Sunday 29 December 2013

Gempar ! Pengakuan @rafiziramli kepada @razlanrafii ! Ada 5 Biji Bom ! @Zahid_Hamidi @PDRMsia



Mungkin benar bahawa Rafizi Ramli menpunyai bom yang bakal diletupkan pada malam 31 Disember ini bakal menghuru harakan orang ramai yang berkumpul di Dataran Mederka menyambut tahun baru 2014. 

Pergakuan secara sepontan oleh Rafizi Ramli ketika memasuki kawasan Balai Polis Dang Wangi tengahari tadi apabila menjawab soalan yang dilontarkan oleh Razlan Rafii, Ketua Pergerakan UMNO WP bahawa dia memilik 5 biji bom. 

Pada ketika itu Pergerakan Pemuda UMNO WP baru selesai membuat beberapa report polis terhadap Perhimpunan Gulingkan Kerajaan. 

Demi keselamatan rakyat yang akan berada di Dataran Mederka di malam ambang tahun baru, Rafizi Ramli sepatutnya ditahan reman dan bertanggungjawab terhadap kenyatannya memiliki 5 biji bom. Perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh pihak polis





Friday 27 December 2013

Kisah @anwaribrahim Dan 40 Ribu Bangla @NajibRazak Yang Disorok #1Malaysia


Sehingga sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk membuktikan kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional membawa 40 ribu warga bangla ketika Pilihanraya Umum yang 13 lepas.

Anwar telah momokan pengikutnya dan mengapikan fikiran rakyat Malaysia bahawa Datuk Seri Mohd Najib telah membawa masuk seramai 40 ribu wargabangla untuk membantu Barisan Nasional memenangi pilihraya tersebut.

Mungkin dengan video ini, maka terbongkar misteri 40 ribu warga bangla yang datang untuk mengundi yang dimomok oleh Anwar Ibrahim.

Thursday 19 December 2013

Amaran @razlanrafii Kepada @weekasiongmp Hentikan Momokan Rakyat @Khairykj @azwanbro

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan



Respon Balas Kenyataan Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong


"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO. Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain."

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Keputusan Kenaikan Cukai Pintu - Kenyataan Penuh @TengkuAdnanReal, Menteri WP


PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888  Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my 
CUKAI TAKSIRAN DBKL

1.             DBKL telah pun menghantar  Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian kepada pemilik-pemilik hartanah di Kuala Lumpur. Notis ini bertujuan memaklumkan cadangan Nilai Tahunan hartanah pemilik untuk dikuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
2.          Secara  mudahnya, tafsiran nilaian tahunan dijelaskan seperti berikut:

a.         Bagi tanah yang telah dibina bangunan, Nilai Tahunan bermaksud anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan. Sebagai contoh, jika bangunan tersebut ditaksir memperoleh sewa RM1,000 sebulan, maka Nilai Tahunannya RM 12,000.

b.         Bagi tanah yang masih kosong, Nilai Tahunan adalah 10% daripada Nilai PasaranTanah. Sebagai contoh jika nilai pasaran tanah RM500,000, maka Nilai Tahunannya RM50,000.

3.         Nilai Tahunan bukanlah cukai taksiran yang perlu dibayar. Cukai taksiran hanyalah beberapa peratus dari Nilai Tahunan.
 Contoh bayaran cukai taksiran adalah seperti berikut :-
JENIS HARTA
NILAI TAHUNAN (RM)
PERATUS KADAR (%)
JUMLAH CUKAI TAKSIRAN (RM)
Rumah Teres
12,000
6
720
Tanah Kosong
50,000
6
3,000


4.         Walaupun saya bersetuju supaya DBKL melaksanakan Penilaian Semula kepada hartanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi saya telah meminta supaya Penilaian Semula tersebut hendaklah tidak mengakibatkan kenaikan yang terlalu tinggi ke atas jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik harta sehingga membebankan mereka. Oleh itu, atas keperihatinan tersebut dan selepas membaca sebahagian dari bantahan yang telah diterima, saya dengan ini ingin mengumumkan perkara-perkara berikut untuk Cukai Taksiran tahun 2014:-
PERTAMA
Kadar peratusan yang digunakan untuk mengira jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar
DIKURANGKAN seperti berikut:

JENIS HARTA
DALAM 36 BATU PERSEGI
LUAR 36 BATU PERSEGI
2013
2014
2013
2014

Perdagangan

12%

10%

10%

8%

Pangsapuri Servis

10%

7%

8%

5%

Kediaman

6%

4%

6%

4%
Rumah Pangsa Kos Rendah

6%

2%

6%

2%
Tanah kosong perdagangan

10%

7%

6%

5%

Tanah kosong kediaman

7%

5%

6%

5%

Kampung Baru, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Melayu Segambut Dalam



2%



1%



2%



1%
Lain-lain Kampung              Bangunan
Tanah Kosong


3%
2%


2%
1%


3%
2%


2%
1%

KEDUA
Insentif dalam bentuk pengurangan kepada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar akan diberi kepada:
 i.        Pemilik harta yang terdiri dari Orang Kurang Upaya (OKU).
 ii.        Pemilik harta yang merupakan Pesara.
 iii.        Pemilik harta yang mendiami sendiri kediaman mereka (tidak menyewakan).
Pemilik-pemilik harta yang dalam kategori di atas bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari kaunter-kaunter pembayaran DBKL dan mengembalikan kepada DBKL bersama dengan dokumen bukti yang berkaitan.
KETIGA
Kenaikan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kos rendah dan kos sederhana rendah hendaklah pada paras yang paling minima, manakala untuk rumah kos tinggi hendaklah tidak melebihi 10% dan bangunan komersil tidak melebihi 35% dari jumlah cukai taksiran yang dibayar sekarang.
KEEMPAT
Sementara Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Pintu mendengar semua bantahan, pemilik harta dibenarkan menjelaskan cukai taksiran bagi penggal pertama pada Januari 2014 berasaskan kepada jumlah cukai taksiran semasa yang dikenakan pada tahun 2013 (Jumlah Lama). Pelarasan akan dibuat dalam bil cukai taksiran penggal kedua Julai 2014.
5.         Tanpa mengambil kira perkara-perkara diatas, pemilik harta yang telah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada DBKL sebelum atau pada 17 Disember 2013,  akan tetap dipanggil ke sesi pendengaran bantahan yang akan dimulakan pada 6 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014. Jika pemilik dapat membuktikan bahawa, Nilai Tahunan yang dicadangkan oleh DBKL terhadap harta mereka adalah tinggi, Jawatankuasa Pendengaran Bantahan boleh mengurangkan lagi Nilai Tahunan tersebut. Ini akanmengurangkan lagi jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik.

6.         Saya berharap, keputusan saya ini akan dapat meredakan kegusaran pemilik harta sekelian dan saya juga akan memastikan DBKL mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka dan memperbanyakkan lagi penyediaan kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan warga kota semua.
SEKIAN.
Disediakan oleh:
PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Wilayah Persekutuan  

19 Disember 2013
PUTRAJAYA

Tuesday 17 December 2013

@azwanbro Mula Menunjuk Taring Pemuda UMNO Malaysia @NajibRazak @Khairykj #Lifestyle





Kenyataan Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Menteri yang berkata bahawa "Kenaikan tol adalah munasabah. Kalau rakyat ridak hendak bayar tol, sila guna jalan lain" telah mendapat respon dari Khairul Azwan Harou, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Khairul Azwan atau lebih mesra dikenali sebagai AzwanBro telah membidas kenyataan Abdul Wahid yang kurang peka pada bebanan rakyat. AzwanBro tidak bersetuju dengan kenaikan tol tol di lebuhraya kerana adalah mustahil lebuhraya lebuhraya yang menpunyai pengguna harian yang banyak tidak mendapat keuntungan. Kajian terperinci perlu diadakan untuk mengkaji kesan sampingan atau domino impact jika bayaran tol dinaikan.

"Terpulang kepada rakyat untuk memilih ... bukannya untuk anda memberitahu rakyat untuk memilih"

Pesanan AzwanBro kepada "pemimpin yang tidak menjiwai rakyat ... TAK LAYAK JADI PEMIMPIN !!!

Bagi TM ini la Pemuda UMNO Malaysia yang TM ingin lihat tulang belakang Malaysia dan Pembela Raykat !!! Maka TM terpaksa berikan tumb up kepada AzwanBro !!!

Thursday 12 December 2013

@razlanrafii Tindakan @syedhamidalbar Menambah Beban Rakyat @NajibRazak @Khairykj #Lifestyle


KENYATAAN MEDIA

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

@NazirHussin79 Menyelar dan Membantah @syedhamidalbar #Lifestyle @NajibRazak @Khairykj


KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO menyelar kenyataan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syeh Hamid Albar yang membayangkan kenaikan Harga tambang LRT.

