Showing posts with label Tengku Adnan Tengku Mansor. Show all posts
Showing posts with label Tengku Adnan Tengku Mansor. Show all posts
Monday, 10 November 2014
@TengkuAdnanReal UMNO Dan BN Membantu Mangsa Kebakaran Di BTR @NajibRazak
Hari ini YB Menteri WP merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, Datuk Seri Tengku Adnan turun padang melawat kawasan rumah panjang yang terbakar di Jalan Ikan Emas, Bandar Tun Razak. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran.
Kejadian kebakaran ini berlaku semalam.
Terima kasih UMNO & Barisan Nasional
Wednesday, 5 November 2014
Pemuda UMNO WP Menyelar PAS Yang Melatah @TengkuAdnanReal @razlanrafii
KENYATAAN AKHBAR PERGERAKAN PEMUDA UMNO WP
PAS Tak Perlu Melatah Dengan Kenyataan Tengku Adnan
Akhirnya Dewan Pemuda PAS keluar daripada kepompong kebaculan demi untuk mempertahankan parti mereka daripada terus menuju ke arah kesesatan. Jika sebelum ini, banyak isu² dalaman Pakatan Rakyat yang melanda dan menjejaskan kredibiliti PAS. Lebih² lagi apabila ia melibatkan kes saman terhadap Presiden PAS oleh rakan dalam Pakatan tetapi hari ini mereka bersuara apabila digelar ‘parti sesat’.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan menyokong kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berhubung isi ucapan beliau semasa di dalam program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.
Adakah PAS tidak sesat?
Mengambil kira, Amanat Haji Hadi Awang sudah menjangkau usia puluhan tahun yang telah membawa kesesatan dan porak peranda dalam masyarakat terutama beragama Islam. Antaranya mengharamkan sembelihan hidupan, berimamkan solat oleh ahli UMNO dan pernikahan tidak sah sekiranya jurunikahnya ahli UMNO. Walhal ahli UMNO juga adalah umat Islam.
Pada tahun 1963, PAS telah mengeluarkan ‘fatwa’ menggelarkan UMNO sebagai kafir dan haram apabila bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam pentadbiran negara. Tetapi hari ini apabila mereka bersama² berkongsi kuasa dalam urusan pentadbiran negeri yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum lalu, jelas menunjukkan kerjasama mereka bersama orang² bukan Islam. Bagaimana pula hukum untuk hal tersebut?
PAS sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang jelas tersimpang jauh daripada amalan yang digalakkan di dalam Islam. Sebagai contoh seruan kepimpinan parti untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah yang dikatakan zalim. Tetapi PAS gagal memahami dan memberi penerangan kepada pengikutnya apakah yang dimaksudkan dengan pemerintah yang zalim?
Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO hari ini tidak pernah bertindak zalim seperti yang dibicarakan oleh sebilangan pemimpin Pembangkang. Jika perkara itu benar, sudah tentu Kerajaan menghalang penyebaran agama Islam di sini dan yang pastinya azan tidak dapat dikumandangkan di luar Madrasah ataupun Masjid. Namun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan² lain kepada rakyat yang memerlukan, tidak pula dilabelkan sebagai zalim.
Demi kuasa dan pangkat, hukum² Islam boleh berubah mengikut keadaan² tertentu. Begitu taksubnya PAS kepada rakan mereka dari DAP yang secara jelas menentang negara Islam tetapi wakil rakyat perempuan mereka tidak bertudung dibenarkan memberi ‘tazkirah’ di dalam surau.
Kemuncak kepada kesesatan PAS hari ini ialah mereka redha dengan doa kehancuran sesama umat Islam. Menurut Abu Utsman Ash-Shaabuni, beliau menyatakan secara terang dan jelas ketika menjelaskan pendirian akidah Ulama², hadis zaman berzaman sejak beribu tahun dulu.
“Doakanlah kebaikan untuk pemimpin. Kebaikan untuk pemimpin akan memberi kesan kebaikan juga untuk rakyat. Jauhilah mendoa laknat dan keburukan ke atas pemimpin kerana keburukan ke atas pemimpin akan memberi keburukan kepada rakyat”.
Apakah perbuatan² PAS ini tidak cukup menyesatkan?
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Saturday, 14 June 2014
Mangsa Kebakaran PPR Seri Semarak Dapat Perhatian @TengkuAdnanReal Yang Prihatin
Saudara Mahadhir Sulaiman mewakili Saudara Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO WP menyampaikan sumbangan kewangan dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
Penyerahan sumbangan bencana kebakaran di PPR Seri Semarak Parlimen Setiawangsa telah disampaikan oleh Saudara Fauzee KP Setiawangsa. Turut hadir Pengarah Perumahan DBKL Encik Wan Ghazali menyerahkan rumah transit PPR kepada mangsa, sementara rumah yang bakar diperbaiki.
