Saturday 31 May 2014

Tahniah YB @dyanasmd Menang Tipis Di #PRKTelukIntan @NajibRazak #TengkuAdnanReal


Alhamdulillah calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong telah berjaya memenangi kerusi parlimen Teluk Intan dengan majorati tipis.

BN : 20157
DAP : 19,919
Majoriti : 238
% perbezaan undi : 0.6%

Jumlah peti undi keseluruhan: 122
Jumlah Peti Undi Diterima : 122
Jumlah Peti undi blom terima :0

Calon BN Datuk Mah Siew Keong Menang PRK Teluk Intan


Walaupun menang menang tipis yang pasti Datuk Mah kena bekerja keras menunaikan janji janji pada kempennya.

Friday 30 May 2014

Gambar @CTNurhaliza11 Digunakan Oleh @dyanasmd Menipu Pengundi #PRKTelukIntan



Hari ini Red Bean Amry menyebar luas gambar Datuk Siti Nurhaliza ketika menyertai Askar Wataniah pada tahun 2011 untuk mengaburi pengundi Teluk Intan bahawa calon DAP. Gambar Datuk Siti Nurhaliza telah dicaptionkan dengan menyatakan Dyana Sofya pernah menyertai Wataniah sebelum ini. DYANA SOFYA CALON DAP DAN RED BEAN ARMY SUKA MENIPU !!!

Ini menampakan bahawa DAP semakin terdesak untuk menipu pengundi di Teluk Intan setelah calon DAP sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu Rejimen Askar Melayu DiRaja dibubarkan.

Datuk Siti Nurhaliza menyertai Wataniah pada 2011
Gambar Siti Nurhaliza dan artis lain bersama Datuk Seri Ahmad Zahid
Pada tahun 2011 penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama rakan selebriti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Kapt (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan dan Nurul Hidayah telah menyertai Rejimen Askar Wataniah.

© Utusan Melayu (M) Bhd 




Kalau dah parti dan calon jenis menipu, jentera dan cybertroopers apa lagi.. jangan lupa sebelum ini Dyana telah dikantoi menipu 4 kali dan penipuan-penipuan PR sebelum ini - 40 ribu pengundi Bangladesh, insiden Black Out di Ketari dan penipuan-penipuan lain. Klik SINI untuk cerita berkaitan. 

Pengundi pengundi Teluk perlu bijak memilih Ahli Parlimen supaya tidak tertipu dengan penipuan penipuan oleh Dyana Sofya calon DAP bersama Red Bean Army. Pernipuan ini tidak boleh diterima sesama sekali kelak akan menerima kesan jangka masa yang agak lama untuk menantikan PRU14.

Jika ini semua boleh ditipu oleh calon DAP, fikirkan pula janji janji politik yang telah buat oleh Dyana Sofya.

Oleh itu TM sarankan pengundi pengundi beri peluang kepada Datuk Mah Siew Keong untuk menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan supaya beliau dapat membuktikan bahawa dia mahu berkhidmat untuk masyarakat Teluk Intan.

Undi la Barisan Nasional.

@NajibRazak Durian Runtuh Untuk Teluk Intan Jika Barisan Nasional Menang #PRKTelukIntan


“Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Thursday 29 May 2014

@abdulhadiawang Depan Pengundi Dan Majlis Ulamak Berbeza Tentang @dyanasmd #PRKTelukIntan







Guru kencinq berdiri ... murid kencing berlari !!! Klik SINI untuk cerita berkaitan. Begitu la Presiden PAS Abdul Hadi Awang berubah ubah menyatakan pendiriannya tentang calon DAP di hadapan pengundi di Teluk Intan dan Majlis Ulamak PAS. Jadi tidak hairan jika pengikut PAS memberi pendirian dan kenyataan yang bercelaru untuk mengelirukan semua pihak.

