Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Friday, 12 September 2014

Ulasan @abdulhadiawang Mengenai Puak @anwaribrahim Dan @cmlimguaneng




Bukan kerana Wan Azizah adalah perempuan tetapi sememangnya DIA TIDAK LAYAK.

Akhirnya Presiden PAS , Tuan Guru Abdul Hadi Awang pecahkan tembelang dan menterpelak rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat ... khasnya Anwar  Ibrahim yang beriya iya mahukan isteri Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim secara zalim.

Pendedahan ini telah dibuat oleh presiden PAS dihadapan orang orang PAS di Marang, Terengganu. Dalam pendedahan ini menunjuk bertapa terdesaknya Anwar Ibrahim yang gila kuasa mahukan jawatan Menteri Besar ini disandang oleh isterinya bagi menyenangkan dikawal atau diremote control.

Friday, 29 August 2014

Ini Adalah Tarikh @anwaribrahim @drwanazizah Dan @n_izzah Akan Kubor



Terkini PRK N01 Pengkalan Kubor

TARIKH PILIHAN RAYA KECIL N01 PENGKALAN KUBOR KELANTAN

1. Tarikh Writ : 29 OGOS 14

2.  Tarikh Notis Pilihanraya : 30 OGOS 14

3. Tarikh penamaan calon : 13 SEPT 14

4. Tarikh Pengundian Awal : 21 SEPT 14

5.  Tarikh Mengundi : 25 SEPT 14

Thursday, 28 August 2014

@SultanMelaka_ Ada Jalan Penyelesaian Kemelut @anwaribrahim @drwanazizah


Semalam Sultan Melaka Raja Noor Jan Shah telah mengeluarkan surat tawaran menjadi Menteri Besar di Negeri Darul Islam kepada Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim.

Tawaran ini dibuat berdasarkan kehebatan Wan Azizah dan bagi membuktikan cintanya kepada Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim.

Dengan tawaran ini dapat menyelesaikan kemelut Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Pakatan Rakyat di Selangor.

Wednesday, 23 July 2014

Peringatan @Khalid_Ibrahim Kepada @anwaribrahim Jangan Main Sondol Je !!!


Penggantian Dan Pelantikan Menteri Besar Perlu Patuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri


Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, 22 April 2014

@anwaribrahim Tarik Diri, @drwanazizah Isteri Menang Tanpa Bertanding, @AzminAli Gigit Jari


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan  PKR, Datuk Johari Abdul berkata, penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.


Seperti yang dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk Azmin Ali dan ahli PKR yang telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim, ini adalah tektik untuk mengelakan orang lain bertanding untuk kerusi Presiden PKR. Anwar tidak mahu orang lain memiliki kerusi presiden PKR kecuali dari keluarganya terutama isterinya yang setia yang senang dijadikan sebagai bonekanya. 

Tambahan sudah tentu Anwar Ibrahim terfikir dirinya akan disumbatkan ke dalam penjara tidak lama lagi. Sudah tentu jawatan presiden akan dipangku oleh timbalannya . Ini membuat Anwar bertambah risau sekiranya ini berlaku. Mungkin dia risaukan pemangkunya akan tidak perjuangan nasibnya lagi.

Yang pasti ahli PKR sering diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim serta keluarga 69nya itu dan akan terus diperbodohkan dan diperkudakan oleh Anwar Ibrahim !!!

SESUNGGUHNYA ANWAR IBRAHIM TU BAPAK PENIPU !!!

Saturday, 12 April 2014

Video Terbuka Wan Muhammad Azri Untuk @anwaribrahim Pengamal Homoseksual #1Malaysia





Pada hari ini Wan Muhammad Azri melepas luahannya kepada Anwar Ibrahim yang seorang pengamal homosekual kerana INI SEMUA SALAH ANWAR !!! Wan Azri juga membidas Anwar Ibrahim yang selalu menyalahkan orang lain atas masalah peribadi sendiri kepada pihak lain seperti UMNO dan Barisan Nasional. Wan Azri juga menyarankan Anwar Ibrahim untuk berundur !!!

