Wednesday 31 October 2012

Anwar The Goblog Blok Tweet

@anwaribrahim @AzminAli @tianchua @rafiziramli tidak layak menjadi pemimpin seperti @NajibRazak

Gaya penipu dan lakunan - Gambar Zali Photographer
Nampaknya Ketua Umum Pakatan Keluarga Rosak tak sehebat mana pun, cakap dengan lakunan gaya badut, ada hati nak berdebat dengan Najib Razak. Si Anwar nak jawab soalan soalan tweet dari orang ramai pun tak boleh atau tak reti atau mengelabah atau mungkin takut nak jawab. Sebaliknya Anwar, bapak kepada segala penipuan dan perpecahan masyarakat di Malaysia, lebih suka blok atau menghalang tweet orang kepadanya dan mengikut tweetnya yang penuh dengan penipuan.

Anwar yang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebenarnya orang yang PALING TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN TERUTAMA MENJADI PERDANA MENTERI kerana untuk menjadi pemimpin terutama perdana menteri, selain kita mendengar cakap mereka ! Mereka juga perlu mendengar luahan atau pandangan orang ramai walaupun ianya pahit atau perit didengari oleh mereka. Baru lah mereka layak menjadi pemimpin dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti Najib Razak.

Perbuatan Anwar yang suka blok juga diikuti oleh juak juaknya seperti @AzminAli penjual ais krim, @tianchua the gigit dan @rafiziramli lembu jugak.

Tunggu bila rakyat menghukum korang nanti pada PRU13 nanti, pasti korang baham tanah.

TM - Oit Anwar, kalau anak jantan dan kalau berani, unblok semua pengguna tweeter yang telah kau blok !. 

Monday 29 October 2012

Khalid Terduduk Di BTR

@anwaribrahim malu bergambar !!! Kalau orang tak sokong @Khalid_Ibrahim, tiang dan pokok boleh bergambar bersama :)


Gambar Khalid bersama orang yang tak ramai dan ribuan tiang letrik dan pokok pokok !!! Maaf Anwar malu nak bergambar bersama kerana tak ramai :P - Gambar MalaysiaKini 
Khalid Ibrahim bakal mendapat sebuah kerusi di Parlimen Bandar Tun Razak untuk dia duduk sebentar selepas keputusan PRU13 sekiranya dia bertanding di parlimen 114 itu.

Di hadapan orang yang tidak berapa ramai termasuk juak juak PKR, orang yang lalu lalang, kalau dicampurkan adala tak melebihi 300 orang mendengar dan melihat lakunan Anwar mengumumkan Khalid Ibrahim akan menpertahankan kerusi parilimen tersebut pada PRU akan datang.

TM melihat dikalangan yang datang, cuma sedikit orang cina yang datang, mungkin masih tertipu dengan perbohongan mereka berdua dan tentang Talam Coporation. SESUNGGUHNYA MEREKA MEMANG TALAM DUA MUKA !!! kerana itu ramai orang tidak datang terutama orang Melayu.

Anwar Ibrahim berkata, Khalid boleh dipercayai kerana bekas ahli korporat itu tidak pernah menyalah guna kuasa walaupun berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang besar untuk Selangor.
TM nak tanya kalau Khalid berjaya mengumpul wang yang besar untuk Selangor, MENGAPA SELANGOR NAK JUAL 5 ASET PKNS YANG BERNILAI 321 JUTA ?

Anwar bagaimanapun tidak menyentuh kedudukan Khalid dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Khalid juga penyandang kerusi Ijok.

TM yakin dan percaya Khalid akan digugurkan bertanding di Ijok untuk memberi laluan kepada Azmin Ali menjadi calon Menteri Besar.

TM - sarankan pengundi BTR membenamkan Khalid yang tak buat kerja di parlimen itu :p

Tulis Nama Atas Van

@Khalid_Ibrahim dikejar oleh babi dan sial belaan sendiri ? @REZQEENHILL @umbkl @razlanrafii

Babi yang meninggalkan nama
 Seekor babi dan seekor sial telah meninggalkan nama di atas van skuad sayang UMNO Bandar Tun Razak semalam. 

TM difahamkan van ini telah banyak berjasa dan terlibat dalam program program di Parlimen Bandar Tun Razak. Mungkin kerana iri hati kepada van ini, maka babi dan sial menconteng nama di atas van atau babi dan sial ini ingin menumpang keglamouran van yang menaikan nama UMNO Bandar Tun Razak di mata masyarakat Parlimen Bandar Tun Razak

"Van yang diconteng telah dilapurkan oleh seorang masyarakat prihatin kepada setiausaha saya" kata Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddi, sungguh kecewa dengan peristiwa ini.

