Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Datuk Seri Ridzwan Sulaiman Dikehendaki Menyerah Diri Untuk Membantu Polis #LahadDatu

Googel memaparkan gambar ini sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman
Lahad Datu, Polis sedang mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini. 

Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu. 



Datuk Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran. Dalam masa yang sama, Hamza meminta pihak media untuk menyebar perkara ini kepada orang ramai !!!

TM mengajak orang ramai untuk membantu polis !!!



Saturday, 30 March 2013

Mereka Adalah Wira Negara !!! #LahadDatu #OpsDaulat



Sambutan Hari Polis ke-206 yang diadakan baru-baru ini telah disambut dengan semangat patriotik yang disulam dalam suasana yang penuh kesayuan. Menitis air mata mereka yang hadir pagi itu apabila melihat wajah sayu balu dan waris keluarga yang terkorban hadir menerima kenaikan pangkat bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Suasana bertambah sayu apabila mendengar pendeklamasi membacakan bait-bait puisi bagi mengambarkan pengorbanan para perwira negara yang mempertahankan kedaulatan negara. Malah perasaan itu turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang jelas terpancar kesedihan di wajahnya tatkala bertemu dengan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu.

Di dalam perutusan blog 1Malaysia, Datuk Sri Najib turut melahirkan kagum dengan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini. Malah menurut Perdana Menteri, membesar di rumah bersama ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak, sentiasa membuatkan dirinya sedar dalam menghargai perjuangan pasukan polis sejak zaman darurat sehinggalah kepada insiden 13 Mei.



“… mereka sentiasa menjadi benteng keselamatan kepada kita semua” katanya.
Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga apabila melihat semangat juang mereka yang bertugas semasa Ops Daulat.

“Kita juga kagum dengan keberanian lapan anggota serta pegawai PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara” katanya lagi.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Perbarisan pada sambutan itu turut disertai oleh 93 anggota yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat yang diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.


Bagi meneruskan perjuangan mereka di Sabah, Datuk Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) supaya kestabilan dan keselamatan di Sabah terus dipelihara. Yang mana menerusi inisiatif itu, kerajaan akan dapat memastikan proses pilihan raya yang adil dan bersih tidak digugat di kawasan terbabit.

Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.

Turut menarik perhatian, ialah usaha yang dilakukan oleh pasukan PDRM yang telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya lagi dalam entri bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita'.


Al Fatihah
Buat Seluruh Perajurit² Negara Yang Terkorban
Demi Mempertahankan Tanah Air Tercinta

Sumber Blog Bersih 3 Sukut

Tuesday, 26 March 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu @RajaPetra #LahadDatu #TolakPR



Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.

Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.

Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.

Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.

Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.

Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah  tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang.

Ini apa yang berlaku baru-baru ini.

Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar sendiri.

Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu.

Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.

Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.

Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin.

Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.
Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara total.

Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan.

Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut?  Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan.

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF dan MILF juga satu “wayang”. Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar di atas dijadikan kayu ukurannya.
Kesimpulannya, memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa.

- Raja Petra Kamarudin


Monday, 25 March 2013

Mereka Perwira Yang Pertahankan Kedaulatan Negara #OpsDaulat #ESSCOM #PahlawanKu


Apabila TM menonton klip video, terasa bertapa besarnya pengorbanan mereka kepada negara dan kita rakyat Malaysia. demi untuk menpertahankan tanah air kita. Mereka meninggalkan ibubapa, isteri dan anak anak di kampung halaman, sedangkan terdapat segelintir mulut mulut yang tidak bertanggungjawab menpertikaikan tugas tugas anggota anggota keselamatan kita. Semoga Allah sentiasa melindungi anggota keselamatan kita dan memberkati serta merahmati mereka yang telah gugur, Al Fatihah !!!

@tianchua Hanya Berani Cakap Di Luar Mahkamah #TolakPR



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dilihat seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno dan Barisan Nasional (BN).
Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.
Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara Umno.
Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.
Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi Umno dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh Umno dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.
"Nampaknya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.
"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi Umno untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.
Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi Umno.
Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.