Nampak seakan-akan akan perlumbaan di kalangan GLC untuk berlumba-lumba menaikkan HARGA PERKHIDMATAN tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima Rakyat khususnya di kawasan bandar ini.

KERAJAAN sebelum ini telah mengalakkan Rakyat khususnya Warga kota untuk menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang perkhidamatan awam ini seakan-akan jerat untuk pengguna khususnya Warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos Sara Hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.

Adalah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan Rakyat yang telah memberikan kemenangan Kepada BN Dalam pilihanraya umum ke13 yang lalu?

Sehubungan dengan itu, pemuda memdesak pihak KERAJAAN untuk menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan yang buruk Kepada Rakyat khususnya Warga kota yang berpendapatan sederhana yang Saban hari menggunakan perkhidamatan pengaangkutan awam Setiap hari .

Pihak SPAD perlu jelaskan kepada rakyat bandar khususnya, penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam dalam tempoh 5 tahun ini yg memungkinkan kos tambang perlu ditingkatkan.

Kerajaan perlu membuat peningkatan kos terhadap apa juga keperluan rakyat sejajar dgn peningkatan pendapatan, pada masa  ianya tidak sesuai memandangkan purata pendapatan penduduk bandar masih rendah.

Diharap kerajaan tidak menjadikan peningkatan gaji atau pendapatan kakitangan awam sebagai ukuran bagi membolehkan keperluan-keperluan lain ditingkatkan kerana ianya bukan petunjuk jelas pendapatan purata rakyat.

Spad seharusnya melihat atau menbuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yg rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan pengangkutan sendiri.

Rakyat yakin dan percaya perlu ada peningkatan kos tambang terhadap pengangkutan awam dan adalah mustahil ianya dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Cuma perlu melihat mutu perkhidmatan serta keselesaan kepada pengguna.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
EXCO pemuda UMNO Malaysia 
Merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar&Perumahan

Wednesday 11 December 2013

@abss115 UMNO Bahagian Batu Membantu Mangsa Banjir Pahang #Lifestyle @NajibRazak


Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas akan mengetuai UMNO Bahagian Batu menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. UMNO akan menyediakan keperluan seperti pakaian, tuala wanita dan lampin kanak kanak yang bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu. 


UMNO Bahagian Batu juga mendapat bantuan dari Pusat Pakaian Hari Hari yang menyumbangkan pakaian baru untuk mangsa mangsa banjir yang bakal sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit bebanan mangsa mangsa. Encik Amilludin Latif wakil Pusat Pakaian Hari Hari merasa terpanggil untuk membantu mangsa mangsa banjir yang sedang dilanda musibah.

Pihak UMNO Bahagian Batu juga telah menyediakan tuala tuala wanita dan lampin lampin untuk kanak kanak kerana salah satu masalah utama ialah untuk mendapatkan barangan tersebut.

Sumbangan ini akan dihantar ke tempat tempat yang telah diputuskan dalam perbincangan mereka secepat mungkin.

@fuziah99 Cuba Menutup Kelemahan Diri Dalam Membantu Mangsa Banjir Di Kuantan #Lifestyle @tunfaisal


Fuziah Md Salleh, naib presiden PKR dah lah gagal sebagai ahli parlimen Kuantan untuk membantu mangsa banjir. Fuziah telah mengambil kesempatan untuk menipu rakyat dengan mengatakan kerajaan UMNO/BN gagal menolong rakyat. Tuduhan itu dibuat semata mata untuk menutup kelemahannya yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen Kuantan untuk menolong mangsa banjir di Kuantan. Apa guna Fuziah jadi ahli parlimen tetapi tidak tak membantu ??? Hanya menunggu dan menyalahkan orang lain !!!

Dikatakan bahawa seorang yang bernama En Rashid telah mengetuai 100 orang keluar UMNO tapi hakikat sebenarnya TM lihat hanya beberapa borang sahaja. Ada kemungkinan yang masuk PKR itu hanya En Rashid seorang sahaja. Hanya En Rashid seorang sahaja bergambar. Kalau ramai, sudah tentu puak puak akan posing bergambar beramai ramai. Namun begitu terdapat orang ramai melihat gelagat ahli parlimen yang tidak membuat kerja tetapi cuba mendapatkan publisiti murahan.

Kecian ada yang tertipu dengan ahli parlimen Kuantan ini. Cuba cerita apa bantuan yang telah diberikan oleh ahli parlimen Kuantan ini ???

