Thursday 28 November 2013

Kenyataan Pertama @razlanrafii Ketua Pemuda UMNO WP Tentang Cukai Pintu @TengkuAdnanReal



Kenyataan Media-Pemuda WP

Tafsiran Cukai Pintu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Isu tafsiran cukai pintu yang hebat diperkatakan di Kuala Lumpur hari ini sudah terjawab apabila kerajaan menangguhkan perlaksanaanya sehingga bulan Mac 2014.

Saya mewakili anak muda bandaraya Kuala Lumpur amat bersetuju ianya ditangguhkan dan dikaji balik mengikut kenyataan-kenyataan bantah dari warga Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung masalah beban yang ditanggung oleh warga kota khususnya dapat diringankan.

Selama 21 tahun cukai pintu tidak dinaikkan dan penduduk semakin lupa apakah yang mereka dapat apabila membayar cukai.

Dalam menyaingi kemajuan dan mewujudkan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia, sudah pastinya pendapatan cukai kerajaan memainkan peranan dan dalam masa yang sama rakyat juga semakin mengejar kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Dalam hal ini, saya menyarankan agar pihak DBKL lebih peka dalam memberi penjelasan kepada warga Kuala Lumpur, gunakan segala medium untuk memberitahu dan menjelaskan tindakan yang mereka ambil, gunakan media alternatif bukan hanya media konversional.

Jangan biarkan rakyat keliru dengan notis-notis yang dikeluarkan. Dan saya berharap sangat DBKL lebih mesra kepada penggunaan media sosial / internet.

Saya juga ingin memberi ingatan kepada Ahli Parlimen Pembangkang agar ambil sikap bersama memajukan negara, jangan asyik memainkan isu ini dalam konteks mencari populariti sedangkan mereka sudah bersetuju ianya dilaksakan semasa mesyuarat dan taklimat penerangan bersama YB Menteri tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor kerana mengambil langkah prihatin menangguhkan perlaksanaan cukai ini.

Sebagai warga kota, saya menyambut baik keikhlasan YB Menteri dan bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tetap membantah kenaikan tafsiran cukai pintu ini.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Wednesday 13 November 2013

@razlanrafii Kata Seekor Anjing Bakal Menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat ??? @Tantawi100



Permilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik !!

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlansung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Pemuda PAS hari ini tidak mencerminkan perjuangan mereka apabila sanggup menyamakan rakan mereka sendiri sebagai anjing.

Nasaruddin yang bersama Dewan ini selama 28 tahun mengakui tidak pernah melihat kempen seburuk ini.

Kenyataan ini sebenarnya jelas menempelak diri beliau sendiri dimana beliau lah yang melahirkan kepimpinan yang tidak mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS hari ini dipenuhi dengan mereka yang sifat rakus mencari kuasa demi megejar kekayaan dunia.

Saya suka nak memberi ingatan kepada Pemuda PAS ! Jangan lagi kamu mencemuh dan menuduh pemuda UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Ini lah balasan Allah kepada institusi kamu secara jelas apabila kamu semua diaanggap sebagai Macai oleh ketua kamu sendiri!

Saya percaya, masyarakat hari ini sedang menilai dan memerhati insiden-insiden permilihan baik semasa permilihan UMNO dan PAS yang sedang berlansung.

Dan saya percaya, apa yang di gambarkan oleh PAS yang selama ini melabelkan diri mereka sebagai Islam tidak seperti yang diperlakukan. Demi merebut jawatan dan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya melibatkan fitnah dan sanggup mengelar Anjing terhadap ahli mereka sendiri.

Ini tidak termasuk politik wang yang digambarkan digunakan semasa permilihan kali ini.

Sudah tentunya siapa sahaja yang dipilih kali ini adalah ketua yang tidak berkualiti kerana kemenangan mereka mengunakan fitnah dan cela mencela.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Timbalan Pengerusi UMB Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sunday 3 November 2013

PAS Sanggup Potong Kaki Sendiri Untuk Mensabotaj Barisan Nasional @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Memang betul sekarang PAS semakin terdesak dalam berkempen kerusi Sungai Limau. Kalau bermula dengan penipuan gambar gambar yang telah diubahsuai menggunakan superimpose. Kini mereka membuat tekad untuk menanam kebencian pengundi pengundi terhadap Barisan Nasional di Sungai Limau dengan menggantung replika sebelah kaki yang tertulis 'Ini kaki Ustaz Azizan'.

Memandangkan bahawa kebanyakan pengundi Sungai Limau ini adalah suku sakat saudara mara kepada Arwahyarham Tan Sri Azizan. Motif replika kaki ini yang digantung di beberapa tempat bertujuan membangkitkan kemarahan pengundi pengundi Sungai Limau dan ada kemungkinan ianya berkaitan kegagalan mereka untuk membuat pengundi pengundi marah terhadapan Tan Sri Muhyiddin yang menjadikan Tan Sri Azizan sebagai contoh risiko penyakit kencing manis. Berikut itu Tan Sri Muhyiddin telah mohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan atas keterlanjuran kata.

Oleh itu jentera Barisan Nasional telah menafikan sekeras kerasnya terhadap pembuatan yang tidak bermoral ini. Sudah tentu jentera Barisan Nasional tidak melakukan kerja ini yang berisiko membangkit kemarahan pengundi pengundi.

Sehubungan dengan itu, satu lapuran polis dibuat semalam oleh Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk polis membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat kes ini.

"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini. "Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN”

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.


Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.


Apabila disiasat dijalankan didapati kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. 

Fikir la pengundi pengundi "PAS SUDAH SEMAKIN TERDESAK" sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral untuk mensabotaj Barisan Nasional untuk memenangi kerusi Sungai Limau !!!


Friday 1 November 2013

Keuntungan Berganda Sekiranya Barisan Nasonal Mendapat Mandat @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Berita baik untuk penduduk di Sungai Limau, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir akan mengambil Dun Sungai Limau sebagai Dun anak angkatnya sekiranya calon dari Barisan Nasional memenangi pilihanraya kecil pada 4 November ini.

Dengan mandat yang diberikan oleh pengundi pengundi Sungai Limau kepada Barisan Nasional, Sungai Limau akan mendapat keuntungan berganda iaitu seorang wakil rakyat dan seorang Menteri Besar.

Sudah pasti perhatian istimewa akan diberikan kepada penduduk Sungai Limau dari segi pembangunan, ekonomi dan terutama soal kebajikan masyarakat Sungai Limau oleh wakil rakyat Barisan Nasional dan dipantau serta dibantu oleh Datuk Paduka Mukhriz sendiri.

Kempen PRK Dun Sungai Limau yang hanya berbaki beberapa hari lagi, Mukhriz berkata sehingga hari ini perjalanan kempen bergerak lancar, dan BN telah bertindak cepat mengatasi sebarang masalah yang diterima daripada masyarakat setempat. Barisan Nasional akan pastikan semua jentera memahami tugas dan tanggungjawab yang perlu buat mengikut perancangan, terutama dari segi memastikan dan membantu pengundi untuk datang ke pusat mengundi seawal waktu mengundi.

Segalanya usaha telah digerakan, hanya menunggu hari mengundi pada isnin nanti. Semoga kemenangan akan berada di pihak Barisan Nasional yang mahu berbakti pada masyarakat Sungai Limau.