Pembaca boleh menilaikan pendirian Abdul Hadi yang berubah ubah dengan menonton clip youtube diatas. Ternyata la bahawa PAS ini hanya lembu yang ditarik hidung oleh pemimpin DAP.

Undi la Barisan Nasional untuk kemajuan Teluk Intan.



@abdulhadiawang Kenapa Muslimat PAS Ding Dong Kerana @dyanasmd #PRKTelukIntan



Ini Islam yang diding dongkan oleh mulismat PAS untuk memenangkan calon DAP di Teluk Intan. Perlu diingatkan bahawa walaupun Dyana itu calon bawah tiket DAP, dia tetap Islam tetapi kenapa setengah setengah ... Dyana boleh tapi Barisan Nasional tak boleh ???

Sudah pasti ding dong muslimat PAS sekadar mengaburi pengundi pengundi yang beragama Islam di Teluk Intan. Cara membolehkan kepada Dyana merupa satu perbuatan yang keji. Oh ya terlupa itu bukan kehendakan Dyana tetapi kehendakan Lim Kit Siang the master puppet. 

Visi @dyanasmd Dan @limkitsiang Terhebat Hanya Mah Siew Keong #PRKTelukIntan @NajibRazak



Kalau kita lihat calon DAP Dyana Sofya dalam kempennya untuk menang kerusi parlimen tiada misi dan visi hanya kempen isu isu yang berbau perkauman untuk membangkitkan kegelisahan pengundi yang bukan Melayu seperti isu UiTM dan RAMD.

Dyana idak seperti calon Barisan Nasional iaitu Dato Mah Siew Keong yang menpunyai banyak misi dan visi sekiranya berpeluang memenangi kerusi parlmen Teluk Intan.

Mah Siew Keong yang merupakan anak kelahiran Teluk Intan lebih memahami permasalahan yang timbul. Mah Siew Keong sudah ada perancangan untuk kebaikan penduduk di Teluk Intan di segenap lapisan umur. Dengan kelebihan kerajaan negeri yang dikuasai Perak di Barisan Nasional akan memudahkan usaha usaha tersebut dilaksanakan.

Semoga dengan kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan nanti, penduduk penduduknya akan dapat manafatnya.

Undi lah Barisan Nasional !!!

Wednesday 28 May 2014

Al Fatihah DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Mangkat @NajibRazak @MuhyiddinYassin




لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُاَ
للّبسم الله الرحمن الرحيمهُ

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سيّدنامُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ آلِ سيّ

دنا Ù…ُØ­َÙ…


Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ


AL FATIHAH


Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.

Sekian.

28hb Mei,2014
1.38pm

Semoga Allah memberkati dan merahmati roh Baginda Sultan Azlan Shah ... Al Fatihah.

Yammy Sanggup Khianat Melayu Kerana @limkitsiang #PRKTelukIntan


Yammy sanggup keluar dari Pribumi Perkasa semata mata anak yang bertanding atas tiket DAP. Kemungkinan besar kerana merasakan sekiranya anaknya menjadi ahli parlimen, Perkasa tidak diperlukan. Ini juga berkaitan penipuan anak beranak ini yang menafikan menjadi ahli Perkasa sebelum ini.
Ibu kepada pengkhianat Bangsa Melayu hari ini mengistiharkan pula dirinya sebagai pengkhianat dengan membuat kenyataan Keluar daripada NGO Melayu yang disertainya sejak penubuhan NGO tersebut.

Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu.

Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan.

Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan. - Malaysiakini.
Apakata kalau Yammy keluar dari UMNO pula ... sebelum dipecat keahlian UMNO kerana terang terang menyokong parti lawan. 

Tuesday 27 May 2014

@razlanrafii Kami Tidak Mengaku Bersalah Atas Tindakan Kami ! Kami Diprovoke Oleh Kuncu @limkitsiang





Pada hari ini Ketua Pemuda UMNO bersama empat ketua pemuda Wilayah Persekutuan dan Datuk Rizalman Mokhtar, Ketua Bahagian Bandar Tun Razak telah ditahan pada jam 3 petang berikutan berdemo dihadapan pejabat DAP pusat.

