Wednesday 13 July 2016

@IsmailSabri60 & KKLW Langkah Bantu Pekebun Getah @NajibRazak #DS15

DS Ismail Sabri di sidang akhbar mengenai RISDA yang diadakan di Tingkat 29, KKLW.

Status Terkini Bayaran Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016.

1.Pengumuman Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016) sebanyak RM 500 seorang kepada Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Penoreh (bukan pemilik) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Kuala Kangsar pada 10 Jun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM 194 juta.

2.Pengerusi LATAS PAS, Muhammad Sanusi Md Nor melalui Akhbar Sinar Harian Nasional bertarikh 10 Julai 2016 mendakwa setakat ini kerajaan gagal menunaikan janji untuk membayar bantuan tersebut adakah TIDAK BENAR.

3. Setakat 5 Julai 2016, RISDA telah menerima permohonan sebanyak 190,583 orang, di mana 163, 061 orang adalah pekebun kecil dan 27, 522 adalah Penoreh.

4.Daripada 190, 583 orang yang memohon, 84, 754 orang layak dibayar bantuan. Manakala bakinya dalam proses semakan untuk memastikan pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

5.Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :
i. Pekebun Kecil:
Tanah tidak melebihi 2.5 hektar dan hanya seorang penerima bagi setiap lot.

ii) Disahkan oleh pemilik dan mempunyai kad PAT-G

6.Permohonan BKKH diterima secara berperingkat sebelum diproses untuk bayaran. Proses semakan perlu dibuat bagi memastikan penerima yang benar-benar layak dan hanya menerima sekali sahaja bantuan tersebut.

7. Setakat ini, seramai 47, 418 orang telah pun menerima bantuan berkenaan. Pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Pahang - 9,205
Terengganu - 6,700
Perak - 6,172
Kedah - 5,963
Kelantan - 5,780
N. Sembilan - 5,106
Johor - 3,562
Melaka - 1,449
Sabah - 1,348
Selangor - 948
Perlis - 812
P.Pinang - 292
Sarawak - Dalam proses
bayaran

Jumlah bayaran untuk semua negeri adalah sebanyak 47,418

8. RISDA telah berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan proses semakan kelayakan dan bayaran melalui:

i) Kakitangan RISDA telah diarah untuk bekerja lebih masa bagi tujuan BKKH 2016.
ii) Semua pejabat RISDA dibuka pada hujung minggu dan cuti umum.

9.Bagi meningkatkan permohonan BKKH Pegawai RISDA , Pegawai Seranta dan Pemaju Masyarakat RISDA  telah diarah untuk turun ke kampung menerima penerangan dan membantu pemohon membuat permohonan.

10.Tarikh akhir permohonan dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2016 dan bayaran dijangka dapat diselesaikan pada akhir September 2016. #DS15

No comments:

Post a Comment