Thursday 30 April 2015

Rakyat Mahu Presiden #KTMB Diganti Tingkat Prestasi @NajibRazak @liowtionglai @AKaprawi







Syukur alhamdulillah sujud syukur kepada Allah sekiranya Elias Kadir yang merupakan Presiden KTMB tidak disambungkan kontraknya perkhidmatannya.

Berbagai masalah telah timbul dan tidak diatasi dengan segera telah menimbulkan tidak kepuasan hati para pengguna KTMB kebelakangan ini.


Presiden KTMB hanya datang pada ketika kononnya Menteri Pengangkutan buat lawatan mengejut pada tempoh hari.



Difahamkan juga Presiden ini telah menyebabkan KTMB telah kerugian sebanyak RM2.5 billion ini suka menyekat atau melengah lengah projek atau perkara yang berkaitan KTMB. Klik di sini 




TM rasa sudah tiba masanya Presiden ini digantikan dengan tokoh lain yang sebenarnya layak menerajui KTM



Jangan membazir duit KTMB dengan membayar gaji Presiden KTMB yang tidor.

Sunday 26 April 2015

@IsmailSabri60 Tuai Padi Antara Masak #PRKROMPIN #DSIS @NajibRazak



MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF PESAWAH PARLIMEN ROMPIN

Insentif Pesawah di Parlimen Rompin bertujuan meningkatkan pengeluaran padi, tempat jelapang padi yang baru. Beberapa kawasan telah jumpai dan dikenal pasti.
Sememang ada sedikit pemasalah dari segi pengairan dan tender telah dibuka untuk menyelesai masalah timbul.
Projek ini telah dilaksanakan sebelum PRK Rompin. 
Keseluruhan projek menaiktaraf pengairan ini akan ambil masa selama 5 tahun

Ismail Sabri Yaakob

Thursday 23 April 2015

@NajibRazak Jawapan @hahasrin & @Lassim_Chino Dakwaan Blog @myKMUnet



Respon Ketua Pemuda Negeri Hahasrin Hashim 


Respon Lassim 

"Yes semalam ada mesyuarat penyelarasan jentera PRK Rompin bersama Azwan (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia) sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya.

But bukan isu guling PM (Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak). Dalam perbincangan itu, bincang gerak kerja bagaimana pergerakan jentera dan pembahagian tugas serta isu-isu yang akan dimainkan oleh pembangkng dalam PRK ini.

So yang hebat dihujahkan ialah 1MDB. My stand is very clear that PM just need to give clear explanation untuk clear isu 1MDB ni.

Thats all and tiada cerita kita nak guling PM pun. Good discussion dan keputusan kita akhirnya sama untuk wait pac dan auditor general report.

Stop at there and sambung plan susun gerak kerja PRK balik macam biasa jek."

Saturday 11 April 2015

@Zahid_Hamidi Tenang Tidak Menonjol Berpolitik Di Masjid @NajibRazak #DSZH


Bilal Dah Qamat Sebelum Solat Jumaat Masih Nak Berpolitik !!!

Kejadian berlaku di masjid sebuah sekolah menengah agama di Kajang ketika solat Jumaat. Selesai sahaja khatib berkhutbah dan bilal qamat menandakan untuk memula solat fardu Jumaat, secara tiba-tiba seorang lelaki berumur 40an merampas mikrofon daripada imam yang bertugas.

"Imam kita ni, belum bernikah lagi. Lebih elok jika solat ini diimamkan oleh mereka yang layak dan berpengaruh. Dengan ini saya menjemput Dato Seri Zahid Hamidi untuk mengimamkan solat".

Datuk Seri Zahid Hamidi memang kebetulan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. Memang menjadi satu kebiasaan, solat diimamkan oleh pelajar Sekolah Menengah Agama tersebut dan selama ini tiada pun sebarang bantahan daripada pihak sekolah termasuk para ustaz.

Datuk Seri Zahid Hamidi yang berada di saf nombor tiga mengangkat tangan tanda menolak dengan baik. Lelaki tersebut yang masih memegang mikrofon tiba-tiba sekali lagi mengejutkan seluruh jemaah "Inikah dia tokoh pemimpin kita??", dengan nada menyindir.

Akhirnya keadaan tegang tersebut berjaya ditenangkan apabila seorang jemaah yang agak senior merampas semula mikrofon dan menyerahkan semula kepada imam yang bertugas.

Datuk Seri Zahid Hamidi bukannya tidak layak menjadi imam, beliau sendiri adalah lepasan pelajar sekolah agama dan lahir dalam keluarga yang alim agama.

Nak jadi imam masjid bukan isu tangkap muat. Seseorang imam tu mestilah sama ada yang mendapat tauliah Jabatan Agama, atau pun dipilih oleh Nazir dan Jawatankuasa masjid. Peraturan tetap peraturan.

Apa pun tahniah kepada Datuk Seri Zahid yang tertib, menjaga adab dan masih lagi bersifat "cool" walapun di provok di rumah Allah oleh penyokong pembangkang yang tak cerdik dan taksub.

Jadi pembaca nilaikan sendiri mentaliti penyokong pembangkang yang gila berpolitik sampaikan 2 minit sebelum solat Jumaat masih lagi nak berpolitik di masjid.

Kiriman email
Rezal Fahmi Arjunaidi
Bekas Pelajar Maahad Hamidiah, Kajang

Monday 6 April 2015

@NajibRazak Wajar Pecat Presiden #KTMB Dengan Kadar Segera #KLChronicle




Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), salah satu syarikat Government Link Company (GLC) yang tertua di negara ini kini mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM 2.5 Billion sehingga tahun 2013 mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Persoalanya sekarang, walaupun mengetahui bahawa KTMB mencatatkan kerugian, apa yang kerajaan lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini?

Datuk Elias Kadir adalah Presiden KTMB

Melalui kajian yang kami jalankan di #KLChronicle, sehingga tahun 2008, KTMB telah mencatatkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM 1.45 Billion. Namun dalam tempoh yang singkat iaitu 6 tahun, kerugian KTMB bertambah sebanyak hampir RM 1.05 Billion dimana secara purata kerugian tahunan yang dicatatkan KTMB adalah RM 120 juta setahun!!

Bagi kami di #KLChronicle, kegagalan kepimpinan Presiden KTMB sangat ketara dimana beliau dilihat gagal menghalang syarikat daripada mengalami kerugian dalam operasi. Malah, persoalanya sekarang, mengapa kerajaan masih mahu mengekalkan Datuk Elias Kadir walaupun ketahui bahawa beliau "tidak perform" dalam mentransformasikan KTMB menjadi salah sebuah syarikat yang membawa keuntungan kepada kerajaan?

Kegagalan Datuk Elias Kadir mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang dialami oleh KTMB sehinggakan "mungkin" terpaksa "bailout" KTMB seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat penerbangan negara MAS sekarang. Bailout ini akan menyebabkan keadaan kewangan negara semakin runcing sekaligus menyusahkan rakyat apabila kerajaan mungkin terpaksa menarik balik subsidi-subisidi tertentu supaya dapat terus menampung kerugian KTMB.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kami di #KLChronicle ingin mendesak kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersikap proaktif dan menggantikan Presiden KTMB yang ada sekarang dengan seorang yang lebih berwibawa sekaligus memastikan KTMB kembali mencatatkan keuntungan dan seterusnya memastikan mutu perkhidmatan turut dipertingkatkan bagi keselesaan rakyat. 

p/S; Esok kami akan berikan lagi dallil mengapa Datuk Elias Kadir wajar dipecat