"Kami terima dengan hati terbuka kerana negara ini ada undang undang, kita akan ikut undang undang, apa pun tuduhan yang dilemparkan kepada kami, saya tidak mengaku sama sekali" kata Razlan.

"Kami enam enam bukan la penjenayah dan kami orang yang mahu menjadi negara ini yang ganas dan tak tenteram" katanya lagi.

"Saya mengharapkan ekiranya kami juga kena begini, saya mengharapkan undang undang sama di kenakan kepada siapa sahaja yang membuat kacau bilau di dalam negara ini. Apapun kami mendokong undang undang negara ini.

Monday 26 May 2014

@dyanasmd Calon Boneka @limkitsiang Mahu Transformasi #PRKTelukIntan @NajibRazak


BERDEDIKASI, BERPENGALAMAN, KOMITED
RANCANGAN PEMBANGUNAN TELUK INTAN OLEH MAH SIEW KEONG

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TEMPATAN

🔹Lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda

🔹Teluk Intan sebagai “Agri-hub” Hilir Perak

🔹Menarik pelaburan khasnya dalam bidang perkilangan & pembuatan.

 PELANCONGAN

🔹Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO

🔹Teluk Intan sebagai “pusat makanan” Hilir Perak

🔹Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development)

 KOMUNITI

🔹Pusat komuniti di setiap taman dan kampung

🔹Kompleks sukan bersepadu di Changkat Jong & Pasir Bedamar

🔹Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia

🔹Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas

🔹Sebuah Universiti untuk Teluk Intan

🔹Rumah mampu milik melalui PR1MA

🔹Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap

✅BERSAMA-SAMA KITA MENTRANSFORMASIKAN TELUK INTAN
✅ UNDILAH BN

Calon Barisan Nasional Mah Siew Keow akan mentransformasi Teluk Intan kepada suatu yang baru sekiranya dapat menangi kerusi Parlimen Intan sekali..

@dyanasmd Pinocchio Yang Dikawal Oleh @limkitsiang #PRKTelukIntan




Dyana Sofya atau kita boleh panggil pinocchio DAP kerana suka menipu rakyat Teluk Intan dalam beberapa perkara termasuk kerjayanya sebagai peguam walhal dia hanya lulusan undang undang saja ... tentang Tunku Aziz ... dia kata tidak tahu kerana baru masuk , walhal dia memasuki DAP 2008 dan berkaitan ibunya yang pernah memasuki Pribumi Perkasa sebagai Ketua Wanita Perkasa.

Ternyata Dyana Sofya pin8cchio suka bercakap bohong !!! Bagaimana orang ini mahu dijadikan ahli parlimen Teluk Intan ???

Sunday 25 May 2014

@dyanasmd Your Mother Laaaa Perkasa ! Mengapa Suka Menipu Rakyat #PRKTelukIntan



Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI

Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :

Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
  • Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
  • Masa : 4.00 petang
  • Tarikh : 21 Oktober 2008
  •  
PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.
Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;
  • Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
  • Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
  • Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
  • Memperkasakan kaum Pribumi.
  • Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
  • Mempertahankan kedaulatan negara.

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA
Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
  • Dato’ Zakaria Salleh
  • Salahuddin Hisahm
  • Mohd. Rozal Abd. Rahman
  • Mohd. Radzi Mustafa
  • Hjh Foziah Dato Nawawi
  • Raizul Azmi Zulkeply
  • HajahYam @ Yammy Abdul Samat
  • Yusof Merah
  • Ahmad  Jaddawi Ghazali
  • Selamat Saimon Daud Ibrahim
  • Raizul Azni Zolkepli
  • Wan  Ahmad  Talib
  • Kpt. Don Abdullah
  • HanishaIzaireen
  • Megat Zulkarnain Omar Din
  • Jismi Azahar iJohari

- Sumber Minaq Jinggo 

HajahYam @ Yammy Abdul Samat merupakan ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya pernah menjadi Ketua Wanita Pribumi Perkasa. Persoalannya kenapa Dyana perlu menipu ? Beginikah perangai seorang yang ingin menjadi ahli parlimen. ?

