Monday 30 March 2015

Monorel #RapidKL Kembali Beroperasi Seperti Biasa #MyKL #BilaKLTidur


Setelah memberhentikan perkhidmatan monorel akibat dua kerosakan teknikal pada pagi tadi, kini perkhidmatan monorel telah kembali beroperasi seperti sediakala. 

Namun monorel ini hanya beroperasi dengan mod yang rendah akibat kerosakan pada sistem isyarat.

Pagi tadi perkhidmatan monorel telah diberhenti sementara kerana monorel dua gerabak di mana satu tayar getah terbakar di stesen Titiwangsa dan menghasilkan asap yang tebal. Manakala satu Monorel empat gerabak yang terkandas di antara Stesen Imbi dan Stesen Bukit Bintang kerana masalah teknikal.



Sehubungan itu, Rapid Rail sedang adakan siasatan dalaman kedua-dua insiden tersebut dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Lim Jin Aun di 016-2221579 atau Azhar Ghazali di 019-3837865.