Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Sunday, 4 January 2015

@razlanrafii Benam @MahfuzOmar Bernafas Dalam Lumpur Banjir #PrayForPantaiTimur


MAHFUZ JANGAN HINA UMNO ! 

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar tidak sepatutnya menghina Umno dengan melabelkan parti itu sebagai 3P kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, idea tersebut dikemukakan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub, bukan daripada pemimpin Umno atau BN.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getah dan beliau perlu meminta maaf kepada Umno dan BN.

"Menggelar Umno sebagai pendera, zalim dan pembuli adalah satu penghinaan. Sekalipun Mahfuz tidak setuju dengan idea itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata itu kepada Umno," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang disiarkan dalam sebuah portal web bahawa "cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-Pas di Kelantan menunjukkan 'betapa jahat' parti lawannya itu."

Mohd Razlan berkata, Pas sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang berusaha menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

“Kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana yang cukup untuk memulihkan semula kemusnahan akibat banjir. Kita tidak nampak keikhlasan Pas atas bantuan yang diberikan Umno,” katanya.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa rakyat di Kelantan.

“Kemusnahan dan kehilangan harta benda tidak dirasai oleh beliau (Mahfuz), cuba turun padang dan rasai kesusahan yang ditanggung mangsa banjir.

“Umno telah membuka tangan untuk bersatu dengan Pas selepas berpuluh tahun berpecah, cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas itu sentiasa bersangka buruk terhadap pemimpin Umno dan berfikiran jumud terhadap idea kerajaan campuran.

Nazir berkata, walaupun Mahfuz pemimpin Pas tetapi beliau adalah orang luar Kelantan yang tidak memahami masalah rakyat negeri itu yang menghadapi masalah selepas ditimpa musibah banjir.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri tidak menolak idea itu. Tindakan Mahfuz yang menghina Umno kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran menunjukkan sikap tidak matangnya sebagai pemimpin," katanya.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Wednesday, 17 December 2014

@NajibRazak Beginikah Cara @IsmailSabri60 Seorang Ahli Parlimen Melayan Pengundi Bera ???


Semalam bertempat di Havok Cafe yang terletak di Kg Baru, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengadakan pertemuan santai dengan pengundi pengundi Parlimen Bera yang berada di perantauan khasnya berada di Kuala Lumpur.

Dalam program santai ini yang dihadiri hampir seramai 200 dibuat secara santai dengan menyediakan air kopi teh, nasi lemak, roti john dan karipap untuk dijamu kepada hadiri.



Pengundi pengundi Bera ini mengambil kesempatan untuk bermesra, bergambar dan mendapat tandatangan dengan ahli parlimen Bera yang mereka memberi mandat pada pilihanraya umum lepas.

TM rasakan bahawa program yang dibuat oleh ahli parlimen Bera adalah sesuatu proaktif yang baik. Ini perlukan dicontohi oleh wakil rakyat Barisan Nasional yang lain terutama mereka dari UMNO.





Walaupun program ini tidak menggunakan dana yang besar tetapi ianya dapat menambat hati pengundi pengundinya yang rata rata berpuas dan berbesar hati dapat jumpa Ahli Parlimen kesayangan mereka itu.

Agaknya bila wakil rakyat yang lain akan buat program santai seperti ini bersama pengundi pengundi mereka tanpa banyak protokol ???

Kepada Datuk Seri Ismail Sabri teruskan usaha baik ini dan bagi TM, beliau adalah salah satu ahli Parlimen terbaik ketika ini. Tahniah !!!




Friday, 3 October 2014

Waris kepada @NajibRazak @anwarbrahim @abdulhadiawang Dicari HKL


Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang mencari waris seorang warga emas yang kini sedang koma.

Pesakit di kenali dengan nama Mohd Tabar Kadri, 70, ditemui tidak sedarkan diri setelah dilanggar. Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Rahana Mohamad Zain berkata, warga emas itu dimasukkan di Wad Neuro HDW disebabkan ‘traumatil of frantal confusion’.

“Ketika ini tiada waris yang melawat beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan warga emas berkenaan menetap di alamat Lot 535/1, Jalan 1/10 Kampung Lembah Melewar, Off Padang Balang, 51100 Kuala Lumpur.

Sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi 03-26156464.