Klik SINI untuk cerita penuh !!!

@anwaribrahim @tianchua @SivarasaRasiah Pemusnah Keamanan Malaysia ? #TolakPR #LahadDatu


Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila

Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 

Media antarabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013. 

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa.

 

Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 

Sumber MrKinabaluBoy

Lihat jahatnya MP Batu yang bernama Tian Chua mulut longkang yang merupakan lidah kepada Anwar Ibrahim, Si Kitol Moden dari rejim PKR yang cuba menghancurkan keamanan Malaysia ! Mereka ini harus kita tumbangkan di PRU yang hampir !!! 

Monday, 18 March 2013

@anwaribrahim Suruh @tianchua Hantar Surat Kepada Panglima ATM Untuk Sertai Op Daulat ? @Zahid_Hamidi

Semalam selepas pergi ambik gambar di Bandar Tun Razak, seorang yang tidak dikenali mengulur sekeping surat kepada TM ! Rupanya sepucuk surat dari Tian Chua si mulut longkang lidah kepada Anwar Ibrahim kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zulkifeli bin Mohd Zin bertarikh 12 March 2013 !!! Dengan senyap dia cuba berbaik baik dengan Panglima ATM tersebut !!!

Isi kandungan adalah seperti berikut :-

Merujuk kepada perkara di atas, bersama ini disertakan kenyataan akhbar saya mengenai isu pembabitan anggota keselamatan negara menangai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Besarlah harapan saya agar kenyataan ini dapat menjernihkan keadaan yang timbul sekarang ini, selain memberi penjelasan sebenarnya dan mengatasi salah faham mengenai maksud saya ketika mengulas isu pencerobohan berkenaan.

Sebagai rakyat yang cintakan negara, saya benar-benar menghargai dan banggan dengan pengorbanan semua anggota keselamatan yang terbabit, menpertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh anasir luar. Semoga melalui kerjasama semua pihak, keamanan negara dapat dipertahankan selama-lamanya

Lihat lah sandiwara yang dimainkan oleh Tian Chua si mulut longkang ! Waktu berceramah, bukan main  hentam anggota keselamatan kita tapi sekarang dia masih nak auwtar atau spin kenyataan dalam suratnya kepada Panglima ATM !!! Serupa macam bosnya si Raja Auwtar Malaysia, lidahnya terbelit belit nak menipu Panglima ATM dengan harapan pihak Panglima ATM akan membalas surat tersebut dan menanggap perkara ini selesai !!! Jika si Tian Chua dapat surat tersebut, TM pasti si bangsat ini akan menggunakan surat balasan tersebut untuk dijaja merata akhbar pro rejim pkr dan menunjuk di setiap ceramahnya !!!

Klik SINI untuk vid Tian Chua perlekehkan anggota keselamatan !

Kalau gentlemen, Tian Chua kena lah meminta maaf secara terbuka kepada semua anggota keselamatan terutama kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban kerana menpertahankan kedaulatan negara dari pencerobohan pengganas Sulu !!! Kalau kita baca surat Tian Chua itu, kita boleh lihat bertapa liatnya si bangsat ini untuk mengaku kesalahnanya dan meminta maaf tapi cuba pulak mengaburkan Panglima ATM dengan keratan akhbar yang dibuatnya dia .. entah bila ?

Bagi TM, Tian Chua juga sebangsat bosnya si Raja Auwtar Malaysia yang suka bermuka muka !! TM menyeru Panglima ATM dan tentera juga KPN dan polis menuntut daripada Tian Chua,  untuk MENGAKU KESALAHAN DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA !!!

Seperti biasa TM menyeru kepada semua rakyat Malaysia, khasnya di Parlimen Batu untuk menumbangkan rejim PKR dan kuncu kuncunya pada PRU yang akan tiba !!! 