Sial yang tumpang glamour



"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno.

Saya masih lagi tidak mampu menuduh sesiapa yang disyaki atau membuat spekulasi rambang tentang siapa yang terlibat dengan perbuatan jahat ini. Tapi apa yang boleh saya pastikan ialah si pelaku bukanlah seekor babi walaupun nama babi jelas terpampang di dinding van tersebut,
" katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Bagi TM, kemungkinan besar kejadian ini dilakukan oleh juak juak yang terasa tertekan dengan kerja kerja masyarakat yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Juak juak ini telah terasa bahang kekalahan mereka di PRU akan datang.

TM - Babi dan Sial, lain kali korang tulis nama atas batu ya :p




Friday 26 October 2012

Dan Calon Calonnya Ialah !!!

Alamak @TengkuAdnanReal terlepas cakap mendedah rahsia Barisan Nasional @NajibRazak @umbkl


Barisan Nasional terus jadi pilihan rakyat Malaysia


Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa,"

Tengku Adnan Tengku Mansor aka Kunan
Begitu lah kenyataan  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO tentang calon UMNO untuk PRU13 selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha di Putrajaya.

Keputusan akhir akan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN.

"Tidak tertakluk kepada calon UMNO sahaja malah semua parti komponen BN" kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agong BN.

Nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek. "PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan" katanya lagi.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat,"

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu sudah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.

TM - aku pun calon jugak, calon menantu :p

Tian The Interframe

YB Gigit @tianchua naik minyak ketika orang melapah daging korban di Parlimen Batu @abss115 @umbkl

Tian Chua suka interframe
 Seperti Hari Raya Korban, tahun tahun sebelum ini, TM dapat menjangkakan YB Batu, Tian Chua akan interframe bergambar di tempat tempat yang mengadakan ibadah korban. Memang Tian Chua suka interframe pada majlis dan program orang lain, kerjanya hanya tumpang ambik gambar.

KORANG BOLEH TENGOK SENDIRI TIAN CHUA AKAN DATANG TERSENGEH SENGEH DAN DIA AKAN SURUH MACAINYA MENGAMBIL GAMBARNYA BERLATAR BELAKANG TEMPAT MELAPAH DAGING.

Biar TM beritahu pembaca semua,Tian Chua yang juga dikenali sebagai konon lantang di sana sini sebenar hanya tin kosong di parlimen Batu. Semenjak memenangi Ahli Parlimen Batu pada PRU 12,  Tian Chua juga dikenali YB Gigit ini tidak pernah mengadakan apa apa program atau bawa manafaat untuk masyarakat di parlimen Batu kecuali sekali sekala menghadir kenduri kahwin, melawat orang meninggal dunia tapi terhad hanya orang pakatan rosak. Kegemarannya cuma bergambar seolah olah program atau majlis tu anjurannya.

Oleh itu TM menyarankan  PENGUNDI PENGUNDI PARLIMEN BATU PATUT MENJATUHKAN TIAN CHUA THE INTERFRAME (TIN KOSONG) PADA PRU 13 AKAN DATANG.

Insyallah TM akan cerita lagi tentang Tian Chua yang tak buat kerja pada post yang lain.

TM - pun tak pangkah sokong Tian Chua :)

Thursday 25 October 2012

Tembok Di Sg Batu

YB @tianchua lemas di Sungai Batu diselamatkan oleh @chandrakumanan @umbkl

Saya sudah mengalami tiga kali banjir kilat sejak beberapa tahun yang lalu, dan yang paling teruk adalah satu pada 21 Ogos lalu" kata Residen B. Rajeswari, 68. "Air naik paras pinggang tinggi. Saya bersama adik beradik terpaksa meninggalkan rumah ke tempat yang lebih tinggi sementara menunggu banjir reda," katanya lagi.

"Kami berharap bahawa projek ini boleh siap tidak lama lagi, supaya kita tidak perlu menghadapi banjir kilat itu lagi."
 

"Kuil cina di Jalan Kolam Air 4, off Jalan Ipoh, tidak akan perlu dipindahkan" untuk projek tebatan banjir, diterangkan kepada penduduk oleh Chandrakumanan, Yahaya dan turut hadir Dominic Lau
Semalam, Datuk A. Chandrakumanan,  Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan telah melawat tapak projek yang dicadangkan bersama Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya, Datuk Yahaya Mat Ghani, yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu.