- Sumber Sinar Harian

Thursday, 19 June 2014

@azeezputra Buka Pencak Silat Belasah MP Kota Kinabalu Dalam Dewan Parlimen @NajibRazak


azeezjimmykkSemalam panglima UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim berang apabila ahli parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong menuduh UMNO menerima wang haram. Tuduhan tersebut telah mencetus ketegangan di Dewan Rakyat petang rabu apabila beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengecam kenyataannya itu.
Tetapi yang paling lantang ahli parlimen  Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit.

Pada ketika itu Jimmy Wong sedang  membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.

Sesungguhnya TM lihat bahawa Datuk Seri sememangnya seorang yang tegas apabila pembangkang cuba memburukan UMNO dan cuba mengaitkan UMNO dengan kegiatan haram.

Bagi TM sekiranya ada rombakan kabinet pada masa akan datang, Datuk Seri Azeez layak dimasukan ke dalam kabinet untuk menggantikan Datuk Hassan Malek.

Datuk Seri Azeez Rahim teruskan perjuangan mu !!!

Sunday, 11 May 2014

@razlanrafii Selamat Hari UMNO Ke 68 @NajibRazak @TengkuAdnanReal @Khairykj



11 Mei 2014 merupakan tarikh keramat buat sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya kepada hampir 3.5 juta ahli-ahli UMNO seluruh negara.

UMNO bakal berganjak ke usia 68 tahun semenjak tahun 1946 penubuhannya yang bermatlamatkan untuk memastikan kepentingan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dipertahankan. Tertubuhnya juga UMNO adalah hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu yang sayang akan nasib anak bangsa hari ini dan akan datang.

Bersempena hari ulangtahun UMNO ini, saya menyeru agar ahli-ahli mengenang kembali apakah tujuan asal penubuhan UMNO sehingga berjaya membawa Malaysia ke persada antarabangsa.

UMNO Untuk Semua.
UMNO Pelihara Agama, Bangsa & Negara.
UMNO Tetap Di Hati Rakyat Malaysia.

Selamat Ulang Tahun Ke 68 UMNO
Terima Kasih UMNO


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Thursday, 6 February 2014

Gempar !!! Selain dari @teresakok, Tun Mahathir Juga Perlu Minta Maaf ?





Tun Mahathir mengibau kembali bagaimana Anwar Ibrahim masuk UMNO untuk menjadi batu loncatan untuk agenda nafsu serakahnya !!!

KLIK SINI untuk cerita berkaitan !!!

Sunday, 6 October 2013

@MukhrizMahathir Khas Untuk Semua Ahli UMNO Di Setiap Peringkat #MM4VP


DATUK PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
CALON NAIB PRESIDEN UMNO NO 05





TM sarankan kepada semua Perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Bahagian untuk menyokong dan mengundi Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO untuk memberi UMNO nafas yang baru dan meremajakan UMNO.

Semoga dengan sokongan dari semua para perwakilan, dapat lah kita semua mengembalikan kegemilangan UMNO pada masa akan datang dengan memilih Mukhriz Mahathir.

Mukhriz 49, sudah tentu menpunyai banyak idea idea yang dapat diketengahkan, sekiranya beliau dipilih menjadi Naib Presiden UMNO.

Masa depan UMNO ditentukan oleh para Perwakilan Cawangan bukan mengikut telujuk orang lain. Anda perwakilan !!! Anda tentukan !!!

PILIHAN ANDA
DATUK PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
 CALON NAIB PRESIDEN UMNO NO 05

Tuesday, 18 June 2013

@syalialhabshee Kata Mohamad Norza Zakaria Kini Kembali Bersinar @NajibRazak


Dahulunya bagai bintang berkilauan, Datuk Mohamad Norza Zakaria kini boleh bertanding dalam pemilihan parti, empat tahun digantung dari menyertai pertandingan dalam UMNO setelah  dituduh memberi politik wang kepada para perwakilan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 2008 untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Norza telah dibebaskan daripada tuduhan pada tahun 2010 dan telah menghadapi beberapa tahun ranjau politik.

"Parti menunggu untuk beberapa ketika sebelum mengangkat penggantungan saya mungkin kerana ia mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum. Saya memahami sepenuhnya keputusan," katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. Tetapi Norza berkata beliau tidak membuat apa-apa keputusan lagi sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan parti.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabsee berkata semalam parti itu dianggap keputusan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh membebaskan Norza dan merasakan bahawa ia adalah tidak adil untuk parti itu untuk meneruskan dengan pengharaman itu. Beliau berkata jawatankuasa pengurusan parti itu membuat keputusan untuk mengangkat pengharaman Norza pada 29 Mei 2013 semasa mesyuarat melalui surat rasmi bertarikh 12 Jun 2013, membenarkan beliau untuk mengundi dan bertanding untuk jawatan dalam UMNO.

