“Penurunan harga itu bermula hari ini bagi membantu rakyat yang kini merungut tentang harga barangan yang tidak turun sedangkan harga
minyak turun”
Alhamdulillah pada hari ini bertempatkan Pasar Tani di Taman Melawati , Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Jualan Turun Harga Pasar Tani.
Makluman semua pembaca blog TM, menerusi ‘Program Jualan Turun Harga Pasar Tani’ itu, kadar penurunan harga adalah antara 5 hingga 20 peratus yang melibatkan 73 jenis barang dan produk berasaskan pertanian yang segar, kering dan telah diproses.
Ismail Sabri menyasarkan sebanyak 50 pasar tani lagi disasarkan akan dibuka tahun ini. MOA dalam perancangan untuk mewujudkan pasar tani kekal bagi membolehkan pasar tani beroperasi setiap hari dan bukannya sekali atau dua kali seminggu.
MOA juga akan memastikan peniaga peniaga di pasar tani mematuhi perlaksanaan program . Pelanggan pasar tani boleh membuat aduan sekiranya para peniaga tidak mematuh peraturan tersebut dengan membuat panggilan ke nombor hotline yang disediakan.
No comments:
Post a Comment