Lihat la di video diatas bagaimana Tony Phua yang mengawal dan memberi jawapan Dyana ... sememangnya Dyana ini hanya BONEKA

@dyanasmd Sememangnya Kurang Dapat Sambutan Dan @limkitsiang Dihambat #PRKTelukIntan


\\


Lihat bagaimana calon DAP, Dyana Sofya dan pemain boneka, Lim Kit Siang dihalau keluar dari satu kampung Melayu di Teluk Intan.

Amaran @dyanasmd Kepada Pengundi Melayu Di #PRKTelukIntan Yg Menentang @limkitsiang & DAP

Hanya memberi pemain boneka untuk bercakap ... boneka hanya perhatikan seperti tunggul

Syed Araniri Syed Ahmad Naqib, bekas Naib Pengerusi DAP Kedah menperingatkan sesiapa sahaja yang menjadi ahli DAP terpaksa mengikut dasar DAP. Untuk mengaburi mata pengundi di Teluk Intan, DAP mengambil Dyana Sofya sebagai calon. Melaya yang dua tiga kerat sekadar simbol kononnya menperjuangkan semua kaum. Objective sebenarnya menperjuangkan hanya untuk cina.

@HishammuddinH2O Kata @dyanasmd Boneka @limkitsiang Guna Skrip Lapok #PRKTelukIntan





Hishamuddin menperingatkan kepada semua penyokong BN supaya tidak melatah dengan permainan parti pembangkang yang membangkit isu isu yang sama hanya pada masa tertentu seperti di pilihanraya pilihanraya kecil.

Isu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang mengikut tempat tempat dengan menggunakan propaganda propaganda mereka yang sama dan lama untuk menimbulkan emosi juga kemarahan orang ramai terhadap Barisan Nasional.

Hishammuddin mahu parti parti kompenen untuk bekerjasama rapat untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan.

Propaganda @limkitsiang Jadi Hero Untuk Mengaburi Mata Orang Melayu #PRKTelukIntan


Hari ni Lim Kit Siang cuba berlagak sebagai seorang "Hero"  Melayu apabila dengan tidak malunya mendesak Menteri Perumahan Kajian Tempatan & Kesejahteraan Bandar Datuk Abdul Rahman Dahlan memohon maaf kepada calon DAP di Pilihanraya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.

Sebelum Datuk Rahman Dahlan memohon maaf (walaupun tidak ada keperluan untuk berbuat demikian) adalah lebih baik Lim Kit Siang minta ADUN Seri Delima yang terbukti racist, RSN Rayer membuat permohonan maaf terlebih dahulu kepada orang-orang UMNO yang dipanggil celaka.

Kenapa tidak DAP mulakan terlebih dahulu sebelum mendesak pemimpin UMNO dan yang lebih pelik kenapa tiba-tiba hari ini DAP menyebelahi UiTM yang pernah digelar sebagai Universiti rasis dan milik UMNO sebelum ini?

Jelas sekali DAP sudah kian terdesak untuk mendapat undi orang Melayu yang sememangnya tidak menyokong perjuangan mereka apabila cuba memenangi hati pengundi di Teluk Intan.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Saturday 24 May 2014

@razlanrafii & PPUWP Mahu Produk Cadburry Diharamkan Dan Digantung ! Siasat Serta Merta



Kenyataan media Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Isu: coklat cadbury disahkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan.

Pergerakan Pemuda UMNO wilayah Persekutuan mendesak tindakan seperti berikut.

1) Mengharamkan terus produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Roast Almond di pasaran tempatan utk masa akan datang.