Norza yang juga bekas Wilayah Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh di Pahang atas dua tuduhan rasuah yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM 3,400 untuk mendapatkan jawatan dalam pemilihan Umno itu.

Pada 17 Jun 2010, beliau telah dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan selepas saksi-saksi bertukar kesaksian mereka, memaksa pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata pemilihan parti kali ini akan mengikut pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Umno, yang memberi kuasa kepada 145,000 ahli-ahli di peringkat akar umbi (termasuk dari tiga sayap parti itu) untuk menentukan kepimpinan parti.

Pemilihan akan dibuat selepas mesyuarat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti itu - 18 Jun 2013

Tuesday, 16 April 2013

Pesanan Abang Kepada @KhalidSamad #TolakPR #GE13 #PRU13 @NajibRazak @razlanrafii


Ramai orang PAS yang bertanya kepada saya, adakah saya akan menyertai adiknya Khalid dalam PAS, maka veteran UMNO ini menjawab bahawa PAS sudah jauh menyimpang !!!  

Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing !!!


Tuesday, 12 March 2013

Nur Miasuari Boneka @anwaribrahim Akan Jadi Pemerintah Di Sabah ?



Terkini, nampaknya perlibatan Nur Miasuari terhadap Sabah ternyata benar apabila Wikileaks.org mendedahkan mengenai penglibatan secara lansung Nur Miasuari, satu - satunya 'kawan baik' Si Ketua Penipu tu dengan insiden tersebut.

Wikileaks dalam lapurannya tersebut mendedahkan bahawa Nur Misuari, pemimpin MNLF masih lagi menyimpan hasrat untuk merampas kembali Sabah dari Kerajaan Malaysia.


Dalam lapuran itu juga Wikileaks turut menyatakan bahawa Misuari ada dendam tersirat terhadap Kerajaan yang menyerahkan dia kepada Kerajaan Filipina pada tahun 2002.

Misuari juga dikatakan pernah memberi komen mengenai jangka waktu 'Pencerobohan Sabah' oleh pihak MNLF seperti yang dinyatakan dibawah:


Sekarang telah jelas dan nyata bukti niat jahat mereka terhadap kerajaan Malaysia amat mendalam dan membahaya. Apatah lagi kalau sudah berpakat dengan Anwar Ibrahim, raja Auwatar Malaysia. Tak kan nak berdiam diri wahai orang Malaysia. Dua orang ini yang sememangnya gila kuasa !!!

Memang jelas si Misuari kawan kepada Raja Auwtar Malaysia telah menjadi boneka dan dalang disebalik pencerobohan di Lahad Datu sehingga mengakibatkan kematian anggota keselamatan Negara kita. Dan sudah tentu ada tangan tangan  jahat yang memainkan dan mengerakan boneka tersebut

Ini masih lagi Tian Chua yang merupakan lidah kepada Anwar Ibrahim memain peranan untuk menyalahkan dan memburukan kerajaan Malaysia dengan mengatakan ini semua adalah konpirasi UMNO untuk mengaburi mata orang Malaysia  !! Klik SINI untuk cerita berkaitan !!

TM pasti puak puak pakatan yang diterajui oleh rejim PKR sudah kian terdesak kerana PRU hampir tiba dan kekalahan mereka sudah semakin mereka rasai. Ini adalah langkah terdesak mereka di saat saat akhir hayat mereka. Seperti biasa lah TM menyarankan kepada semua rakyat Malaysia yang ku kasihi supaya jatuhkan mereka rejim PKR, pelampau PAS dan gerembolan DAP pada PRU yang hampir tiba !!!

Monday, 11 March 2013

Bukti @tianchua Menabur Fitnah 15 Feb 2013 Menuduh Pencerobohan Lahad Datu Konprasi UMNO #TolakPR

Bukti Ceramah Tian Chua pada 15 Feb 2013 di Sentul Fasa 8 & 9 yang menuduh konprasi UMNO 

Sandiwara Tian Chua dan fitnahnya:-

Menurut Tian Chua, dia amat marah terhadap para pemimpin BN dan blogger-blogger pro-kerajaan yang menyerangnya bertalu-talu termasuk melalui kiriman SMS di telefon bimbitnya. Dia turut menafikan pernah menghina pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Lahad Datu.