Monday, 31 March 2014

Lawak @anwaribrahim & @drwanazizah Berwayang Tinggi Utk Menghalang @AzminAli Bertanding




Ulasan Ahmad Maslan tentang permilihan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang sebenarnya tidak berapa adil sangat. Anwar Ibrahim yang turut dicalonkan sebenarnya sekadar mengelakan Azmin Ali dari bertanding jawatan tersebut. Kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan menarik diri pada saat akhirnya untuk memberi laluan kepada isteri terus menerajui PKR. Seperti diketahui oleh semua rakyat di Malaysia, Wan Azizah isterinya sekadar boneka yang mengetahui PKR yang dikawal oleh Anwar Ibrahim.

Ini bukan sahaja memperbodohkan Azmin Ali tetapi keseluruhan penyokong Parti Keadilan Rakyat.


Sunday, 23 March 2014

@anwaribrahim Mengarah Pengikut Menyerang Warung Yg Tak Terima Kedatangan @drwanazizah #Kajang



Kalau dulu mereka ini berniaga di Penang 5 tahun di halau tapi tiada pembelaan dari ahli parlimen Melayu Pakatan Rakyat. Kini kerana tidak menerima kedatangan Wan Azizah hendak berkempen di warung mereka, penyokong pakatan yang berkemungkinan besar dari Parti Keadilan Raykat telah menyerang dan menghuru harakan warung tersebut. Cerita lanjut klik SINI !!!

Bayangkan lah nasib peniaga ini sekiranya Wan Azizah terpilih menjadi Adun di Kajang. Mungkin sejarah yang sama akan berulang sekali lagi. 

Walaupun pun Adun dari mana pun adalah tidak wajar menutup atau menabur pasir di periuk nasi orang.

Suasana PRK Kajang @chewmeifun VS @drwanazizah ... Ops Sorry VS @anwaribrahim #PRKKajang























Biar gambar ini berkata kata untuk mengambar suasana Pilihanraya Kecil di Kajang !!!

Saturday, 22 March 2014

@NajibRazak @MuhyiddinYassin @chewmeifun Warnakan Muka @anwaribrahim @drwanazizah Dgn Biru


1. Esok pengundi N25 Kajang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru. Pilihan raya kecil ini atau "Kajang Move" dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat bagi kepentingan politik parti tersebut.

2. Saya harap pengundi Kajang akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional. Kemenangan untuk BN akan menyemarakkan lagi usaha kita memperkukuhkan semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

3. Kempen pilihanraya kali ini berlangsung ketika kerajaan terpaksa mengendalikan usaha antarabangsa secara besar-besaran mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal. 

4. Marilah kita terus berdoa agar usaha ini akan berjaya dan tidak sepatutnya MH370 dijadikan isu politik kerana apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya pihak penyiasat.

5. Kita juga kesal kerana kempen Pilihanraya Kecil Kajang ini juga menjadi medan pemimpin parti pembangkang untuk mencemar bekas pemimpin negara yang telah lama bersara dari politik.

6.Ini termasuklah serangan ke atas Tun Daim Zainuddin yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara. Serangan dan tuduhan yang mengaibkan pemimpin lama tidaklah mencerminkan nilai menghormati merekalah yang berbakti kepada negara selama ini.

Dato Sri Mohd.Najib
22 Mac 2014


UNDI LA BARISAN NASIONAL

Thursday, 20 March 2014

@chewmeifun Layak Daripada @drwanazizah Dan @anwaribrahim Di #Kajang





Calon dari PKR, Wan Azizah merupakan yang mithali dan cukup setia pada suamimya Anwar Ibrahim dalam semua perkara. Wan Azizah mematuhi segala arah dan perintah suami yang songsang. Itu bukan bermakna tiket untuk memenangi Kerusi DUN Kajang dengan mudah. 

Setelah mengkhianati pengundi Permatang Pauh kerana meletak jawatan semata mata beri suaminya untuk bertanding semula di parlimen tersebut, kini Wan Azizah mahu bertanding di Kajang. Wan Azizah bertanding sekadar untuk menjadi boneka, demi suaminya bukan demi rakyat.

Maka pengundi Kajang sudah pasti sudah matang akan memberi peluang dan mengundi Chew Mei Fun dari Barisan Nasional pada PRK kali ini.

Pada kali ini Barisan Nasional akan bertanding dengan Parti Keadilan Rakyat. bukannya Pakatan Rakyat !!!