Tuesday 10 December 2013

@abss115 Mahu Bina Pusat Khidmat Masyarakat Di Parlimen Batu @NajibRazak @TengkuAdnanReal



UMNO Bahagian Batu bakal menpunyai pejabat sendiri yang akan dibina di Taman Bullion Mewah. Pejabat yang bakal dibina itu juga akan menjadi sebuah pusat khidmat masyarakat untuk parlimen Batu. Anggaran sebanyak RM500 ribu diperlukan bagi kos pembinaan pejabat dan pusat khidmat masyarakat UMNO Bahagian Batu.

Pada ahad, 8 Disember, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak pembinaan tersebut. Turut hadir di upacara tersebut, Senator Datuk Yahaya @ Datuk Abbas, Ketua Bahagian Batu

Untuk pengetahuan pembaca blog TM, semenjak tahun 2008 sehingga sekarang UMNO Bahagian Batu telah menyewa pejabat di Taman Bullion Mewah. Dengan terbina pejabat dan pusat khidmat masyarakat ini dapat menjimat wang dan wang boleh dimanafaat dengan perkara yang lain.

TM harap UMNO Pusat dapat tengok tengok hasrat UMNO Bahagian Batu ini agar menjadi kenyataan.

Sunday 8 December 2013

@ustazfathulbari Khatankan @tianchua MP Batu Kerana @guzzu16 #Lifestyle @Khairykj


PKNS Jalan Kuching 7 Disember 2013, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu yang diketuai oleh Gulam Muzaffar telah mengadakan program yang pertama mereka iaitu 'Program Berkhatan Beramai Ramai'. Program ini telah diadakah di Dewan Orang Ramai PKNS Jalan Kuching dan peserta terdiri daripada 70 kanak kanak lelaki dari pelusuk parlimen Batu. Setiap peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 seorang.



Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dalam ucapannya kepada anak anak yang akan dikhatkan pada keesokan harinya, beliau telah menceritakan sejarah bermulanya manusia berkhatan.



Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu, YB Senator Datuk Yahaya @ Datuk Abbas, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ramlan Salleh dan Saudara Azniee Abdullah, Naib Ketua Bahagian.

Thursday 5 December 2013

Kami Pemuda Puteri UMNO Pewaris Negara @NajibRazak @TengkuAdnanReal Khairykj @emysamsudin #PAU2013


Ini baris ketua pemuda dan puteri bahagian di Wilayah Persekutuan yang
mengemudi barisan pemuda puteri di bahagian masing masing pada penggal ini untuk membantu Barisan Nasional memenangi kerusi kerusi yang telah hilang ke tangan pakatan rakyat pada pilihanraya.

Mengalas tugas berat ini, mereka harus mendampingi golongan muda supaya mengembalikan sokongan orang muda yang semakin terhakis. TM sarankan pemuda dan puteri Wilayah untuk mencari ahli ahli yang baru bagi memantapkan lagi pemuda puteri di bahagian masing masing. Pemuda dan Puteri WP juga perlu mula mendampingi golongan remaja dalam lingkungan 17 - 18 tahun yang bakal mengundi pada tiga atau empat tahun akan datang.

Tugas pemuda dan puteri yang paling penting adalah mencari dan menambah pengundi pengundi orang muda, apa guna jadi ahli UMNO tetapi tidak menjadi pengundi untuk memasti Malaysia terus diperintah oleh Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Thursday 28 November 2013

Kenyataan Pertama @razlanrafii Ketua Pemuda UMNO WP Tentang Cukai Pintu @TengkuAdnanReal



Kenyataan Media-Pemuda WP

Tafsiran Cukai Pintu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Isu tafsiran cukai pintu yang hebat diperkatakan di Kuala Lumpur hari ini sudah terjawab apabila kerajaan menangguhkan perlaksanaanya sehingga bulan Mac 2014.

Saya mewakili anak muda bandaraya Kuala Lumpur amat bersetuju ianya ditangguhkan dan dikaji balik mengikut kenyataan-kenyataan bantah dari warga Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung masalah beban yang ditanggung oleh warga kota khususnya dapat diringankan.

Selama 21 tahun cukai pintu tidak dinaikkan dan penduduk semakin lupa apakah yang mereka dapat apabila membayar cukai.

Dalam menyaingi kemajuan dan mewujudkan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia, sudah pastinya pendapatan cukai kerajaan memainkan peranan dan dalam masa yang sama rakyat juga semakin mengejar kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Dalam hal ini, saya menyarankan agar pihak DBKL lebih peka dalam memberi penjelasan kepada warga Kuala Lumpur, gunakan segala medium untuk memberitahu dan menjelaskan tindakan yang mereka ambil, gunakan media alternatif bukan hanya media konversional.