Saturday, 7 June 2014
Biro Kebajikan UMNO WP Membantu Mangsa Kebakaran Chubadak Jaya @TengkuAdnanReal
Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas menerima sumbangan segera dari En Razak Muhamad, Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan mewakili Saudara Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO WP untuk diserahkan kepada mangsa kebakaran Kg Chubadak Jaya !!!
![]() |
| Keluarga yang terlibat dalam kebakaran petang tadi |
![]() |
| Penyerahan sumbangan kepada setiap ketua keluarga |
Kebakaran di Kg Chubadak Jaya berlaku pada jam 3 petang telah menyebabkan sebanyak 24 keluarga kehilangan rumah dan harta benda mereka. Pada kejadian berlaku sungguh cepat, ramai penghuninya keluar bekerja. Buat sementara keluarga yang terlibat ditempatkan di Dewan Sentul Perdana.
Sunday, 11 May 2014
@razlanrafii Selamat Hari UMNO Ke 68 @NajibRazak @TengkuAdnanReal @Khairykj
11 Mei 2014 merupakan tarikh keramat buat sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya kepada hampir 3.5 juta ahli-ahli UMNO seluruh negara.
UMNO bakal berganjak ke usia 68 tahun semenjak tahun 1946 penubuhannya yang bermatlamatkan untuk memastikan kepentingan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dipertahankan. Tertubuhnya juga UMNO adalah hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu yang sayang akan nasib anak bangsa hari ini dan akan datang.
Bersempena hari ulangtahun UMNO ini, saya menyeru agar ahli-ahli mengenang kembali apakah tujuan asal penubuhan UMNO sehingga berjaya membawa Malaysia ke persada antarabangsa.
UMNO Untuk Semua.
UMNO Pelihara Agama, Bangsa & Negara.
UMNO Tetap Di Hati Rakyat Malaysia.
Selamat Ulang Tahun Ke 68 UMNO
Terima Kasih UMNO
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Tuesday, 8 April 2014
@razlanrafii Pesta Bikini & Topless Pool Dibatalkan @TengkuAdnanReal @NajibRazak
KENYATAAN MEDIA
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO WP
Isu Konsert Topless di jalan Ampang.
Pemuda UMNO Wilayah berterima kasih kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat yang baik kepada pihak kami.
Berkenaan dengan Parti Topless yang akan dianjurkan oleh sebuah kelab di Jalan Ampang, kami mendapat banyak bantahan.
Sudah pastinya, kami juga membantah dan mendesak agar kelab ini di kenekan tindakan sehingga ditarik lesen perniagaan mereka.
YB Menteri Wilayah Persekutuan yang juga pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Dato Seri Tengku Adnan sudah mengarahkan pihak DBKL menggunakan apa sahaja kuasa untuk membatalkan konsert itu.
Bukan itu sahaja, DBKL juga diarahkan untuk menghantar surat kepada kelab itu kenapa tindakan membatalkan lesen tidak boleh dikenakan pada mereka.
Saya mewakili pergerakan pemuda UMNO Wilayah persekutuan menyambut baik terhadap tindakan YB Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menbuat keputusan.
Dan kami percaya , sekiranya apa sahaja isu tidak seiring dengan peraturan yang ditetapkan sampai ke telinga YB Menteri, tindakan akan diambil.
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Monday, 17 March 2014
Mohd Rafi Alli Hassan Setiausaha Politik @TengkuAdnanReal Di Kementerian WP @NajibRazak #1Malaysia
Dengar sini !!! Dengar sini semua orang Malaysia khasnya di Wilayah Persekutuan !!! Ketahui la oleh kamu bahawa pada hari ini, bertempat di pejabat Perdana Menteri yang berada di Parlimen !!! Saudara Mohd Rafi Alli Hassan kerana dengan rasminya telah mengangkat sumpah di hadapan PM sebagai Setiausaha Politik di Kementerian Wilayah Persekutuan pada tengah hari tadi.