Beliau berkata, Jalan Kolam Air adalah salah satu daripada enam bidang tumpuan dalam projek ini termasuk pembinaan tembok penahan sepanjang 1.7km Sungai Batu di sana.
Chandrakumanan, berkata perbincangan telah dijalankan dengan Jabatan Saliran dan Pengairan untuk mempertimbangkan semula rancangan, yang terlibat membina tembok penahan di sepanjang Sungai Batu di Jalan Ipoh.

"Walau bagaimanapun, penduduk 30 rumah setinggan berdekatan kuil masih perlu memberi laluan kepada projek itu, yang pada mulanya dijadualkan bermula pada 15 Okt," katanya.

"Satu kajian akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat mereka yang mungkin terjejas oleh projek, terutamanya berhampiran sungai dalam JPS tanah rizab, kebanyakan ianya akan terlibat projek tersebut.."

"Selain Jalan Kolam Air, tembok juga akan dibina di kawasan-kawasan lain yang berdekatan, termasuk Kampung Kasipillay, Taman Emas dan Pusat Dagangan Dunia Putra," katanya.

"Walau bagaimanapun, terutamanya isu tanah di sini (Jalan Kolam Air) dan di Kampung Kasipillay masih diperlukan untuk diselesaikan."

Klik sini untuk lawatan mereka yang lepas.

TM - mana pergi YB Batu Tian Chua yang dok sibuk luar parlimen sendiri ?.

Melalui KESAS Ke Genting


Gambar hiasan - Pusat Perjudian

Bertahun tahun TM dengar orang menghentam mengata mengapa tempat perjudian terletak lebih tinggi dari masjid masjid di Malaysia ? Ini yang kebanyakan orang PAS mendapat pengetahuan ini ketika ceramah ustaz ustaz mereka. Mengapa rakyat dianaiya mesti membayar tol bertahun tahun.  Ini yang telah dilaungkan oleh pakatan yang sebenarnya tak sepakat iaitu Pakatan Rosak. Tapi mereka tidak terangkan KENAPA MEREKA MENPUNYAI PEGANGAN DALAM KESAS DAN IPP GENTING pulak ? Mereka ini sememangnya biawak berlidah bercabang, depan rakyat menghentam kerajaan, walhal mereka lagi teruk.



Tapi pada hari ini melalui tweet Khairy Jamaluddin, YB Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendedahkan betapa Hipokrasi Kerajaan PR mengenai isu di atas, ia perlu didedahkan dan diketuai ramai.

Khairy Jamaluddin @Khairykj

Baca lah petikan tweet Khairy Jamaluddin di bawah

1. @Khairykj: Laman web subsidiari PKNS, Worldwide Holdings. Memiliki 25% dalam IPP Genting Sanyen. "Lucrative" katanya. Hebat! http://pic.twitter.com/W89QlDLy

2. @Khairykj: Screenshot dari laman web Kesas, syarikat konsesi tol. 30% masih dimiliki Kerajaan Selangor. Tapi kata nak masuh tol! http://pic.twitter.com/iLQ6v9lI

3. @Khairykj: Kerajaan Selangor dah mempunyai 4 tahun untuk jual pegangan saham IPP & konsesi tol yg mereka bantah dari segi polisi. Tapi masih pegang.

4. @Khairykj: MB Kedah dipaksa jual saham IPO Felda sebab bertentangan dgn polisi Pakatan. Tapi MB Selangor masih pegang saham IPP Genting & tol Kesas.

5. @Khairykj: Baru berucap di Parlimen: Pakatan bantah IPP & tol tapi Kerajaan Selangor masih miliki 25% Genting IPP & 30% highway tol Kesas!

Betul kata Nabi kalau fasik seperti pakatan rosak membawa cerita atau kabar, kita semua kena siasat dan periksa sebelum kita mengadilinya.

TM - JUDI TU HARAM tapi bagi aku, di mana sahaja pusat perjudian terletak, kalau kita bukan kaki judi, kita tak pergi tempat begitu.

Wednesday 24 October 2012

Pembebasan OKU Malaysia




TM dapat tahu, mulai hari ini golongan orang kurang upaya (OKU) yang ingin mendaftar atau memperbaharui lesen perniagaan akan diberi percuma oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ianya bertujuan menarik minat golongan OKU menceburi bidang perniagaan setanding golongan normal. Ketika ini seramai empat ratus lima ribu empat puluh empat satu OKU yang mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Ismail Sabri
"Pihak kerajaan memberi intasif kepada OKU yang terlibat dalam bidang perniagaan. Apabila kita bersetuju, bila SSM bersetuju untuk memberikan menawarkan pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan mereka secara percuma kepada OKU. Kalau untuk orang biasa kena bayar RM50 untuk pendaftaran dan pembaharuan, mereka bayar RM50 untuk lima tahun" kata Datuk Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan selepas merasmikan program Jalinan Kasih Kesedaran Keusahaan bersama OKU.