2) Jakim dan kementerian kesihatan perlu memeriksa dan mengkaji semua produk lain keluaran syarikat yang sama.

3) Jika perlu, bekukan semua produk cadbury di pasaran serta merta sementara menunggu semakan dan pemeriksaan pihak berkuasa.

4) kepada pengguna Islam, gunakan hak untuk tidak.membeli produk yang dikhuatiri mengandungi unsur atau bahan terlarang dan memboikot barangan yag disahkan mengandungi DNA babi.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

@limkitsiang Menjawab Lagi Utk @dyanasmd Tapi Akhirnya @Khalid_Ibrahim Menyampuk #PRKTelukIntan





Sekali lagi Dyana Sofya terpaksa diselamatkan oleh Lim Kit Siang untuk menjawab soalan wartawan. Soalan ditanya kepada Dyana tetapi tetap Lim Kit Siang yang menjawab sehingga seorang wartawan mahu yang Dyana sendiri yang menjawab soalan yang diajukan. Maka tersipu sipu la si apek tua memberi laluan kepada Dyana.

Tetapi TM bersetuju dengan jawab yang diberika oleh Khalid Ibrahim yang bukan semua orang boleh jawab soalan. Ini kerana Dyana Sofya sebenarnya  tidak pengetahuan tentang politik kerana segala skrip telah dibuat atau disedia oleh Lim Kit Siang pemain boneka. Jelas Dyana ini seorang yang kurang berilmu pengetahuan kerana dia seorang BONEKA.

Oleh itu Dyana sememangnya tidak layak menjadi seorang ahli parlimen kerana untuk menjawab soalan yang mudah juga gagal. Seperti wartawan menanyakan soalan mengenai Tunku Aziz tetapi jawab mudah oleh Dyana, ketika itu dia belum ada lagi. Sebenarnya Dyana tidak memahami soalan dan tidak tahu menjawabnya. Wartawan hanya bertanya Dyana bersediakah menjadi seperti Tunku Aziz yang dipecat dari DAP.

Thursday 22 May 2014

@Khairykj Pemuda UMNO WP Bagai Phoenix Dibangkitkan Oleh @razlanrafii Membantah DAP
















Gambar gambar ehsan dari Zali Photographer


Kerana kebiadapan seorang pemimpin DAP yang mengatakan UMNO Celaka ... hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah berarak ke pejabat DAP Pusat berhampiran Jalan Pudu. Apabila mengatakan UMNO celaka ibarat cubit peha kanan ... peha kiri terasa sakitnya.



Pemuda UMNO WP yang juga sebahagian daro ahli UMNO ramai 3.4 juta orang menyatakan tidak kepuasan hati mereka atas kebiadapan pemimpin DAP. Selama ini ahli hanya berdiam diri apabila dihina oleh pemimpin pemimpin pembangkang. Sabar ada hadnya, akhirnya meletup bagai gunung berapi yang lama terpendam.

Video ehsan dari KiniTV ... hahahahaa

Wednesday 21 May 2014

@Khairykj Kenapa @ibdil Promote @dyanasmd Calon DAP Di #PRKTelukIntan ?


Mah Siew Keong, seorang peguam yang berusia 53 tahun. Beliau tamat pelajaran sekolah rendah dan menengah di Sekolah Horley Methodist Teluk Intan. Sejurus itu, beliau melanjutkan pelajaran ke London University, England dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian B.Sc. (Hons). Seterusnya, beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA daripada City University London dan Ijazah Muda Undang-Undang LLB (Hons) dengan kepujian daripada East London University.