Semoga Saudara Mohd Rafi Alli Hassan akan menjalankan tugas dengan lebih baik membantu Tengku Adnan Menteri WP untuk membangun Wilayah Persekutan menjadi pesat dan maju di Malaysia
Thursday, 20 February 2014
@TengkuAdnanReal Surat Yg Membuat Ahli UMNO Seluruh Malaysia Terkedu @NajibRazak @razlanrafii
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terbaru Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di link link berikut :-
1 . Blog di http://umnowp.blogpot.com2 . Facebook di http:/www.facebook.com/bpuwp
3. Twitter @UMNOWP
4. IG umnowp
Saturday, 15 February 2014
@razlanrafii Dan Pemuda WP Seberang Lautan Cina Selatan Utk Berbakti @TengkuAdnanReal @azwanbro
Untuk pengetahuan pembaca blog TM bahawa Saudara Mohd Razlan Rafii dan Exco Pergerakan UMNO Wilayah Persekutuan telah berangkat menyeberangi Laut China Selatan untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Konvoi Prihatian 1 Labuan untuk menyerahkan bantuan kepada orang kampung dari golongan yang kurang bernasib baik. Program ini dibantu banyak oleh saudara Mohd Rafi Ketua Pemuda Labuan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO WP yang telah berjaya coordinate program ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Turut bersama di program konvoi ini ialah Saudara Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Wednesday, 12 February 2014
@abss115 Dan Rafi Alli Hassan Mewakili @TengkuAdnanReal Serah Bantuan Segera @NajibRazak
Petang tadi, YB Senator Datuk Yahaya @ Abas Mat Ghani bersama Mohd Rafi Alli Hassan, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan menziarahi seorang pakcik yang berusia 82 tahun yang terlantar belbagai penyakit di rumahnya di kampung Padang Balang, parlimen Batu.
Kedatangan mereka ini adalah untuk membantu pakcik ini dengan membawa belbagai jenis keperluan seperti pampers dewasa, tisu, ubat, dan makanan yang dianggarkan hampir RM5000. YB Senator Abas dan Saudara Rafi turut menyumbangkan wang peribadi kepada pakcik itu.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan penderitaan pakcik ini. Semoga Allah memberkati usaha YB Senator Abas dan Saudara Mohd Rafi yang mewakili YB Datuk Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan.
Monday, 10 February 2014
@anwaribrahim Pemimpin Laknatullah, Gila Kuasa Kata @TengkuAdnanReal #Kajang
Thursday, 19 December 2013
Keputusan Kenaikan Cukai Pintu - Kenyataan Penuh @TengkuAdnanReal, Menteri WP
PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888 Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my
CUKAI TAKSIRAN DBKL
1. DBKL telah pun menghantar Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian kepada pemilik-pemilik hartanah di Kuala Lumpur. Notis ini bertujuan memaklumkan cadangan Nilai Tahunan hartanah pemilik untuk dikuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
2. Secara mudahnya, tafsiran nilaian tahunan dijelaskan seperti berikut:
a. Bagi tanah yang telah dibina bangunan, Nilai Tahunan bermaksud anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan. Sebagai contoh, jika bangunan tersebut ditaksir memperoleh sewa RM1,000 sebulan, maka Nilai Tahunannya RM 12,000.
b. Bagi tanah yang masih kosong, Nilai Tahunan adalah 10% daripada Nilai PasaranTanah. Sebagai contoh jika nilai pasaran tanah RM500,000, maka Nilai Tahunannya RM50,000.
3. Nilai Tahunan bukanlah cukai taksiran yang perlu dibayar. Cukai taksiran hanyalah beberapa peratus dari Nilai Tahunan.
Contoh bayaran cukai taksiran adalah seperti berikut :-
JENIS HARTA
|
NILAI TAHUNAN (RM)
|
PERATUS KADAR (%)
|
JUMLAH CUKAI TAKSIRAN (RM)
|
Rumah Teres
|
12,000
|
6
|
720
|
Tanah Kosong
|
50,000
|
6
|
3,000
|
4. Walaupun saya bersetuju supaya DBKL melaksanakan Penilaian Semula kepada hartanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi saya telah meminta supaya Penilaian Semula tersebut hendaklah tidak mengakibatkan kenaikan yang terlalu tinggi ke atas jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik harta sehingga membebankan mereka. Oleh itu, atas keperihatinan tersebut dan selepas membaca sebahagian dari bantahan yang telah diterima, saya dengan ini ingin mengumumkan perkara-perkara berikut untuk Cukai Taksiran tahun 2014:-
PERTAMA
Kadar peratusan yang digunakan untuk mengira jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar
DIKURANGKAN seperti berikut:
JENIS HARTA
|
DALAM 36 BATU PERSEGI
|
LUAR 36 BATU PERSEGI
| ||
2013
|
2014
|
2013
|
2014
| |
Perdagangan
|
12%
|
10%
|
10%
|
8%
|
Pangsapuri Servis
|
10%
|
7%
|
8%
|
5%
|
Kediaman
|
6%
|
4%
|
6%
|
4%
|
Rumah Pangsa Kos Rendah
|
6%
|
2%
|
6%
|
2%
|
Tanah kosong perdagangan
|
10%
|
7%
|
6%
|
5%
|
Tanah kosong kediaman
|
7%
|
5%
|
6%
|
5%
|
Kampung Baru, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Melayu Segambut Dalam
|
2%
|
1%
|
2%
|
1%
|
Lain-lain Kampung Bangunan
Tanah Kosong
|
3%
2%
|
2%
1%
|
3%
2%
|
2%
1%
|
KEDUA
Insentif dalam bentuk pengurangan kepada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar akan diberi kepada:
i. Pemilik harta yang terdiri dari Orang Kurang Upaya (OKU).