Wednesday, 19 March 2014

@chewmeifun Bendera BN Menjadi Ancaman Kpd @anwaribrahim Dan @drwanazizah di #PRKKajang


Nampaknya bendera Barisan Nasional telah menjadi ancaman kepada calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Wan Azizah. Dengan kuasa sebagai pemerintah negeri Selangor, maka ada pihak yang mengarahkan MPKJ untuk menurunkan bendera bendera Barisan Nasional. 

Dipercayai bahawa bendera bendera BN telah menguasai banyak tempat di Kajang, mengatasi bendera PKR yang sedikit kerana dipasang oleh pihak yang kontraktor diupah oleh PKR. Dari segi moral BN sudah mengatasi PKR.

Jika diperhatikan dengan teliti, kita boleh melihat bahawa sokongan penduduk Kajang kini berpihak kepada calon Barisan Nasional, Chew Mei Fun. Ini sedikit sebanyak membuat pihak Parti Keadilan Rakyat gusar dengan perkembangan terbaru ini.

Jasa @anwaribrahim @drwanazizah dan n_izzah Tetap Dikenang Walau di #Kajang #PRKKajang

Nurul Izzah bukak langkah seribu kerana MALU
Ibarat dihempap mangkuk bertingkat tingkat, hari ini Nurul Izzah the anak papa kena sergah dan maki dengan seorang makcik di Kajang. 


Makcik tersebut tidak berpuas hati dan marah kerana sejak PR mengambil alih memerintah Selangor, BANYAK gerai gerai orang Melayu telah dirobohkan. 


"Bila nak undi baru datang melawat. Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang serta kesal. "Sudahlah nak robohkan gerai orang tanpa bagi alasan atau berikan tempat pengganti, ada hati lagi nak sibuk minta undi simpati" katanya lagi.

Wan Azizah semalam turut dihalau dari sebuah gerai di Kajang
Seperti anaknya Nurul Izzah, semalam Wan Azizah telah malu dan bera muka apa seorang peniaga yang dari Pulau Pinang menghalau Wan Azizah yang datang singgah berkempen di gerainya di Sungai Kantan Kajang. Kedatangan Wan Azizah ke gerai mereka telah disambut dengan berkata "Kami dihalau dari Penang oleh Kerajaan Negeri". Peniaga berkenaan kebetulan datang dari Bandar Perda dalam parlimen Permatang Pauh. 

Seperti satu Malaysia ketahui Wan Azizah telah meletak Ahli Parlimen Permatang Pauh yang letak jawatan semata mata nak bagi suami bertanding !!! Wan Azizah dengan muka terkedu dan pucat beredar dari gerai peniaga dari Penang berkenaan tanpa sempat berkempen dan bersalam. 


Pisang emas di bawa belayar, 
Masak sebiji di atas peti.
Hutang emas boleh ku bayar,
Hutang budi ku bawa mati.

Tapi keluarga Anwar Ibrahim anak beranak ini mana ada budi untuk dikenang, malah yang ditabur mereka hanya hanya fitnah fitnah dan masalah di negara ini dengan dendam kesumat atas kesalahan mereka sendiri

Contoh sudah ada di Kajang, maka pengundi perlu bijak untuk memilih wakil rakyat mereka supaya pisang tidak berdua dua kali.

Tuesday, 18 March 2014

Marah Sungguh @anwaribrahim Bila Datuk Saudara Cucunya Menghilangkan #MH370







Pada awalnya pasangan yang suka menipu ini menafikan kenal juruterbang MH370. Seperti MH370 Anwar dan Azizah telah mengaku ada pertalian dengan Zaharie Shah. Kini SINI untuk cerita berkaitan.

"Kami berdua memang kenal Zaharie. Kalau mengikut aturannya, dia tok menakan cucu kami dan kami amat menghargai sokongan Zaharie terhadap PKR selama ini"

Katakan begitu, pasti perasaan mereka lebih lega.

Anwar dan Zaharie berasal dari Pulau Pinang. Kalau di negeri itu 'datuk saudara' dipangil 'tok penakan'.

Kini Zaharie juga telah disiasat oleh polis. Polis telah mulakan siasat di rumah Zaharie dan membawa "Flight Simulation" kepunyaan untuk siasat lanjut !!!