Thursday, 14 March 2013

Salam Terakhir @tianchua? Salam Yang Teristimewa ! Pergian Ku Tidak Dirancang ! Jangan Lupa #TolakPR


"Salam abah, mak doakan orang (saya) selamat".
Apabila ajal sudah sampai, tiada yang mampu menghalang walaupun sesaat lewat atau sesaat awal ! Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Prebet Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kepada bapanya, Ismail Husin, 55, sehari sebelum Allahyarham ditugaskan untuk menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 7 Mac lalu adalah salam terakhir yang akan dikenang hingga akhir hayat

Kali terakhir beliau bertemu arwah anaknya pada dua tahun yang lepas pada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Arwah agak sibuk dengan tugasnya sehingga tidak bersempatan pulang bercuti di kampung.

Encik Ismail berkata, arwah anaknya Ahmad Hurairah berhasrat untuk membawa kekasih berasal dari Bachok untuk berjumpa dengan keluarganya selepas tamat operasi itu, turut berpesan supaya menjaga diri baik-baik semasa ketiadaannya.

Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail lagi, anaknya yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah .

Berita Gembira Untuk Keluarga Anggota Keselamatan ! @tianchua Akan Didakwa ! #TolakPR

Alhamdulillah ! Tian Chua yang bermulut bau longkang dan lidah kepada Anwar Ibrahim dari rejim PKR akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada esok pada 14 Mac pada jam 9 pagi dibawah AKTA HASUTAN berkaitan isu Lahad Datu. 

Maka si Rozan setiausaha di pejabat PKR Batu yang berangan menjadi setpol Tian Chua pukul lah canang kepada semua orang bahawa YB Batu yang sangat pemalas akan didakwa esok ! TM tahu tujuan utama si macai Tian Chua yang tak guna ini hanya untuk mendapat simpati orang ramai dan kemungkinan besar untuk menjadikan mahkamah sesak dengan puak puak rejim pelampau dan gerembolan.

TM mahu pembaca berfikir kalau baru nak didakwa di mahkamah pun puak puak ini nak berkumpul beramai ramai untuk buat bising atau mungkin huru harakan keadaan di mahkamah, bayangkan kalau mereka ini kalah di PRU ini. Sudah tentu kemungkinan besar mereka ini akan merusuh dan tidak berpuas hati dengan keputusan kekalahan mereka nanti.

Jadi puak puak ini harus ditumbangkan pada PRU akan datang !! Dan TM sarankan orang ramai berdoa si Tian Chua dihukum setimpal tapi tak payah lah masukan KO KO KO dalam doa anda !!! 

TM sudah tetapkan pendirian akan terus menyokong Barisan Nasional dan memangkah dacing pada PRU ini !!!

Monday, 11 March 2013

Bukti @tianchua Menabur Fitnah 15 Feb 2013 Menuduh Pencerobohan Lahad Datu Konprasi UMNO #TolakPR

Bukti Ceramah Tian Chua pada 15 Feb 2013 di Sentul Fasa 8 & 9 yang menuduh konprasi UMNO 

Sandiwara Tian Chua dan fitnahnya:-

Menurut Tian Chua, dia amat marah terhadap para pemimpin BN dan blogger-blogger pro-kerajaan yang menyerangnya bertalu-talu termasuk melalui kiriman SMS di telefon bimbitnya. Dia turut menafikan pernah menghina pasukan keselamatan yang sedang bertugas di Lahad Datu.

Memutar belitkan kenyataannya sebelum ini, Tian Chua menjelaskan bahawa dakwaan Anwar menghantarnya ke Manila untuk berunding dengan MNLF pimpinan Nur Misuari dan tuduhan penglibatan “boss”nya di dalam insiden Lahad Datu adalah satu “sandiwara” yang dimaksudkan.



Malangnya, sidang akhbar Tian Chua yang turut dihadiri oleh “Sam Ketot” itu langsung tidak menunjukkan Naib Presiden PKR itu rasa bersalah atas keceluparan mulutnya. Malah nak mengaku salah cakap pun tidak!

Persoalan utamanya, siapa yang cari pasal? Siapa yang celupar dan media mana yang siarkan keceluparan mulut Tian Chua yang berbau “longkang” itu?

Kenyataan siapa yang tersiar di Keadilandaily pada 1 Mac yang lalu yang menyatakan bahawa “insiden tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”?