ii. Pemilik harta yang merupakan Pesara.
iii. Pemilik harta yang mendiami sendiri kediaman mereka (tidak menyewakan).
Pemilik-pemilik harta yang dalam kategori di atas bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari kaunter-kaunter pembayaran DBKL dan mengembalikan kepada DBKL bersama dengan dokumen bukti yang berkaitan.
KETIGA
Kenaikan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kos rendah dan kos sederhana rendah hendaklah pada paras yang paling minima, manakala untuk rumah kos tinggi hendaklah tidak melebihi 10% dan bangunan komersil tidak melebihi 35% dari jumlah cukai taksiran yang dibayar sekarang.
KEEMPAT
Sementara Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Pintu mendengar semua bantahan, pemilik harta dibenarkan menjelaskan cukai taksiran bagi penggal pertama pada Januari 2014 berasaskan kepada jumlah cukai taksiran semasa yang dikenakan pada tahun 2013 (Jumlah Lama). Pelarasan akan dibuat dalam bil cukai taksiran penggal kedua Julai 2014.
5. Tanpa mengambil kira perkara-perkara diatas, pemilik harta yang telah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada DBKL sebelum atau pada 17 Disember 2013, akan tetap dipanggil ke sesi pendengaran bantahan yang akan dimulakan pada 6 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014. Jika pemilik dapat membuktikan bahawa, Nilai Tahunan yang dicadangkan oleh DBKL terhadap harta mereka adalah tinggi, Jawatankuasa Pendengaran Bantahan boleh mengurangkan lagi Nilai Tahunan tersebut. Ini akanmengurangkan lagi jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik.
6. Saya berharap, keputusan saya ini akan dapat meredakan kegusaran pemilik harta sekelian dan saya juga akan memastikan DBKL mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka dan memperbanyakkan lagi penyediaan kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan warga kota semua.
SEKIAN.
Disediakan oleh:
PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Wilayah Persekutuan
19 Disember 2013
PUTRAJAYA
Tuesday, 10 December 2013
@abss115 Mahu Bina Pusat Khidmat Masyarakat Di Parlimen Batu @NajibRazak @TengkuAdnanReal
UMNO Bahagian Batu bakal menpunyai pejabat sendiri yang akan dibina di Taman Bullion Mewah. Pejabat yang bakal dibina itu juga akan menjadi sebuah pusat khidmat masyarakat untuk parlimen Batu. Anggaran sebanyak RM500 ribu diperlukan bagi kos pembinaan pejabat dan pusat khidmat masyarakat UMNO Bahagian Batu.
Pada ahad, 8 Disember, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak pembinaan tersebut. Turut hadir di upacara tersebut, Senator Datuk Yahaya @ Datuk Abbas, Ketua Bahagian Batu
Untuk pengetahuan pembaca blog TM, semenjak tahun 2008 sehingga sekarang UMNO Bahagian Batu telah menyewa pejabat di Taman Bullion Mewah. Dengan terbina pejabat dan pusat khidmat masyarakat ini dapat menjimat wang dan wang boleh dimanafaat dengan perkara yang lain.
TM harap UMNO Pusat dapat tengok tengok hasrat UMNO Bahagian Batu ini agar menjadi kenyataan.
Thursday, 28 November 2013
Kenyataan Pertama @razlanrafii Ketua Pemuda UMNO WP Tentang Cukai Pintu @TengkuAdnanReal
Kenyataan Media-Pemuda WP
Isu tafsiran cukai pintu yang hebat diperkatakan di Kuala Lumpur hari ini sudah terjawab apabila kerajaan menangguhkan perlaksanaanya sehingga bulan Mac 2014.
Saya mewakili anak muda bandaraya Kuala Lumpur amat bersetuju ianya ditangguhkan dan dikaji balik mengikut kenyataan-kenyataan bantah dari warga Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung masalah beban yang ditanggung oleh warga kota khususnya dapat diringankan.
