Sunday 28 September 2014

@NazirHussin79 Beri Amaran Alvin Tan ! Berani Ulang Fuck UMNO di Malaysia @Khairykj


KENYATAAN MEDIA
PEMUDA UMNO KECAM PERBUATAN KURANG AJAR ALVIN TAN
Pemuda Umno mengecam perbuatan kurang ajar blogger kontroversi, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki Umno dalam laman sosial Facebook.
Perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.
Ini antara perkara dan sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini.
Kenyataan ini berikutan tindakan Alvin yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya.
Alvin, 46, yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa dia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.
Perilaku manusia keji ini mungkin kerana tiada didikan yang sempurna di rumah terutama tentang tanggungjawab dan semangat cintakan negara.
Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu.
Perbuatan Alvin ini adalah contoh kejayaan parti pembangkang khususnya DAP dalam memupuk kebencian terhadap pemimpin negara dan menyemai benih perkauman.
Mereka (DAP) sering membuat provokasi sehingga menyebabkan ada generasi muda yang tidak lagi hormatkan pemimpin, malah melahirkan generasi yang sangat kurang ajar seperti Alvin Tan.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Monday 22 September 2014

@Johan_Jaafar Sila Jaga Anak Baik Baik @NajibRazak #SokongAktaHasutan



Syahredzan Johan, anak kepada Tan Sri Johan Jaafar dan Pengerusi Komuniti Peguam Muda Kebangsaan (NYLC) Majlis Peguam (Bar Council) merupakan individu lantang yang MEMPERTIKAIKAN Akta Hasutan.

Beliau sedang mengepalai kempen di bawah Majlis Peguam selama setahun untuk MENDESAK kerajaan menghapuskan Akta Hasutan, kononnya atas nama kebebasan bersuara dan hak kesamarataan.

Akta Hasutan yang selama ini menjadi undang-undang untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu, agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan menjaga keharmonian negara sedang cuba dirobek dan dimusnahkan oleh anak muda liberal bangsat ini.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita tunjukkan makna sebenar 'kebebasan bersuara' kepada anak muda yang tidak mengenang budi.

Dan berikan mesej Syahredzan sebagai bukti, inilah suara kita rakyat Malaysia!

Mohon disebarkan dan dipanjangkan.

#SokongAktaHasutan
#SAH
#GerakSAH

Thursday 18 September 2014

@abdulhadiawang Khianati @anwaribrahim Dan @cmlimguaneng ! #PakatanRakyat




Minta maaf TM pon tidak tahu samada Presiden PAS, Tuan Guru  Abdul Hadi Awang meminta atau merayu kepada rakan dalam Pakatan Rakyat supaya membuat keputusan bersama tanpa membelakangi mana mana rakan dalam Pakatan Rapuh. Bunyi marah tapi macam tak marah !!!

Wednesday 17 September 2014

Gempar @anwaribrahim Belasah Perwakilan @abdulhadiawang Di Mutakmar PAS !!!



Nampaknya Perwakilan Pemuda Pas sudah hilang sabar dengan kerana kerenah Ketum Anwar Ibrahim yang membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. 

Nampak sudah tiada sepakatan dalam Pakatan Rakyat dalam banyak isu dalaman mereka.

Tuesday 16 September 2014

@razlanrafii Mengucapkan Selamat Hari Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro #16Sept


Mohd Razlan Muhammad Rafii selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berbilang bangsa.

Friday 12 September 2014

Ulasan @abdulhadiawang Mengenai Puak @anwaribrahim Dan @cmlimguaneng




Bukan kerana Wan Azizah adalah perempuan tetapi sememangnya DIA TIDAK LAYAK.

Akhirnya Presiden PAS , Tuan Guru Abdul Hadi Awang pecahkan tembelang dan menterpelak rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat ... khasnya Anwar  Ibrahim yang beriya iya mahukan isteri Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim secara zalim.

Pendedahan ini telah dibuat oleh presiden PAS dihadapan orang orang PAS di Marang, Terengganu. Dalam pendedahan ini menunjuk bertapa terdesaknya Anwar Ibrahim yang gila kuasa mahukan jawatan Menteri Besar ini disandang oleh isterinya bagi menyenangkan dikawal atau diremote control.

Tuesday 9 September 2014

@dyanasmd Yam Seng Hasil Didikan Yammy Samat Atau @limkitsiang ?


Tersebar luas di media sosial Dyana Sofya anak kepada Yammy Samad sedang yam seng bersama rakan rakan cina. Inikah contoh terbaik kepada anak anak kita pada masa sekarang dan akan datang ?

TM nak tanya ini hasil didikan Yammy Samad atau Lim Kit Siang ???

Saturday 6 September 2014

@reezalmerican Sokong @PDRMsia Tangkap @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng dan 40 #PPSHaram




Datuk Seri Reezal Merican dan Bahagian UMNO di Pulau Pinang berikrar menyokong tindakan Polis DiRaja Malaysia dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menangkap ahli PPS yang haram. Mereka juga berikrar tidak akan membenarkan PPS bertapak di Pulau Pinang.

p/s terima kasih merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Batu.