Perjalanan politik Mah Siew Keong:
• 1995 dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hilir Perak mewakili Parti Gerakan
• 1995 terpilih sebagai ADUN Pasir Bedamar dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
• 1999 terpilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan dalam PRU
• 2004 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRU dan dilantik sebagai
  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 2006 bertukar portfolio kabinet dan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Menteri
  Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2013 terpilih sebagai Presiden Nasional Parti Gerakan

Mah Siew Keong gigih berkhidmat untuk rakyat tanpa mengenal penat lelah. Beliau giat berjuang untuk mendapatkan peruntukan kerajaan yang berjumlah puluhan juta ringgit bagi tujuan pembinaan benteng yang menjangkau 10km di sepanjang Sungai Perak dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang telahpun lama membelenggui penduduk setempat. Ketika beliau menjawat sebagai Timbalan Menteri, Mah Siew Keong juga komited dalam mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan, pembangunan tempatan dan infrastruktur Teluk Intan. Beliau juga berjuang untuk mendapatkan peruntukan bagi pendidikan, tokong dan persatuan-persatuan.

Beliau juga aktif menceburi diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan tempatan dan pertubuhan amal di mana beliau turut berperanan sebagai penasihat kepada banyak organisasi setempat dan sentiasa aktif memberi sumbangan dan idea yang bernas seperti:
• Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan
Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli

• Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan
• Menyokong secara aktif dan memberi peruntukan kepada usaha pembinaan sebuah krematorium Cina
  Hilir Perak
• Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan
  RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir
  Perak secara berasingan.

Biarpun Mah Siew Keong tewas dalam PRU tahun 2008 dan 2013, namun beliau tetap mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan dan berhasrat untuk terus berkhidmat kepada penduduk tempatan. Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan. Marilah kita mengundi Mah Siew Keong untuk membolehkan beliau dipilih sebagai wakil rakyat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Teluk Intan serta membawakan arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan sehingga membolehkan Teluk Intan muncul sebagai salah sebuah bandar yang pesat membangun dengan prospek kemajuan yang amat cerah dalam negeri.

IBDILLAH ISHAK
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Amaran @dyanasmd Dan @limkitsiang Kepada Blogger Blogger PRO Barisan Nasional #PRKTelukIntan



MINTA PERHATIAN PADA PEJUANG MEDIA SOSIAL UMNO!!

Minta sahabat pejuang media sosial UMNO jgn main video lucah yg dikatakan milik mak Dyana Sofya (calon Dap), kerana itu perangkap daripada RBA utk mencari simpati.

Jika ada diantara kita main video tu, tentu mereka akan ada kelebihan dan pelbagai tuduhan akan dibuat keatas pejuang media sosial UMNO. Malah kita sudah diperangkap dlm permainan kotor yg mereka rancang.

Hati-hati dalam info atau maklumat yg diberi. Rujuk pd pihak yg boleh dipercayai sebelum membuat posting atau sebarkan maklumat berkenaan. TQ

Tuesday 20 May 2014

@Khairykj & Pemuda BN Menyokong 100% Kepada Mah Siew Keong #PRKTelukIntan




Khairy Jamaluddin Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berjanji akan memberi sokongan 100 % kepada calon yang mewakili Barisan Nasional dalam beberapa bentuk yang boleh meraihkan sokongan dari majorati 20,905 pengundi muda di bawah 40 tahun. Mereka akan merai sokongan dengan mengada program program santai. ceramah dan lawat rumah ke rumah/ Khairy juga yakin walaupun berhadapan calon yang muda tapi Khairy tetap percaya Mah Siew Keoang walaupun sudah berusia, namun dengan pengalamanya luas.

Undi la Barisan Nasional !!!

@dyanasmd Tidak Mampu Jawab Soalan Tentang Tunku Aziz Dikawal Oleh @limkitsiang #PRKTelukIntan



Mungkin Dyana Sofya belajar dan pengetahuan tinggi tetapi apabila ditanya oleh wartawan dua soalan mudah "adakah kamu bersedia kalau terjadi pada Tunku Aziz akan terkena pada kamu" dan "apa yang terjadi pada Tunku Aziz ?" 

