Monday 6 April 2015

@NajibRazak Wajar Pecat Presiden #KTMB Dengan Kadar Segera #KLChronicle




Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), salah satu syarikat Government Link Company (GLC) yang tertua di negara ini kini mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM 2.5 Billion sehingga tahun 2013 mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Persoalanya sekarang, walaupun mengetahui bahawa KTMB mencatatkan kerugian, apa yang kerajaan lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini?

Datuk Elias Kadir adalah Presiden KTMB

Melalui kajian yang kami jalankan di #KLChronicle, sehingga tahun 2008, KTMB telah mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM 1.45 Billion. Namun dalam tempoh yang singkat iaitu 6 tahun, kerugian KTMB bertambah sebanyak hampir RM 1.05 Billion dimana secara purata kerugian tahunan yang dicatatkan KTMB adalah RM 120 juta setahun!!

Bagi kami di #KLChronicle, kegagalan kepimpinan Presiden KTMB sangat ketara dimana beliau dilihat gagal menghalang syarikat daripada mengalami kerugian dalam operasi. Malah, persoalanya sekarang, mengapa kerajaan masih mahu mengekalkan Datuk Elias Kadir walaupun ketahui bahawa beliau "tidak perform" dalam mentransformasikan KTMB menjadi salah sebuah syarikat yang membawa keuntungan kepada kerajaan?

Kegagalan Datuk Elias Kadir mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang dialami oleh KTMB sehinggakan "mungkin" terpaksa "bailout" KTMB seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat penerbangan negara MAS sekarang. Bailout ini akan menyebabkan keadaan kewangan negara semakin runcing sekaligus menyusahkan rakyat apabila kerajaan mungkin terpaksa menarik balik subsidi-subisidi tertentu supaya dapat terus menampung kerugian KTMB.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kami di #KLChronicle ingin mendesak kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersikap proaktif dan menggantikan Presiden KTMB yang ada sekarang dengan seorang yang lebih berwibawa sekaligus memastikan KTMB kembali mencatatkan keuntungan dan seterusnya memastikan mutu perkhidmatan turut dipertingkatkan bagi keselesaan rakyat. 

p/S; Esok kami akan berikan lagi dallil mengapa Datuk Elias Kadir wajar dipecat









No comments:

Post a Comment