Memutar belitkan kenyataannya sebelum ini, Tian Chua menjelaskan bahawa dakwaan Anwar menghantarnya ke Manila untuk berunding dengan MNLF pimpinan Nur Misuari dan tuduhan penglibatan “boss”nya di dalam insiden Lahad Datu adalah satu “sandiwara” yang dimaksudkan.



Malangnya, sidang akhbar Tian Chua yang turut dihadiri oleh “Sam Ketot” itu langsung tidak menunjukkan Naib Presiden PKR itu rasa bersalah atas keceluparan mulutnya. Malah nak mengaku salah cakap pun tidak!

Persoalan utamanya, siapa yang cari pasal? Siapa yang celupar dan media mana yang siarkan keceluparan mulut Tian Chua yang berbau “longkang” itu?

Kenyataan siapa yang tersiar di Keadilandaily pada 1 Mac yang lalu yang menyatakan bahawa “insiden tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”?

Lihat lah sendiri bagaiman Tian Chua lidah kepada Anwar Ibrahim memburukan dan menyalahkan kerajaan dalam semua hal !!!

Sesiapa nak buat report polis menggunakan video ini, dengan sukahati  TM benarkan dan persilakan !!! Yakin dan percaya pengundi pengundi Batu harus menjatuhkan Tian Chua pada PRU 13 akan datang !!!

Kalau jumpa Tian Chua, sila ludahkan mukanya !!!

Wednesday, 27 February 2013

Pencacai Pencacai @Khalid_Ibrahim Yg Bodoh Tentang Konsep Banner #ManifestoBukanJanji #TolakPR



TM pun nak mengingatkan bahawa Parlimen Bandar Tun Razak bukan juga kepunyaan mak bapak pakatan rosak juga.Keceluparan pencacai pakatan rosak yang bernama Mohammad Saiful bin Mansor yang dipercayai tinggal di parlimen juga punya kebodohannya. 

Semua orang tahu pada setiap banner mana mana parti politik sudah tentu menpunyai propaganda untuk memenangi parti masing masing. Mungkin pencacai ini hanya menpunyai kebolehan menyondol dan bercakap membuta tuli sahaja !!!

Tapi ada kebenarannya, pakatan rosak patut menyerahkan semula Parlimen Bandar Tun Razak kepada Barisan Nasional memandangkan ahli parlimennya Tan Sri Khalid Ibrahim merangkap Menteri Besar Selangor gagal mentakbirkan parlimen itu dengan baik. Sepanjang beliau sebagai ahli parlimen Bandar Tun Razak tidak peduli hal ehwal yang berlaku di situ. Kita boleh membilang kehadirannya di Bandar Tun Razak hanya di jari sebelah tangan.  Tetapi beliau hadir di Bandar Tun Razak hanya pada banner banner yang terdapat gambarnya saja. Beliau boleh juga digelarkan ahli parlimen hanya hadir melalui banner banner yang digantung tanpa berbakti di sana !!!

Oleh itu TM juga menasihati pengundi pengundi di Bandar Tun Razak untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim atau sesiapa sahaja dari pakatan rosak supaya BTR dapat berkembang dan maju jika dikembalikan kepada Barisan Nasional !!!

Klik disini untuk cerita berkaitan !!!

Tuesday, 19 February 2013

Elaun Bulanan Pencacai PR

Tugas Menfitnah Dan Mensabotaj #tolakPR

Patut lah dok hentam UMNO dan Barisan Nasional hari hari tak kira siang ataupun malam, pencacai pencacai cybertropper Pakatan Rosak rupanya dapat elaun yang agak lumayan. Mereka mendapat elaun sebanyak RM3000 seorang dari Zuraidah Kamaruddin aka Mak Lampir yang menyediakan gaji pencacai pencacai. Elaun tersebut diserahkan kepada Fariz Musa untuk diagih agihkan kepada pencacai pencacai tersebut.

Persoalan TM, kalau lah gaji Zuraida sebanyak lebih kurang RM19 ribu sebulan sebagai ahli parlimen. Daripada mana Zuraida dapat duit sebanyak RM36 ribu sebulan untuk membayar 12 pencacai pencacai cybertrooper PR dibawah kendalinya?

TM- tergugat iman TM yang penganggur :(

Monday, 18 February 2013

@mbnizar Lilin Hack Jabatan Penerangan ?