Calon DAP Dyana Sfya tetkial kial nak menjawab soalan berikut ... teriya iya. Tetapi dengan pantas pemain boneka iaitu Lim Kit Siang menarik mikropon dan menamatkan sidang media apabila soalan berkait Tunku ditanya secara bertubi tubi. 

Nampaknya memang benar bahawa Dyana Sofya hanya merupakan boneka yang dikawal oleh Lim Kit Siang. 

Terkelip kelip mata Dyana ketika Lim Kit Sian memintas menjawab soalan wartawan wartawan.

Tiada gunanya memilih Dyana Sofya sebagai ahli parlimen jika soalan yang cukup mudah tapi tidak mampu dijawabnya.

Mari Kenali @dyanasmd Calon DAP Lawan Menentang Mah Siew Keong Dari BN #PRKTelukIntan


Dyana Sofya merupakan calon pilihan DAP menentang Mah Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional di Parlimen Teluk Intan berikut kematian ahli parlimennya akibat kanser. Tetapi RM bukan nak bercerita tentang Dyana Sofya yang diletakan sebagai calon DAPsekadar mengaburi mata pengundi Melayu di parlimen tersebut.

TM ingin mengenal serba ringkas tentang Datuk Mah Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional

Mah Siew Keong merupakan seorang anak tempatan yang pernah menjadi ahli parlimen Teluk Intan dari tahun 1999 sehingga tahun 2008. Beliau merupakan calon sesuai untuk menduduki semula kerusi parlimen tersebut atas prestasinya ketika menjadi ahli parlimen Teluk Intan.

Undi la Barisan Nasional.

Sunday 18 May 2014

Tolong !!! Anak Dara Saya Dilarikan Orang Jahat #1Malaysia @PDRMsia


Saya Ramlan Abu Hassan tinggal di Kuantan mohon pertolongan untuk mencari anak perampuan saya dalam gambar ini bernama Fatin Nur yang berumur 19 tahun yg di bawa lari lelaki seperti di dalam gmbar ini bernama Zuhaimi bin Mohammad. Lelaki ini berasal dari Kg Anak Gajah Batu Balai Jerantut Pahang. Saya telah buat repot polis no repot kuantan/009041/14 tarikh repot 14-3 2014 masa repot 1724pm. Kepada sesiapa yang menjumpai mereka boleh menalifon saya 013 9465804 atau menghubungi balai polis berdekatan. Saya mengharap mendapat pertolongan semua orang. Terima kasih

Saturday 17 May 2014

Presiden GERAKAN Calon Barisan Nasional Di Teluk Intan #PRKTelukIntan


Sekali lagi Presiden GERAKAN Mah Siew Keong diberi peluang sekali untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan mewakili Barisan Nasional. Pengumuman itu telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di perlancaran jentera Pilihanraya Kecil Barisan Nasional di Telok Intan.

Barisan Nasional dengan pengalaman Mah Siew Keong akan dapat meraih sokongan dari pengundi parlimen Teluk Intan.

Premis Laman Pengantin Datin Halijah Dianiaya Dan Diaibkan Oleh SYABAS #1Malaysia


Pada asalnya ianya merupakan tanah setinggan yang terletak berhampiran Taman Dato'Senu telah beli pada dua tahun yang lepas untuk dibangunkan beberapa premis perniagaan termasuk juga Laman Pengantin Datin Halijah oleh pengusaha Melayu muda yang bernama Fizal Datuk Azrat.

Tetapi agak malang pada dua hari yang lepas apabila sekumpulan pasukan dari SYABAS dan SPAN telah menyerbu dan menceroboh premis Laman Pengantin Datin Halijah kerana terdapat aduan orang ramai mengenai paip yang mencuri air secara haram.

Pihak SYABAS dan SPAN yang menceroboh secara haram ke dalam premis milik persendirian telah mengorek beberapa tempat di Laman Pengantin Datin Halijah untuk mencari paip air yang buat secara haram itu. Hasil dari pencarian itu, pihak Syabas telah menemui sambungan paip haram tersebut dan memotongnya paip air haram itu !!! 