Lihat lah sendiri bagaiman Tian Chua lidah kepada Anwar Ibrahim memburukan dan menyalahkan kerajaan dalam semua hal !!!

Sesiapa nak buat report polis menggunakan video ini, dengan sukahati  TM benarkan dan persilakan !!! Yakin dan percaya pengundi pengundi Batu harus menjatuhkan Tian Chua pada PRU 13 akan datang !!!

Kalau jumpa Tian Chua, sila ludahkan mukanya !!!

Aisha Geoffry Terima Proposal @tianchua ? Loud And Clear !




Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.


Saturday, 9 March 2013

Nur Misuari Duta Besar @anwaribrahim Di Filipina ?

Diam tidak diam, Nur Misuari bagaikan duta besar Anwar Ibrahim di Filipina telah berkongsi (share) cerita "u-turn" paling cantik yang dilakukan oleh Azlan Mohd Lazim Al Terdesak di dalam Fan Page beliau di Facebook. Untuk apa cerita ini dikongsi? 



Untuk sebab apa seorang Rakyat Filipina berminat dengan cerita liwat pemimpin pembangkang di Malaysia? Adakah Anwar Ibrahim telah berkongsi skrip drama ini dengan Nur Misuari terlebih dahulu seperti mana ramai yang mengesyaki bahawa kedua-dua insan ini terlibat di dalam lakon layar pencerobohan Lahad Datu? Hanya masa akan membongkarkannya.

Klik SINI untuk bercerita berkaitan !!!

Mereka sama-sama bersahabat dan masing-masing saling bantu membatu untuk menjatuhkan musuh politik masing-masing. Anwar Ibrahim ingin menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak manakala Nur Misuari pula hendak menjatuhkan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Klik SINI untuk kenali penceroboh!

Niat Sedekah Dan Zakat Kepada Keluarga @PDRMsia yang Syahid Di Lahad Datu


Rakyat Malaysia yang menyokong pasukan keselamatan kita, yang ada wang yang berlebih dan ingin bersedekah kepada balu balu dan anak anak mereka (yatim) juga keluarga mangsa insiden Lahad Datu . Ya betul wang ringgit tidak dapat kembalikan suami mereka atau anak mereka yang gugur syahid tapi ianya serba sedikit meringankan beban kepada keluarga mangsa. Harap kepada rakyat yang simpati terhadap keluarga mereka yang terkorban dapat sebarkan dalam apa juga medium yang ada demi kita sama-sama ringankan beban keluarga syuhada Lahad Datu dan juga keluarga-keluarga anggota keselamatan yang lain, samada yang akan datang maupun yang sebelumnya

Jangan tertipu dengan Tabung Milo pelampau PAS celaka yang cuba mencari nama atau cuba populis dengan mempolitikkan kesedihan yang melanda keluarga syuhada !

Klik SINI untuk cerita tabung milo


Datang menjemput jenazah pun tidak..datang solat jenazah pun tidak..datang jengok keluarga syuhada pun jauh sekali..tiba-tiba nak bantu kutip duit ? 

TM pun tak nampak sesiapa pemimpin pemimpin tertinggi dari rejm PKR, pelampau PAS atau gerembolan DAP ketika jenazah tiba di lapangan terbang. Bagi TM mereka ini hanya kata mesra anggota keselamatan tapi sebenarnya mereka ini anti anggota keselamatan !!!

@tianchua Dilarang Menceroboh Lagi Masuk Ke Sabah ?