Jangan biarkan rakyat keliru dengan notis-notis yang dikeluarkan. Dan saya berharap sangat DBKL lebih mesra kepada penggunaan media sosial / internet.

Saya juga ingin memberi ingatan kepada Ahli Parlimen Pembangkang agar ambil sikap bersama memajukan negara, jangan asyik memainkan isu ini dalam konteks mencari populariti sedangkan mereka sudah bersetuju ianya dilaksakan semasa mesyuarat dan taklimat penerangan bersama YB Menteri tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor kerana mengambil langkah prihatin menangguhkan perlaksanaan cukai ini.

Sebagai warga kota, saya menyambut baik keikhlasan YB Menteri dan bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tetap membantah kenaikan tafsiran cukai pintu ini.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Wednesday 13 November 2013

@razlanrafii Kata Seekor Anjing Bakal Menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat ??? @Tantawi100



Permilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik !!

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlansung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Pemuda PAS hari ini tidak mencerminkan perjuangan mereka apabila sanggup menyamakan rakan mereka sendiri sebagai anjing.

Nasaruddin yang bersama Dewan ini selama 28 tahun mengakui tidak pernah melihat kempen seburuk ini.

Kenyataan ini sebenarnya jelas menempelak diri beliau sendiri dimana beliau lah yang melahirkan kepimpinan yang tidak mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS hari ini dipenuhi dengan mereka yang sifat rakus mencari kuasa demi megejar kekayaan dunia.

Saya suka nak memberi ingatan kepada Pemuda PAS ! Jangan lagi kamu mencemuh dan menuduh pemuda UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Ini lah balasan Allah kepada institusi kamu secara jelas apabila kamu semua diaanggap sebagai Macai oleh ketua kamu sendiri!

Saya percaya, masyarakat hari ini sedang menilai dan memerhati insiden-insiden permilihan baik semasa permilihan UMNO dan PAS yang sedang berlansung.

Dan saya percaya, apa yang di gambarkan oleh PAS yang selama ini melabelkan diri mereka sebagai Islam tidak seperti yang diperlakukan. Demi merebut jawatan dan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya melibatkan fitnah dan sanggup mengelar Anjing terhadap ahli mereka sendiri.

Ini tidak termasuk politik wang yang digambarkan digunakan semasa permilihan kali ini.

Sudah tentunya siapa sahaja yang dipilih kali ini adalah ketua yang tidak berkualiti kerana kemenangan mereka mengunakan fitnah dan cela mencela.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Timbalan Pengerusi UMB Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sunday 3 November 2013

PAS Sanggup Potong Kaki Sendiri Untuk Mensabotaj Barisan Nasional @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Memang betul sekarang PAS semakin terdesak dalam berkempen kerusi Sungai Limau. Kalau bermula dengan penipuan gambar gambar yang telah diubahsuai menggunakan superimpose. Kini mereka membuat tekad untuk menanam kebencian pengundi pengundi terhadap Barisan Nasional di Sungai Limau dengan menggantung replika sebelah kaki yang tertulis 'Ini kaki Ustaz Azizan'.

Memandangkan bahawa kebanyakan pengundi Sungai Limau ini adalah suku sakat saudara mara kepada Arwahyarham Tan Sri Azizan. Motif replika kaki ini yang digantung di beberapa tempat bertujuan membangkitkan kemarahan pengundi pengundi Sungai Limau dan ada kemungkinan ianya berkaitan kegagalan mereka untuk membuat pengundi pengundi marah terhadapan Tan Sri Muhyiddin yang menjadikan Tan Sri Azizan sebagai contoh risiko penyakit kencing manis. Berikut itu Tan Sri Muhyiddin telah mohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan atas keterlanjuran kata.

Oleh itu jentera Barisan Nasional telah menafikan sekeras kerasnya terhadap pembuatan yang tidak bermoral ini. Sudah tentu jentera Barisan Nasional tidak melakukan kerja ini yang berisiko membangkit kemarahan pengundi pengundi.

Sehubungan dengan itu, satu lapuran polis dibuat semalam oleh Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk polis membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat kes ini.

"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini. "Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN”

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.


Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.


Apabila disiasat dijalankan didapati kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. 

Fikir la pengundi pengundi "PAS SUDAH SEMAKIN TERDESAK" sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral untuk mensabotaj Barisan Nasional untuk memenangi kerusi Sungai Limau !!!