Nizar Suka Menfitnah  @NajibRazak @MuhyiddinYassin #tolakPR
Kenyataan Nizar di twitternya !!! KLIK SINI untuk kupasan oleh Panglima Perang Cyber
eakhbar.penerangan dihack oleh pengodam !!! KLIK SINI lapuran dari Gosip Rakyat
Awal pagi tadi, TM terperanjat apabila seorang rakan TM memberitahu bahawa eakhbar Jabatan Penerangan telah diserang pengodam. Maka yang berada TM berada di luar memberi rakan rakan UMBWP !!! Maka dengan segera sahabat TM, Gosip Rakyat dan REZQEENHIL bertindak untuk memberitahu pihak Jabatan Penerangan dan orang ramai tentang perkara ini !!!

 Pengodam telah memasukan kenyataan bahawa 'Dato' Seri Najib Secara rasmi telah meletak jawatannya hari ini selalu Perdana Menteri Malasia diatas desakan rakyat Malaysia. Beliau juga Memohon maaf kepada Nik Aziz. DSAI Dan semua parti lawan diatas fitnah fitnah yang pernah ditabur beliau selama ini.

Kalau tempoh hari fitnah Nizar Lilin mengatakan Kerajaan Malaysia telah menerima pampasan 207 billion untuk mangsa 'Keretapi Maut' dari kerajaan Jepun. Kali ini Nizar Lilin melatah dengan sendiri, mengeluarkan kenyataan di twitternya yang berbunyi sebegini 'Jangan terkejut najib meletakan jawatan PM dalam seminggu dua ini memandangkan asakan & desakan dalaman umno yg di ketuai Tun M bersama TPM' 

Kalau berdasarkan dari apa yang kita lihat dari twitter Nizar Lilin, secara tidak langsung kita boleh katakan ada kemungkinan besar Nizar Lilin adalah perancangan kepada pengodaman kepada eakhbar Jabatan Penerangan pada hari ini. Dengan kenyataan twitternya, lihat lah betapa Nizar Lilin dari PAS pakatan rosak ini sungguh terdesak dan cuba juga untuk menfitnah Tun M dan Tan Sri Muhyiddin dengan mengatakan mereka berdua sedang mengasak Perdana Menteri !!!

TM lihat PR semakin terdesak !!!

Sunday, 17 February 2013

@tianchua Menipu Orang BBS

Terpaksa Mereka Cerita #tolakPR @abs115

Setelah terpaksa mencari tempat lain untuk berceramah, rupanya Tian Chua yang parlimen Batu yang sangat terdesak untuk menutup kelemahannya sebagai ahli parlimen Batu yang tidak membuat kerja. Setelah mencari apa yang boleh up kan dia semula, dia telah berjumpa seorang Ketua UMNO Cawangan.Fasa 3 Bandar Baru Sentul yang agak lama tidak menyertai aktiviti UMNO di Bahagian Batu.

Nama Ketua Cawangan tersebut Badaruddin Ismail telah secara rasminya menyertai PKR Batu disaksikan oleh pendengar ceramah yang tidak melebihi 100 orang.

Klik di SINI untuk cerita berkaitan !!!


Tetapi bekas ketua cawangan UMNO tu kata :

Badaruddin Ismail keluar UMNO
“Saya masih lagi Ketua Cawangan. Selepas ini saya tunggu apa tindakan Umno terhadap saya,”

TM pun heran lah kenapa bekas Ketua Cawangan ini agak bengap sangat. Sebenarnya apabila dia dengan rasminya menyertai PKR, UMNO Bahagian Batu tidak perlu lakukan apa apa kerana dengan sendirinya keahliannya sebagai ahli UMNO telah gugur !!!


Kalau dilihat pada twitter dan flyer diatas pula, kita boleh lihat bagaimana Tian Chua dan macainya Rozan cuba menipu orang di Bandar Baru Sentul dengan mencanangkan dan war warkan bahawa Badaruddin Ismail yang hanya seorang ketua cawangan adalah  AJK bahagian!!! 

SEBENARNYA BADARUDDIN BUKAN LAH AJK BAHAGIAN SEPERTI DICANANG !! 

PENIPUAN TERDESAK OLEH TIAN CHUA DAN MACAI MACAI PKR BATU PERLU DIKETAHUI ORANG RAMAI TERUTAMA PENGUNDI PENGUNDI DI BATU !!!