Seorang wakil rakyat Sabah menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua ke negeri itu kerana mendakwa pencerobohan militan Filipina di Kampung Tanduo adalah sandiwara Umno.
Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah fitnah dan menggambarkan pemimpin pembangkang terbabit langsung tidak menghargai nyawa manusia.
“Kita tidak mahu dia bawa budaya songsang ke negeri ini dan kita berharap dia tidak dibenarkan pijak kaki di Sabah sampai bila-bila,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Balai Polis Lahad Datu, di sini Jumaat.
Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, berkata rakyat pelbagai suku kaum di negara ini, khususnya di Sabah, harus menolak individu yang membawa budaya asing dan biadab.
Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan lima daerah di pantai timur Sabah sebagai kawasan keselamatan khas, Nasrun berkata pengumuman itu amat dinantikan oleh penduduk Lahad Datu.
“Inilah jawapan yang kita tunggu-tunggu. Kawalan keselamatan ketat sangat perlu di sini kerana melibatkan kawasan pantai yang luas,” katanya.
Semalam, Najib mengumumkan Lahad Datu, Tawau, Semporna, Sandakan dan Kudat sebagai Kawasan Keselamatan Khas dengan Lahad Datu sebagai pusat kawalan.
- BERNAMA

Thursday, 7 March 2013

52 Kawan @tianchua Berjaya Ditembak Mati Dalam Op Daulat ??



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang. Operasi ini telah disertai polis dan tentera untuk menumpaskan pencerobohan di Lahad Datu.

Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatan berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.

Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.

Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.

Tawaran 5K Kepada Sesiapa Yang Berjaya Menampar @tianchua ? #TolakPR

Seorang blogger Malaysia telah ditawarkan ganjaran sebanyak RM5000 untuk kepada sesiapa menampar Tian Chua lidah kepada Anwar Ibrahim kerana keceluparan mulutnya. Ahli parlimen Batu ini berkata insiden di Lahad Datu merupakan konpirasi UMNO. Blogger SATD berkata beliau akan membelanjakan wang sendiri dan sesiapa yang dapat melaksanakan tawaran tersebut ditulisnya dalam blog beliau, http://satdthinks.blogspot.com/

Namun begitu. sesiapa yang ingin menuntut tawaran perlu bukti dalam bentuk rakaman.

Wednesday, 6 March 2013

@tianchua Lari Lintang Pukang Ke Balai Polis Utk Selamatkan Diri Apabila Dia Pula Didemo !!!













Bertempat di hadapan pejabat si jahanam Tian Chua, Ketua Penerangan rejim PKR yang juga merupakan lidah kepada Anwar Ibrahim di Sentul, yang mengata insiden di Lahad Datu adalah "KONSPIRASI TERANCANG UMNO' sekumpulan gabungan NGO dan UMNO Batu kira kira 500 orang telah berkumpul untuk membantah kenyataan Tian Chua yang biadap itu. Kenyataan Tian Chua ini tidak mengambarkan sebagai seorang ahli parlimen, malahan tidak sikap sayangkan negara. 

Malangnya apabila mengetahui kedatangan kumpulan itu datang membantah dan untuk menyerah memorandum bantahan kepada Tian Chua sendiri, dikatakan bahawa Tian telah melarikan diri melalui pintu belakang pejabat untuk menyelamatkan dirinya ke balai polis untuk membuat lapuran terhadap kumpulan membantah itu. Malahan tiada orang dari pejabat Tian Chua turun untuk menerima memorandum bantahan tersebut.

Sekian lama kumpulan gabungan NGO itu menunggu mereka tidak turun turun. Maka kumpulan tersebut uamg agal sudah panas memohon jasa baik polis yang berkawal di pintu masuk ke tangga pejabat Tian Chua untuk meminta mana mana orang di pejabat rejim PKR Batu untuk turun menerima memorandum tersebut. Akhirnya ada seorang yang beranikan diri untuk turun menerima memorandum itu !!!


MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP KENYATAAN BIADAP TIAN CHUA MENGENAI PENCEROBOHAN PIHAK ASING DI SABAH HANYA KONSPIRASI UMNO

1) TIAN CHUA BEGITU BIADAP APABILA MENGELUARKAN KENYATAAN DI DALAM PORTAL KEADILAN DAILY EDISI 1 MAC 2013 BAHAWA INSIDEN TEMBAK-MENEMBAK DI KAMPUNG TANDUO MERUPAKAN KONSPIRASI UMNO, 

2) TIAN CHUA DENGAN SENGAJA MENIMBULKAN SENTIMEN KEBENCIAN DENGAN MENUDUH UMNO DAN KERAJAAN MENCIPTA ISU UNTUK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT,

