-mana agama di sini.

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) mahu bertanya kepada Eric Paulsen, apakah agenda tersembunyi beliau sebenarnya? Atau adakah beliau sengaja mahu melaga-lagakan orang bukan Islam dengan orang Islam?

PPUWP ingin menegaskan di sini, Eric Paulsen dan mana-mana pihak berkepentingan jangan cuba menduga kesabaran orang-orang Islam di Malaysia. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru kita sedar betapa pentingnya hubungan toleransi beragama di Malaysia.

Sekali lagi PPUWP ingin menggesa Eric Paulsen supaya berani tampil ke hadapan dan berikan penjelasan terhadap ayat provokasi terhadap Islam yang cuba disampaikan. Jangan hanya sekadar berani berhujah di dalam laman media sosial dan menjadi bacul bila berhadapan.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

11 Januari 2015

No comments:

Post a Comment