Sesungguh orang penipu seperti Tian Chua dan orang PKR tidak layak untuk menerajui parlimen Batu dan perlu dijatuhkan pada PRU akan datang !!!

@rizalmanmokhtar Ciri Pemimpin UMNO Yang Prihatin

Lama Jangan Dilupa #BNBagus @NajibRazak 

Rizalman mengambil kesempatan untuk menyuap makanan 

Walaupun Datuk Rizalman Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pemuda Bandar Tun Razak, dia tidak pernah melupakan kepada pejuang lama. Dalam kesibukan dengan tugas yang berat di sekelilingnya, namun yang telah berjasa kepada Sg Besi dan Bandar Tun Razak tidak pernah dilupakannya. Beliau telah meluangkan masa untuk melawat Ustaz Eunos yang terlantar di Hospital Unversiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ini lah ciri ciri yang diperlukan pamerkan oleh semua pemimpin pemimpin yang lain. Semoga lawatan Rizalman ini dapat menghiburkan hati Ustaz Eunos dan semoga sembuh dengan segera, insyallah.

Thursday, 31 January 2013

Pesanan Tun Mahathir Kepada Rakyat Malaysia




1. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang agama di mana orang ramai boleh mematuhi agama mereka sendiri walaupun Islam adalah agama rasmi. Bagi kebanyakan masa pengikut agama yang berbeza telah hidup secara aman dengan satu sama lain. Kami tidak melihat jenis keganasan antara pengikut agama-agama yang berbeza seperti yang terdapat di Ireland Utara, Lubnan dan sub-benua India.

2. Rakyat Malaysia menghormati agama masing-masing dan hak amalan keagamaan pengikut mereka. Kita mengelak mengulas mengenai agama orang lain walaupun kita mungkin mempunyai perdebatan marah dalam agama masing-masing.

3. Malangnya sekarang kita mempunyai kontroversi ini pada penggunaan nama Allah, Allah. Bertahun-tahun lalu kontroversi ini telah diselesaikan melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu bible bahasa mereka dan ajaran tetapi ini tidak harus digunakan di seluruh negara.

4. Malangnya kerana beberapa ahli politik mahu mendapatkan sokongan Kristian Malaysia, permintaan dibuat bahawa bible bahasa Melayu akan digunakan di seluruh negara. Diramalkan bantahan umat Islam dan kontroversi dibangkitkan.

5. Kristian dan Yahudi tahu sangat baik bahawa dalam semua Alkitab mereka, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, dan dalam versi King James dan versi lain perkataan Allah tidak pernah muncul sebagai nama Tuhan. Ia adalah hanya selepas Islam dan Al-Quran bahawa dunia menjadi berkenalan dengan perkataan Allah untuk Tuhan.

6. Dalam usaha untuk menyebarkan agama Kristian di dunia berbahasa Melayu mereka mubaligh Kristian menggunakan perkataan Allah atas sebab-sebab yang paling dikenali kepada diri mereka sendiri. Apa pun, perkataan Allah untuk Tuhan tidak berasal daripada sumber-sumber Yahudi atau Kristian.

7. Di kalangan orang Kristian di Malaysia, kecuali bagi kaum pribumi di Sabah dan Sarawak, perkataan Allah untuk Tuhan tidak pernah digunakan. Dalam mana-mana kes, keperluan itu tidak timbul kerana kebanyakan khutbah tidak dalam bahasa Melayu. Malah, apabila mereka dalam bahasa Melayu, perkataan Allah adalah kepada pengetahuan saya tidak pernah digunakan.

8. Konfrontasi agama boleh membawa kepada akibat yang sangat serius. Ia boleh membawa kepada keganasan dan pembunuhan walaupun. Ini negara yang aman tidak akan aman lagi jika kita mempunyai keganasan agama.

9. Ia adalah malang, apabila Ibrahim Ali mencadangkan membakar Alkitab yang baru dicetak. Itu mungkin cara kita melepaskan diri penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan bagi Alkitab apa-apa lebih daripada ia boleh dilakukan untuk al-Quran.

10. Tetapi apa yang Ibrahim berkata tidak mencerminkan pandangan UMNO. Malangnya, beberapa ahli politik ingin membuat ia begitu dalam usaha untuk mendapat perbatuan politik.