Setelah pemotongan itu dilakukan, pihak SYABAS telah melakukan sidang media telah menuduh pemilik premis tersebut telah membuat sambungan air haram yang telah menyebabkan SYABAS mengalam kerugian yang banyak.

Sebenarnya tuduhan SYABAS itu tidak berasas kerana setelah kerja pemotongan sambungan paip haram itu dijalankan, air di premis Laman Pengantin Datin Halijah tetap ada seperti biasa. Ianya kerana premis tersebut menggunakan air yang disalurkan melalui meter air yang dipohon oleh pemilik dari SYABAS pada dua tahun yang lepas.



Maka semalam pemilik premis Laman Pengantin Datin Halijah telah mengadakan sidang media untuk menerangkan perkara yang sebenarnya. Dalam sidang media tersebut Encik Fizal Azrat sebagai pemilik premis tersebut meminta pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang memasuki premis secara haram membuktikan premis itu mencuri air dan membuktikan juga paip haram itu milik premis tersebut. 

"SYABAS dan SPAN telah menceroboh masuk premis saya dan mengorek sesuka hati mereka tanpa ada perintah mahkamah. 

Setelah paip haram ditemui dan kerja pemotongan sambungan paip haram itu dilakukan, premis kami masih ada air seperti biasa kerana premis saya yang menggunakan meter baru, membayar air setiap bulan tanpa gagal !!!"

Kami malu apabila dituduh menjalani perniagaan Laman ini dengan mencuri air dengan menggunakan meter air yang haram. 

Berikutan dari tindakan SYABAS ini, kami terpaksa membatalkan beberapa tempahan untuk menggunakan laman pengantin ini."

SYABAS bersama SPAN menjalankan operasi pemotongan meter air di premis berkenaan yang didakwa terlibat dengan kegiatan mencuri air membabitkan kerugian lebih RM150,000. Priscilla Alfed, Penolong Besar Jabatan Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS yang mewakili pihak SYABAS telah mendakwa bahawa premis tersebut tiada meter sah yang berdaftar semenjak dua tahun yang lepas.

p/s TM rasa memang ada paip haram tapi kemungkinan besar dipasang dan digunakan oleh penduduk setinggan yang lepas.


Monday 12 May 2014

@TengkuAdnanReal Sungai Baru Wujud Di Jalan Duta Petang Tadi




Berikutan hujan lebat yang turun petang tadi mengakibatkan jalan Duta ditenggelami air banjir. Ini telah menyebab jalan Duta mengalami kesesakan jalanraya. Banjir kilat ini telah meyebabkan berapa kenderaan terkandas. TM rasa banjir ini kerana sistem saliran jalan Duta ini kurang memuaskan yang disebabkan kerja kerja di sepanjang jalan Duta. Salah siapa ???

Sunday 11 May 2014

@razlanrafii Selamat Hari UMNO Ke 68 @NajibRazak @TengkuAdnanReal @Khairykj



11 Mei 2014 merupakan tarikh keramat buat sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya kepada hampir 3.5 juta ahli-ahli UMNO seluruh negara.

UMNO bakal berganjak ke usia 68 tahun semenjak tahun 1946 penubuhannya yang bermatlamatkan untuk memastikan kepentingan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dipertahankan. Tertubuhnya juga UMNO adalah hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu yang sayang akan nasib anak bangsa hari ini dan akan datang.

Bersempena hari ulangtahun UMNO ini, saya menyeru agar ahli-ahli mengenang kembali apakah tujuan asal penubuhan UMNO sehingga berjaya membawa Malaysia ke persada antarabangsa.

UMNO Untuk Semua.
UMNO Pelihara Agama, Bangsa & Negara.
UMNO Tetap Di Hati Rakyat Malaysia.

Selamat Ulang Tahun Ke 68 UMNO
Terima Kasih UMNO


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan