Wednesday, 6 May 2015

@AKaprawi Mengucapkan Tahniah Presiden Baru #KTMB & Terima Kasih @NajibRazak


Pada hari ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mendapat Presiden yang baru. Mulai hari ini Lt Kol (B) Tuan Hj Sarbini Tijan telah mengambilalih jawatan tersebut dari Datuk Elias Kadir.

Prestasi mantan Presiden tersebut telah menjadi rungutan rakyat telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerusi belbagai pihak mendesak perkhidmatan Datuk Elias Kadir tidak perlu disambung lagi. Dicadangkan juga supaya individu yang lain menggantikan beliau supaya segala kelemahan dapat diatasi segera. Datuk Elias Kadir ini juga telah menyebabkan KTMB mengalami kerugian berjuta juta ringgit. KLIK sini

Kegagalan kepimpinan mantan Presiden KTMB sangat ketara dimana beliau dilihat gagal menghalang syarikat daripada mengalami kerugian dalam operasi. Dengan perlantikan Sarbini Tian semoga dapat mentransformasikan KTMB menjadi salah sebuah syarikat yang membawa keuntungan kepada kerajaan.

TM mengharap KTMB akan terus maju dengan pentakbiran Presiden KTMB yang baru.