11. Walaupun UMNO percaya bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk Islam, ia tidak pernah menganjurkan membakar Alkitab bahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini. Saya menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim untuk UMNO bermakna apa yang dia kata ialah apa yang dilanggan oleh UMNO sebagai nakal. Ibrahim bukan ahli UMNO. Dia boleh menyokong UMNO tetapi dia bukan seorang jurucakap UMNO.

12. Kami telah tinggal bersama-sama dalam keamanan relatif dan keharmonian semua tahun-tahun ini. Negara kita telah berkembang dengan pantas kerana ini. Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar kepada perbezaan agama kami untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.

13. Biarlah kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Janganlah pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama.

14 Ia mungkin penafian kebebasan bersuara tetapi kebebasan walaupun dalam demokrasi liberal mempunyai had jika kita benar-benar mahu demokrasi untuk bekerja.

15. Saya ingin merayu kepada semua pihak untuk berhenti cuba untuk menyalahgunakan isu ini.

Tun Mahathir

TM sayang Tun Mahathir !!!

Tuesday, 25 December 2012

Istihar UMNO Menang Di Batu

@tianchua mengaku kalah lebih awal !! #MPMalas @NajibRazak @abss115 @Dominiclauhc



Nampaknya Tian Chua ahli parlimen Batu paling malas dalam sejarah Ahli Parlimen Batu mengaku UMNO layak menang di Parlimen Batu pada PRU13 nanti. Kebimbangan dan kegelisahan Tian Chua ini disebabkan melihatkan gerak kerja UMNO dari Barisan Nasional yang terlalu banyak, sedang dia sebagai ahli parlimen yang telah dipilih telah GAGAL UNTUK MELAKUKAN PEMBAHARUAN DI BATU !!! GAGAL MEMBANTU RAKYAT BATU !!! Pengakuan ini telah dibuat di twitternya pada 23 November lalu. Ini respon Tian Chua kepada salah satu program UMNO BN anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ... Klik Sini


Peta Batu Wilayah Persekutuan

Kita semua orang di Batu tahu UMNO Bahagian Batu dibawah Datuk Yahaya Mat Ghani yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional telah melakukan banyak program kemasyarakatan di Batu akan memberi laluan kepada sesiapa sahaja dari komponan Barisan Nasional, walaupun dari GERAKAN kerana semangat setiakawan dalam Barisan Nasional.

Nampaknya Tian Chua mengelabah dan terdesak mengeluarkan kenyataan begini di twitternya. Cuba memecah belah sefahaman di dalam komponan Barisan Nasional.

Kalau dilihat sendiri, orang ramai di Batu boleh pun boleh lihat bakal calon BN Batu yang disebut sebut dari Gerakan, Dominic Lau juga telah membuat kerja bagaikan ahli parlimen melebihi Tian Chua yang hanya melebihkan agenda politiknya di LUAR DARI BATU !!!

Tian Chua yang memenangi Parlimen Batu pada PRU12 lepas setelah mengalahkan calon BN ialau Lip Si Pin. Sebelum ini kerusi parlimen Batu telah disandang oleh Ng Lip Yong, Joseph Chong, Alex Lee dari GERAKAN yang merupakan komponan Barisan Nasional. Ketika Barisan Nasional menabir parlimen Batu, masyarakat tidak pernah diabaikan oleh ahli parlimen dari Barisan Nasional tetapi setelah Tian Chua menangi parlimen Batu, TM boleh katakan parlimen Batu ini agak MALANG kerana Tian Chua mana ada buat apa apa kecuali INTERFRAME DI MAJLIS KAHWIN, MAJLIS ORANG LAIN DAN KEMATIAN (hanya orang yang menyokong pakatan rosak).

KALAU TAK PERCAYA, TANYA PADA TIAN CHUA YANG PEMALAS, berapa banyak program program yang dia telah lakukan untuk masyarakat di Batu sejak tahun 2008 !!!

Oleh itu, TM menyarankan pengundi pengundi di Parlimen Batu supaya tidak tertipu untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen dari Pakatan Rosak.

Seperti Tian Chua selalu berkata !!! KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT KUASA RAKYAT BATU AKAN MENJATUHKAN TIAN CHUA YANG MALAS PADA PRU13 AKAN DATANG !!!

TM juga pengundi di Parlimen akan mengundi Barisan Nasional untuk menjatuhkan Tian Chua ahli parlimen yang pemalas !!!

Sunday, 23 December 2012

Terbongkar Gambar Ketua UMNO Menpunyai Ramai Anak !