Program Jalinan Kasih Kesedaran Keusahaan  diadakan untuk memberi kesedaran kepada OKU, kepentingan untuk mendatfar perniagaan dan memahami masalah yang dihadapi OKU ketika berurusan dengan SSM.

TM rasa gembira kerana golongan OKU tidak dipinggirkan dan sesuai untuk mereka bersama untuk menaikan taraf sosio ekonomi mereka. Maka intesif adalah digalakan golongan OKU menceburi bidang perniagaan

Menerusi pendaftaran di SSM, mereka akan diiktiraf dan dilindungi undang undang, melayakan mereka membuat pinjaman di intitusi kewangan.

TM - aku pun dah daftar walaupun bukan OKU :)

Friday 19 October 2012

Antara Haji dan PRU

Himpunan jutaan Umat Muhammad di Mekah

Musim haji telah tiba, seramai lebih kurang 28 ribu rakyat Malaysia yang beragama Islam sedang mengerjakan ibadah rukun Islam ke 5, mengerjakan ibadah Haji di Mekah. TM harap jemaah Malaysia yang mengerja haji pada tahun ini akan mendapat haji Mabrur. Insyallah

Dalam sedar tak sedar, musim haji sudah tiba tapi yang tak tiba hanya PRU13.  Angin tak ada tiba tiba pokok bergoyong ? Najib Razak, perdana menteri tak berkata apa apa tapi tiba tiba pemimpin pemimpin PAS mengata PRU13 akan diadakan pada musim haji pada tahun ini.

Maka pemimpin PAS seolah olah memaksa  ahli ahlinya menangguhkan ibadat haji pada tahun ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 13.  Rupanya bagi mereka panggilan PRU lagi penting dari panggilan Haji di Mekah.

Akhirnya jangkaan pemimpin PAS meleset. Musim haji pun tiba, ahli ahli pas yang dapat pergi Mekah dalam jemmah haji Malaysia pun berangkat Mekah. Aku agak tiada seorang pun  ahli PAS yang membatalkan mengerjakan haji tahun ini atas perintah pemimpin. Mungkin mereka juga berfikir betapa benggongnya pemimpin pemimpin mereka.

TM - orang Islam yang menyokong BN pun nak mengerjakan haji juga.. 

Wednesday 17 October 2012

Selamat Tinggal Kg Berembang

Penduduk transit ingin menyewa dan menetap di PPR Beringin 

Datuk Yahaya - Ketua Bahagian Batu
Merangkap Pengerusi Barisan Nasional
Parlimen Batu

Seramai 308 keluarga dari 426 keluarga beasal dari Kampung Berembang, Ampang yang menetap transit di PPR Beringin telah menyuara hasrat dan memohon untuk menyewa menetap terus di PPR Beringin.

Setelah lebih kurang 9 tahun menetap transit di PPR Beringin, kerana selesa dengan penempatan dan kedudukan PPR, maka penduduk transit tersebut ingin terus menetap di situ.

Hasrat itu telah disuarakan kepada UMNO Bahagian Batu dan hasil usaha Datuk Yahaya Mat Ghani, Ketua Bahagian Batu telah berbincang dengan pihak Perumahan DBKL. Hasil perbincangan itu, pihak Perumahan DBKL telah bersetuju untuk mengeluarkan borang permohon kepada 308 keluarga itu, Namum begitu permohonan itu akan disaring oleh DBKL sekiranya ada permohonan bertindih di tempat lain.

Borang borang pemohonan untuk menyewa PPR itu telah diserahkan kepada pemohon pemohon tersebut dalam satu majlis ringkas semalam. Dalam ucapan majlis tersebut, Datuk Yahaya berkata penduduk transit tersebut harus bersyukur atas tawaran tersebut dan beliau turut juga menbidas 18 penduduk transit yang telah memberi menyewakan rumah ppr kepada orang lain dan PATI dan meminta pihak Perumahan DBKL menolak pemohonan yang dibuat oleh 18 rumah transit tersebut kerana mengambil kesempatan untuk untung atas angin.

Penyerahan borang pemohonan kepada pemohon oleh Yahaya, diperhatikan oleh Dominic Lau

tm - Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung !!!

