Friday 9 August 2013

Pesanan @razlanrafii Kepada @NajibRazak Di Hari Raya #1Malaysia


10 tahun lalu, UMNO masih kuat dan diterima kebanyakkan rakyat.

Orang UMNO kena faham peranan Anwar ibrahim yang mempunyai kemahiran dalam melihat kekurangan dalam sistem pemerintahan UMNO.

Beliau punyai ramai pemikir baik kafir ataupun golongan oputunis yang senantiasa mahukan kuasa dan golongan ini menolak BN kerana mahu ideologi mereka diterima oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu, perkataan "reform" atau "tranformasi" seharusnya tidak wujud kalau kita terus kuat melawan ideologi dan kuasa pengaruh anwar ibrahim.

Perkataan "reform" atau "tranformasi" itu sendiri sudah mengakui UMNO punyai masalah.

Seharusnya dari dulu lagi kita fokus untuk melawan pengaruh Anwar Ibrahim.

Hari ini kita gagal kerana terikut tarian Anwar Ibrahim ...

UMNO itu akan kuat apabila orang UMNO sendiri akui kita KUAT.. Bukan seperti hari ini, kuasa tertinggi parti sendiri mahukan transformasi!

Selamat Hari Raya.


Razlan Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh

Tuesday 6 August 2013

@ustazfathulbari Menawar Diri Sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia @NajibRazak @Khairykj

Fathul Bari Mat Jahya 
TM terjumpa Ustaz Fathul Bari sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Masjid KLCC anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Pada mulanya aku hanya bertanya mengenai kemusykilan yang bermain di benak fikiran aku. Apabila aku telah perolehi jawapannya, maka aku pon bertanya satu soalan cepumas kepada UFB !!!

Soalan aku ... Ustaz tak mahu ke menawarkan diri calon untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan UMNO Malaysia pada November ini. 

"Saya akan menawar diri untuk bertanding Exco Pemuda sekiranya ada sokongan dari kawan kawan !!!" kata UFB

Jom kawan kawan kita sokong UFB untuk bertanding Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia !!!