3) TIAN CHUA DILIHAT MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT DI ATAS MALAPETAKA YANG SEDANG BERLAKU TANPA MEMIKIRKAN AKIBAT YANG DITANGGUNG OLEH AHLI KELUARGA KEDUA-DUA ANGGOTA KESELAMATAN YANG TELAH TERKORBAN, 

4) KENYATAAN YANG AMAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, CELUPAR DAN BIADAP ITU MENGURIS BUKAN SAHAJA AHLI KELUARGA MALAHAN BALU SERTA ANAK-ANAK ANGGOTA KESELAMATAN YANG TELAH TERKORBAN SEMASA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR ADRI DICEROBOHI OLEH PIHAK YANG BENCI MELIHAT KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA, 

5) PENDEKATAN TIAN CHUA YANG SERING 'BALING BATU SEMBUNYI TANGAN' TIDAK MENCERMINKAN KETOKOHAN SEBAGAI SEORANH AHLI PARLIMEN BATU, 

6) MELALUI KENYATAAN ITU JUGA, TELAH MEMBERI GAMBARAN YANG JELAS AKAN SIKAP TIAN CHUA YANG GAGAL BERFUNGSI BUKAN SAHAJA SEBAGAI AHLI PARLIMEN BATU MALAHAN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.

Tapi yang TM nak tergelak dan heran, si Tian Chua yang menghina anggota keselamatan, malahan pernah mengigit telinga seorang polis, pandai pulak meminta polis untuk jaga keselamatan pejabatnya dari dimasuki kumpulan gabungan NGO yang ingin menghantar memorandum bantahan, Malahan si Tian Chua juga membuat lapuran polis jugak,

Tian Chua ini tahu mengigit dan baring tengah jalan cuma berani apabila dikeliling oleh orang yang menyokongnya tapi penakut untuk menerima memorandum.

TM sekali lagi mengambil kesempatan untuk sarankan semua pengundi di parlimen Batu untuk menjatuhkan Tian Chua pada PRU akan datang. Malahan kalau korang jumpa Tian Chua di mana mana supaya baling kasut anda ke arahnya :)

Monday, 4 March 2013

Tan Sri Musa Hassan Saran @limkitsiang Pikul Senjata Untuk Pertahankan Negara Daripada Hanya Cakap Politik ! #TolakPR


Tan Sri Musa Hassan, Mantan Ketua Polis Negara



Nasihat Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara supaya semua pihak di Malaysia agar mengembelingkan tenaga dan idea untuk menpertahankan negara sedang diceroboh oleh pihak musuh. Ini bukan masa untuk mengkritik dan mencari kesalahan Kerajaan. Ini adalah masa kita rakyat Malaysia untuk berganding bahu untuk menyelesaikan masalah. 

Korang sila tonton dan fahami apa yang Tan Sri Musa cuba nasihati kepada semua pihak ! TM rasa nasihat dari Mantan Ketua Polis amat berguna dan tepat !!!

@tianchua Bukan Sahaja Mengigit ! Malahan Anti Anggota Keselamatan On Behalf @anwaribrahim #TolakPR

Bukan sahaja tahu mengigit polis ! Juga dikatakan pernah melanggar mati seorang askar 
Nampaknya Tian Chua, Ketua Penerangan rejim PKR yang juga merupakan lidah kepada Anwar Ibrahim semakin biadap dan kurang ajar. Kebiadapannya melalui kenyataan dan ceramahnya, Tian Chua ini perlu diajar dan diberi kesedaran tentang keceluparannya terhadap anggota keselamatan Malaysia bekerja keras menjaga keselamatan negara, adalah demi melindungi kepentingan Anwar Ibrahim.

Kawan TM, si Gomo telah menerima sms yang menyatakan Tian Chua telah menghina Komando 69 yang terbunuh ketika mempertahankan negara di Lahad Datu Sabah. Katanya Tian Chua menyatakan dan menyebut:

"Komando mati Katak"


Sebagai Ketua Penerangan rejim PKR yang sememangnya anti pasukan keselamatan Malaysia, sebelum ini turut menyatakan kematian anggota Komando 69 yang terbunuh di lahad Datu adalah sandiwara politik dan mainan UMNO. 