Tuesday 16 October 2012

Budget Untuk SAR

Demo depan Parlimen menuntut hak SAR pada 11 Oktober 2012

Pembangkang oh pembangkang !!! Ini lah akibatnya tidak mengikut saranan yang dibuat oleh kerajaan !!! Gagal menukar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ada kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Apabila tidak ada bantuan, mula nak buat demo menuntut hak dalam budget 2013 !!!

Tahukah anda bahawa bagaimana bantuan Sekolah Agama Rakyat diagihkan ???

Peruntukan SAR yang berdaftar diagihkan bawah kelolaan Jabatan Agama Negeri. Namun begitu Kerajaan Persekutuan tidak melepas tangan. Kerajaan Persekutuan yang mengambil berat kelangsungan SAR telah memberi peruntukan perkapita sebanyak 10.5 juta pada tahun ini bagi SAR yang mengada kelas Al Quran dan kelas Fardu Ain, menurut Tan Sri Muhyiddin menjawab persoalan yang dibangkit oleh Che Uda Che Nik (PAS-Sik) dan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) di sidang parlimen semalam.

Muhyiddin turut menggesa pakatan ketepikan fahaman politik terutama PAS. "Saya kemukakan cadangan untuk diterima tapi malangnya sebahagian besar tidak setuju sebab anggap kementerian ini BN yang punya !!! Ini bukan soal politik !!! Kalau boleh buat, dapat kurangkan masalah, katanya lagi.

TM - untuk kebaikan anak anak kita, elok berkerja sama !!! Jangan ikut keras kepala !!

Anti Islam dan Melayu


Dia pernah melenting apabila tidak dibenarkan masuk Masjid Negara !!! . Dia pernah membangkitkan isu azan !!!. Dia juga pernah membantah tulisan jawi !!! Teresa oh Teresa seorang rakyat Malaysia, sudah beberapa kali menyentuh hati dan perasaan orang Islam di Malaysia. Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Teresa ini untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati kaum lain kepada orang Islam di Malaysia !!!.



 Pada tahun 2005 Teresa cuba menjadi adiwira kepada seorang wanita dalam tahanan Polis DiRaja Malaysia . Berkali kali Teresa telah mengasak pihak PDRM berikut video yang dirakam telefon bimbit, dikatakan seorang wanita cina dipaksa bogel dan ketuk ketampi tetapi dia mengetahui wanita itu sebenar seorang wanita Melayu yang beragama Islam !!! TERESA TERUS MENDIAMKAN DIRI !!! Kenapa !!! Adakah Teresa hanya akan memperjuangkan nasib orang Cina sahaja ???

Mohd Razlan Ketua Pemuda Bahagian Seputeh yang diminta mengulas tulisan Bisik bisk Awang Selampit menyatakan bahawa Teresa Kok hanya sensitif dan peka kepada isu isu yang membabitkan kaum Cina sahaja !!! Teramat terang dan nytata kebajikan masyarakat Melayu di Malaysia terutama di Seputeh DIABAIKAN !!! Sehubungan Razlan menyeru masyarakat Melayu dan Islam sedar perjuangan sebenar Teresa Kok !!!



Razlan juga mengesa Teresa Kok memohon maaf kepada Polis DiRaja Malaysia dengan segera berhubungan peristiwa tahun 2005.

TM - jangan perkauman dan anti Islam, kamu tinggal di Malaysia !!!

Thursday 11 October 2012

Menaik taraf Sungai Batu

YAHAYA (dua dari kanan) bersama Chandrakumanan (kanan) semasa melawat tapak pembinaan tembok penghalang Sungai Batu di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sumber Gambar Kosmo

Kampung Kasipillay berdekatan Jalan Ipoh di Parlimen Batu yang dilanda masalah banjir akan berakhir apabila pembinaan tembok penghalang air yang baru di Sungai Batu telah dimulakan pada 15 Oktober yang lalu.

Pembinaan tembok tersebut bermula dari Kampung Kasipillay dan berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), menurut Datuk Yahaya Mat Ghani, Ketua UMNO Bahagian Batu yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu.

Enam tembok yang dibina itu berupaya untuk menghalang banjir yang sering berlaku di kawasan sekitar melibatkan beberapa lagi tempat lain seperti Taman Golden dan Taman Kolam Air Sentul.

Dengan RM3 juta kos pembinaan tambok baru itu dijangka akan disiapkan dalam masa dua hingga tiga bulan atau pada Disember ini,” katanya pada sidang akhbar,.

TM- tak perlu risau lagi apabila hujan lebat !!!