Kerana @tianchua #MPmalas Batu tidak prihatin @NajibRazak @abss115
500 orang anak anak di palimen Batu
Semalam bertempat di Dewan Taman Pelangi telah diadakan Program Sumbangan Pakaian dan Peralatan Sekolah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Program ini telah melibatkan 500 anak anak yang akan kembali ke sekolah pada sessi 2013.

Azniee, KP Batu memberi ucapan dan penerangan
Program ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban tanggungan ibubapa menyediakan persiapan persekolahan anak anak mereka . Peralatan asas seperti bag sekolah, baju sekolah, kasut sekolah, stokin dan peralatan menulis telah diberikan kepada setiap anak anak tersebut.

Yahaya memakaikan bag sekolah kepada anak anak
Program ini telah disempurnakan oleh Datuk Yahaya Mat Ghani, Pengerusi Barisan Nasional Batu merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu. Turut hadir ialah Dominic Lau, bakal calon akan bertanding di PRU13 akan datang.

Dominic menyerahkan bag
Anak anak gembira
Anak anak sedang menunggu giliran untuk mencuba kasut
Cuba dulu adik !!!
Program ini dijayakan dengan kerjasama Barisan Nasional Parlimen Batu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu, Belia 4B Batu, Yayasan Pelajaran Mara, Bank Rakyat, Pusat Pakaian Hari Hari dan MAIWP.

Kalau Tian Chua MP Batu yang malas mana ada nak buat kerja kerja macam ini kerana dia hanya mementing kepentingan politiknya yang hanya bergerak di luar parlimen Batu. Adalah elok jika Tian Chua ini dijatuhkan pada PRU13 akan datang !!!

Friday, 14 December 2012

Pesanan Perdana Menteri

@NajibRazak kepada semua rakyat Malaysia 



Saudara Saudari Rakyat Malaysia.

Negara-negara di Asia dijangka memainkan peranan utama dalam pergerakan dunia apabila kuasa global kini mula terarah ke Timur. Asia kini menjadi lokasi pembuatan kebanyakan produk barangan  di dunia ini. Negara Asia kini sedang menikmati kadar pertumbuhan memberansangkan hingga berjaya membawa ratusan juta orang miskin menjadi masyarakat kelas pertengahan.
 
Bagaimanapun, negara asia menghadapi satu isu yang mungkin boleh merancatkan penguasaan mereka. Isu tersebut adalah perubahan iklim.

Asia berisiko menghadapi bencana kerana keadaan cuaca yang boleh memusnahkan rumah-rumah dan menyekat sumber rezeki hingga menjejaskan jumlah bekalan makanan dan menyebabkan penghijrahan penduduk secara besar-besaran. Sebagai sebuah rantau, kita sememangnya tidak pernah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut. Baru-baru ini, Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu, pada 2011, sebanyak 70 peratus daripada AS$ 380 juta kerugian ekonomi adalah disebabkan oleh bencana alam. Daripada jumlah itu, hanya suku sahaja daripadanya yang mendapat perlindungan insurans.

Tahun lalu, bencana banjir yang berlaku di negara jiran Malaysia iaitu Thailand adalah merupakan bencana alam paling teruk dalam sejarah. Perubahan iklim menyebabkan bencana lebih kerap berlaku. Tanpa menjadikan sempadan geografi sebagai alasan, ia tidak sepatutnya dianggap hanya sebagai masalah di negara Barat sahaja atau hanya meliputi negara kaya sahaja, sebaliknya ia adalah masalah yang dirasai di seluruh dunia. Jadi, saya menyeru sudah tiba masanya Asia diajak duduk bersama bagi mencari jalan penyelesaian tersebut.



Saya yakin, Malaysia mampu menawarkan perspektif baru. Kami adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Malaysia boleh dijadikan jambatan kepada perbezaan perbincangan mengenai perubahan iklim: kami menghadapi cabaran yang sama dialami oleh negara membangun lain, pada masa yang sama Malaysia juga akan menjadi negara maju pada sebahagian besar tempoh abad ke-21. Kami berharap untuk mencapai sasaran tersebut dengan cara berhemah. Saya berharap, pembangunan yang kita kecapi dapat menjadi contoh kepada semua.

Klik di sini untuk membaca dengan selanjutnya.

Ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Daftarkanlah emel saudara-mara dan rakan-rakan anda melalui laman web saya untuk berkongsi maklumat terkini seperti ini kepada mereka secara terus. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
 


Najib Razak