Kini banyak negara terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilang ini 

Untuk cerita lanjutan klik SINI

Zaharie Shah Juruterbang Sebenarnya Uncle Menantu @anwaribrahim Dan @drwanazizah #PRKKajang #MH370


Calon PKR di DUN Kajang, Wan Azizah yang belajar menipu rakyat dari suaminya Datuk Seri Wan Azizah telah menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak mengenali Kapten Zaharie Shah, juruterbang pesawat MAS MH370. Cerita berkaitan klik SINI.


Namun begitu Allah tu Maha Berkuasa, melalui Instagram menantu Anwar Ibrahim yang menggunakan nama "syaheedah' maka terbongkar dengan sendiri ... ternyata bahawa Kapten Zaharie Shah adalah bapa saudara kepada menantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.


Buktinya bahawa syaheeda anak saudara Kapten yang ada pertalian kuat dengan Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah. Dari bukti bukti ini, ternyata Anwar Ibrahim memang suka menipu rakyat dan pengundi Kajang perlu menolak Dr Wan Azizah yang ternyata dengan terang terang seorang penipu dari menangi kerusi DUN Kajang.

KALAU TIDAK MENIPU BUKAN LA ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH NAMA MEREKA !!! kerana INI SEMUA SALAH ANWAR IBRAHIM !!!

Sumber klik SINI







Monday, 17 March 2014

Kerana @drwanazizah Tidak Boleh Berbikini, @anwaribrahim Edit Gambar @chewmeifun #PRKKajang


Nampaknya berkemungkinan besar penyokong pakatan rakyat sudah memulakan tektik kotor mereka apa bila gambar calon Barisan Nasional, Chew Mei Fun berbikini telah diedarkan kepada pengundi Melayu di Kajang. Tujuan tak lain hanya menaikan kemarahan orang Melayu terhadap gambar yang kurang sopan. Secara tak langsung gambar ini memgambarkan Chew Mei Fun tidak bermoral dan murahan.

Namun begitu perbuatan ini sebenarnya telah dilakukan oleh penyokong penyokong pakatan rakyat untuk meraih sokongan dari orang Melayu Kajang. Hasilnya yang mendapat keuntungan dari pembuatan ini adalah Wan Azizah.

Untuk pengetahuan semua pembaca blog TM, gambar ini telah di ubahsuai dari gambar asal. Pembuatan  kotor dan terdesak ini perlu di ketahui oleh pengundi pengundi Melayu di Kajang. Sememang yang pakatan ini

Sunday, 16 March 2014

@khairykj Mengulas Kegagalan @anwaribrahim Dan @drwanazizah Untuk Bertanding Di #PRKKajang




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengulas tentang PRK Kajang. Wawancara ini, KJ mengulas tentang calon dari Barisan Nasional, Chew Mei Fun yang sesuai menjadi wakil rakyat menggantikan wakil PKR yang telah mengkianati amanah rakyat yang memilih pada PRU13 tempoh hari. Semoga dengan ulasan Khairy Jamaluddin dapat membuka mata para pengundi di Kajang.

Friday, 14 March 2014

@anwaribrahim dan @drwanazizah Bongkar Kegagalan @chewmeifun Tunaikan Janji #Kajang #PRKKajang


Kegagalan untuk menunaikan janji yang dibuat pada masa yang lalu perlu diingati oleh rakyat Selangor, khasnya di N25 Kajang.

Sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor, Anwar Ibrahim suami kepada calon PKR telah gagal menasihat kerajaan Pakatan Rakyat untuk tunai janji mereka ada manifesto PRU12 yang lepas. Semua orang tahu yang janji janji ini hanya tinggal janji sehingga kini.

Bayangkan kalau Wan Azizah terpilih, dia akan hanya jadi boneka kepada suaminya sendiri kerana dia sendiri tak tahu nak buat keputusan sendiri.

Ikrar @drwanazizah Bantu @anwaribrahim Musnahkan @chewmeifun Dan #Kajang #PRKKajang



Tujuan Chew Mei Fu n bertanding di PRK Kajang untuk N25 Kajang.

1. Memperkuatkan check n balance terhadap kerajaan negeri Selangor.

2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.
3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.
4. Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.



IKRAR CHEW MEI FUN BUAT WARGA KAJANG SEKIRANYA MENANGI N25 KAJANG

1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

2. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.

4. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

5. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.