Selama 21 tahun cukai pintu tidak dinaikkan dan penduduk semakin lupa apakah yang mereka dapat apabila membayar cukai.
Dalam menyaingi kemajuan dan mewujudkan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia, sudah pastinya pendapatan cukai kerajaan memainkan peranan dan dalam masa yang sama rakyat juga semakin mengejar kehidupan yang lebih baik dan selesa.
Dalam hal ini, saya menyarankan agar pihak DBKL lebih peka dalam memberi penjelasan kepada warga Kuala Lumpur, gunakan segala medium untuk memberitahu dan menjelaskan tindakan yang mereka ambil, gunakan media alternatif bukan hanya media konversional.
Jangan biarkan rakyat keliru dengan notis-notis yang dikeluarkan. Dan saya berharap sangat DBKL lebih mesra kepada penggunaan media sosial / internet.
Saya juga ingin memberi ingatan kepada Ahli Parlimen Pembangkang agar ambil sikap bersama memajukan negara, jangan asyik memainkan isu ini dalam konteks mencari populariti sedangkan mereka sudah bersetuju ianya dilaksakan semasa mesyuarat dan taklimat penerangan bersama YB Menteri tempoh hari.
Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor kerana mengambil langkah prihatin menangguhkan perlaksanaan cukai ini.
Sebagai warga kota, saya menyambut baik keikhlasan YB Menteri dan bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tetap membantah kenaikan tafsiran cukai pintu ini.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Thursday, 16 May 2013
@TengkuAdnanReal Meneruskan Perjuangan Sebagai Menteri WP #1Malaysia #BetterNation
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO dengan rasminya dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan mengantikan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada hari ini.
Di PRU13 yang baru berlalu, Ahli Parlimen yang mesra dipanggil sebagai Kunan telah berjaya menpertahankan kerusi Parlimen Putrajaya yang disandang olehnya dengan menewaskan lawannya Datuk Husam Musa yang merupakan Timbalan Presiden PAS dengan majortai 5,541 undi
TM merasakan dengan pengalaman luas beliau bukan sahaja memegang jawatan Ketua Bahagian Putrajaya, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dengan cemerlang termasuklah jawatan Menteri Pelancongan dapat diguna sebaiknya untuk memantapkan dalam memaju dan mensejahterakan WP khususnya.
Kita tidak perlu membuat perbandingan antara beliau dan Raja Nong Chik kerana kedua-dua individu ini mempunyai cara tersendiri dan telah terbukti mereka adalah antara individu yang berjaya membawa ‘message’ PM terus kepada masyarakat dan dalam masa yg sama telah bekerja keras di parlimen masing2.
Apa yang penting di sini ialah matlamat mereka sama dan insya-allah di bawah pentadbiran Ku Nan, Kementerian WP ini akan bertambah baik dan berharap agar ianya dapat membantu mensejahterakan seluruh masyarakat, serta agensi agengi WP keseluruhannya.
TM harap kehadiran Kunan sebagai Menteri WP dapat diterima oleh semua orang yang berada di Wilayah Persekutuan ini.
TM harap kehadiran Kunan sebagai Menteri WP dapat diterima oleh semua orang yang berada di Wilayah Persekutuan ini.
Patah tumbuh hilang berganti tetapi matlamatnya adalah sama, RAKYAT DIDAHULUKAN !!!
TM tumpang gembira dengan perlantikan Kunan sebagai Menteri WP.
Saturday, 27 April 2013
@TengkuAdnanReal Prihatin Melawat Anak Saudara @hajihusammusa Yg Diabai #TolakPR #GE13 #PRU13
Percaya atau tidak, terpulang, anda nilai..Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini telah datang melawat anak saudara Husam ketika datang menziarahi pesakit di Hospital Putrajaya di sini.
Antara pesakit yang diziarah ialah anak saudara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Wanita berumur 27 tahun itu dimasukkan ke hospital itu kira-kira 10 hari lepas dan sehingga sekarang Husam sendiri belum datang melawatnya.
Klik SINI, untuk lanjutan.
Kalau anak saudara sendiri dari darah daging sendiri diabaikan, bayangkan kalau Husam ini memenangi Putrajaya, sudah pasti rakyat Putrajaya akan terabai.
TM seru kepada semua rakyat di Putrajaya untuk terus menyokong Barisan Nasional untuk mengekalkan ahli parlimen yang ada sekarang untuk kesenangan anak cucu kita !!!
Mari kita sokong Barisan Nasional dan kita pangkah Dacing !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)


































