Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Tuesday, 13 January 2015

Usaha @IsmailSabri60 Dan MOA Meringankan Beban Mangsa Banjir @NajibRazak


Hari ini Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah turun padang untuk menyerah Bantuan Pasca Banjir kepada 13 MPPP yang terlibat dengan banjir di Negeri Pahang. Majlis penyerahan tersebut telah dibuat di Perkarangan Balai Bomba Temerloh, Pahang.

Majlis penyerahan ini turut dihadiri YB Dato’ Sri Sharkar Shamsudin selaku wakil kepada Pengerusi MPPP Negeri Pahang.

Berikut adalah barang disumbangkan oleh MOA kepada mangsa pasca banjir:-

BIL
JENIS BARANG
Qty
BIL
JENIS BARANG
Qty
1
Minyak 1kg
1
9
Garam 400g
1
2
Tepung 1kg
1
10
Pes Nasi Goreng
3
3
Gula 1kg
1
11
Serbuk Kopi
1
4
Ikan Bilis 200g
1
12
Serbuk Teh
1
5
Sardin
1
13
Serunding
1
6
Kicap 340mL
1
14
Makanan Dalam Tin (Kari Ayam)
2
7
Sos Cili 280mL
1
15
Biskut Tin
1
8
Mee Segera
5
16
Nanas dalam tin
1


MOA telah mengenalpasti sebanyak tujuh (7) daerah di seluruh Pahang yang terjejas teruk dengan insiden banjir dan memerlukan bantuan khidmat pasca banjir ini.

·   Tujuh daerah berkenaan adalah Bera, Jerantut, Pekan, Maran, Kuala Lipis, Kuantan dan Temerloh. Semoga dengan sumbangan MOA yang diusahakan oleh Dato Sri Ismail Sabri dapat meringgan sikit beban mangsa manga tersebut.





Friday, 9 January 2015

@IsmailSabri60 Bukan Along, Cuma Nak Tolong Pinjaman 10K @NajibRazak #PrayForPantaiTimur


PELANCARAN PASAR TANI KHAS PASCA BANJIR,

1. Peniaga hasil tani yang terbabit banjir baru-baru ini boleh memohon pinjaman khas RM10,000 untuk membina semula perniagaan mereka yg telah terjejas akibat banjir.

2. Pinjaman itu diberikan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) & semua permohonan akan diproses secara 'laluan khas' untuk mempercepatkan kelulusan.

3. Walaupun sebahagian pasar tani dibuka semula, tetapi masih ada peniaga menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kerana peralatan dan barang niaga musnah dalam banjir

4. Selain itu FAMA juga memberi bantuan sebanyak RM1,000 dalam bentuk pakaian, khemah dan meja perniagaan kepada peniaga pasar tani untuk meringankan beban mereka.

5. Hingga kini, sebanyak 38 pasar tani tidak beroperasi akibat banjir, namun jumlah kerugiannya masih tidak diketahui kerana terdapat kawasan yang masih belum pulih.

6. Mengenai pasar khas pasca banjir itu, ia adalah inisiatif kementerian untuk membantu rakyat di kawasan terbabit banjir mendapatkan barangan makanan pada harga 20 hingga 60 peratus lebih murah berbanding biasa.
Ini kerana barangan itu dijual secara terus oleh agensi di bawah kementerian, sebagai contoh jualan sayur dikendalikan FAMA, ikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)), ayam dan telur oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

7. Belian barangan juga dihadkan iaitu tiga kilogram untuk ikan dan sayur, selain satu sarang telur untuk seorang pembeli bagi mengelakkan barangan itu dibeli pemborong.

8. Pasar tani khas pasca banjir akan dibuka di 51 kawasan di 20 daerah di negeri terjejas banjir seperti Kelantan, Terengganu, serta Pahang, dan akan beroperasi hingga harga barang di kawasan terjejas banjir kembali stabil.

8. Untuk permulaan, pasar tani khas itu akan beroperasi sehari seminggu, namun akan dibuka lebih kerap jika mendapat sambutan.

Ismail Sabri Yaakob
9 Januari 2015 

Wednesday, 11 December 2013

@abss115 UMNO Bahagian Batu Membantu Mangsa Banjir Pahang #Lifestyle @NajibRazak


Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas akan mengetuai UMNO Bahagian Batu menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. UMNO akan menyediakan keperluan seperti pakaian, tuala wanita dan lampin kanak kanak yang bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu. 


UMNO Bahagian Batu juga mendapat bantuan dari Pusat Pakaian Hari Hari yang menyumbangkan pakaian baru untuk mangsa mangsa banjir yang bakal sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit bebanan mangsa mangsa. Encik Amilludin Latif wakil Pusat Pakaian Hari Hari merasa terpanggil untuk membantu mangsa mangsa banjir yang sedang dilanda musibah.

Pihak UMNO Bahagian Batu juga telah menyediakan tuala tuala wanita dan lampin lampin untuk kanak kanak kerana salah satu masalah utama ialah untuk mendapatkan barangan tersebut.

Sumbangan ini akan dihantar ke tempat tempat yang telah diputuskan dalam perbincangan mereka secepat mungkin.