Hakikat sebenarnya bahawa Anwar Ibrahim merupa watak utama yang mencanang agar penceroboh Sulu menuntut Sabah, sememangnya diketahui oleh Tian Chua keparat.

Sumber Papa Gomo !!!

Mari Kenali Jamlul Kiram Kawan Kepada @tianchua Dan @anwaribrahim ? #TolakPR


Sultan Jamalul Kiram III telah harimau bertaring untuk masa yang sangat lama kerana dia berhadapan dengan banyak masalah, dari keluarga, isu-isu kesihatan, masalah kewangan dan pesaing mendakwa mereka pemilik takhta, ramai yang mendakwa begitu..

Satu hanya untuk membaca www.fakesulusultans.com untuk melihat kelibat berapa banyak 'sultan' yang mendakwa takhta adalah milik mereka di Sulu.

Jamalul Kiram tahu kerajaannya tidak selamat di tangannya, dan dia mengalami penyakit hati serta penyakit-penyakit lain, dan hidup dalam ketakutan yang berterusan bahawa seseorang akan meracuni beliau untuk menuntut takhta. Tiba-tiba, Jamalul Kiram tumbuh taringnya dan kuku menjadi harimau bertaring..

Dia menyuruh tenteranya, diterajui oleh putera mahkota, untuk menyerang Sabah mengetahui sangat baik bahawa kekuatan penuh tentera Malaysia akan menjadi kepada orang-orangnya.

Bagaimana ini berlaku?  Jamalul Kiram masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Manila untuk penyakit hati.

Ini menimbulkan persoalan, yang di sebalik semangat baru Jamalul Kiram dalam menuntut Sabah?

Siapa memberikan wang kepada pahlawan Sulu aka Tentera Kesultanan Sulu  untuk membeli bot kelajuan, bahan api, makanan, pakaian dan senjata yang termasuk senapang M16 dan M14, karbin M16 dan pelancar bom tangan M203?

Ini hanya bermakna satu perkara -

SESEORANG ADALAH MEMBIAYAI KESELURUHAN OPERASI.

Dan tentera yang datang melalui laut telah diambil dan dijaga oleh mereka yang tinggal di Sabah, mengukuhkan hakikat bahawa mereka dikejutkan dari tidur.

Mereka diaktifkan apabila pesanan yang diberikan kepada mereka bersama-sama dengan dana sebagai bukti ketulenan tugasan.

Kesultanan Sulu mendapatkan bantuan Amerika untuk menuntut Sabah.

Sultan Jamalul Kiram mempunyai masalah di Filipina, enam saudara-mara beliau waris terdekat hidup di Amerika. Mereka dilaporkan telah menjadi rakyat Amerika.

Setelah menerima berita bahawa bapa mereka adalah pelekap cabaran untuk menuntut Sabah, saudara-mara, anak saudara Jamalul Kiram sangat teruja.

Mereka begitu teruja dengan prospek menuntut Sabah bahawa mereka kini mahu Amerika Syarikat dan Presiden Barack Obama untuk membantu Sultan Jamalul Kiram dengan tuntutannya.

Bekas Senator Santanina Rasul, salah satu daripada saudara-mara dan waris yang meletakkan tuntutan ke atas Sabah Jamalul Kiram, memberitahu wartawan bahawa salah satu daripada anak-anaknya, Ibrahim Rasul Jr adalah warganegara Amerika dan mempunyai hak untuk menuntut bahagian dalam pusaka Sabah.

Artikel pada waris Sultan Sulu untuk meminta bantuan AS di Sabah boleh dibaca di sini:
http://globalnation.inquirer.net/64951/kl-says-no-compromise
http://www.emirates247.com/news/philippines/sulu-sultan-heirs-to-ask-us-help-on-sabah-2013-02-20-1.495749


Source : KL Chronicle