Showing posts with label Menteri WP. Show all posts
Showing posts with label Menteri WP. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

Keputusan Kenaikan Cukai Pintu - Kenyataan Penuh @TengkuAdnanReal, Menteri WP


PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888  Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my 
CUKAI TAKSIRAN DBKL

1.             DBKL telah pun menghantar  Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian kepada pemilik-pemilik hartanah di Kuala Lumpur. Notis ini bertujuan memaklumkan cadangan Nilai Tahunan hartanah pemilik untuk dikuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
2.          Secara  mudahnya, tafsiran nilaian tahunan dijelaskan seperti berikut:

a.         Bagi tanah yang telah dibina bangunan, Nilai Tahunan bermaksud anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan. Sebagai contoh, jika bangunan tersebut ditaksir memperoleh sewa RM1,000 sebulan, maka Nilai Tahunannya RM 12,000.

b.         Bagi tanah yang masih kosong, Nilai Tahunan adalah 10% daripada Nilai PasaranTanah. Sebagai contoh jika nilai pasaran tanah RM500,000, maka Nilai Tahunannya RM50,000.

3.         Nilai Tahunan bukanlah cukai taksiran yang perlu dibayar. Cukai taksiran hanyalah beberapa peratus dari Nilai Tahunan.
 Contoh bayaran cukai taksiran adalah seperti berikut :-
JENIS HARTA
NILAI TAHUNAN (RM)
PERATUS KADAR (%)
JUMLAH CUKAI TAKSIRAN (RM)
Rumah Teres
12,000
6
720
Tanah Kosong
50,000
6
3,000


4.         Walaupun saya bersetuju supaya DBKL melaksanakan Penilaian Semula kepada hartanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi saya telah meminta supaya Penilaian Semula tersebut hendaklah tidak mengakibatkan kenaikan yang terlalu tinggi ke atas jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik harta sehingga membebankan mereka. Oleh itu, atas keperihatinan tersebut dan selepas membaca sebahagian dari bantahan yang telah diterima, saya dengan ini ingin mengumumkan perkara-perkara berikut untuk Cukai Taksiran tahun 2014:-
PERTAMA
Kadar peratusan yang digunakan untuk mengira jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar
DIKURANGKAN seperti berikut:

JENIS HARTA
DALAM 36 BATU PERSEGI
LUAR 36 BATU PERSEGI
2013
2014
2013
2014

Perdagangan

12%

10%

10%

8%

Pangsapuri Servis

10%

7%

8%

5%

Kediaman

6%

4%

6%

4%
Rumah Pangsa Kos Rendah

6%

2%

6%

2%
Tanah kosong perdagangan

10%

7%

6%

5%

Tanah kosong kediaman

7%

5%

6%

5%

Kampung Baru, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Melayu Segambut Dalam



2%



1%



2%



1%
Lain-lain Kampung              Bangunan
Tanah Kosong


3%
2%


2%
1%


3%
2%


2%
1%

KEDUA
Insentif dalam bentuk pengurangan kepada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar akan diberi kepada:
 i.        Pemilik harta yang terdiri dari Orang Kurang Upaya (OKU).
 ii.        Pemilik harta yang merupakan Pesara.
 iii.        Pemilik harta yang mendiami sendiri kediaman mereka (tidak menyewakan).
Pemilik-pemilik harta yang dalam kategori di atas bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari kaunter-kaunter pembayaran DBKL dan mengembalikan kepada DBKL bersama dengan dokumen bukti yang berkaitan.
KETIGA
Kenaikan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kos rendah dan kos sederhana rendah hendaklah pada paras yang paling minima, manakala untuk rumah kos tinggi hendaklah tidak melebihi 10% dan bangunan komersil tidak melebihi 35% dari jumlah cukai taksiran yang dibayar sekarang.
KEEMPAT
Sementara Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Pintu mendengar semua bantahan, pemilik harta dibenarkan menjelaskan cukai taksiran bagi penggal pertama pada Januari 2014 berasaskan kepada jumlah cukai taksiran semasa yang dikenakan pada tahun 2013 (Jumlah Lama). Pelarasan akan dibuat dalam bil cukai taksiran penggal kedua Julai 2014.
5.         Tanpa mengambil kira perkara-perkara diatas, pemilik harta yang telah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada DBKL sebelum atau pada 17 Disember 2013,  akan tetap dipanggil ke sesi pendengaran bantahan yang akan dimulakan pada 6 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014. Jika pemilik dapat membuktikan bahawa, Nilai Tahunan yang dicadangkan oleh DBKL terhadap harta mereka adalah tinggi, Jawatankuasa Pendengaran Bantahan boleh mengurangkan lagi Nilai Tahunan tersebut. Ini akanmengurangkan lagi jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik.

6.         Saya berharap, keputusan saya ini akan dapat meredakan kegusaran pemilik harta sekelian dan saya juga akan memastikan DBKL mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka dan memperbanyakkan lagi penyediaan kemudahan infrastruktur demi kesejahteraan warga kota semua.
SEKIAN.
Disediakan oleh:
PEJABAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Wilayah Persekutuan  

19 Disember 2013
PUTRAJAYA

Thursday, 16 May 2013

@TengkuAdnanReal Meneruskan Perjuangan Sebagai Menteri WP #1Malaysia #BetterNation



Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO dengan rasminya dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan mengantikan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada hari ini. 



Di PRU13 yang baru berlalu, Ahli Parlimen yang mesra dipanggil sebagai Kunan telah berjaya menpertahankan kerusi Parlimen Putrajaya yang disandang olehnya dengan menewaskan lawannya Datuk Husam Musa yang merupakan Timbalan Presiden PAS dengan majortai 5,541 undi

TM merasakan dengan pengalaman luas beliau bukan sahaja memegang jawatan Ketua Bahagian Putrajaya, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dengan cemerlang termasuklah jawatan Menteri Pelancongan dapat diguna sebaiknya untuk memantapkan dalam memaju dan mensejahterakan WP khususnya. 

Kita tidak perlu membuat perbandingan antara beliau dan Raja Nong Chik  kerana kedua-dua individu ini mempunyai cara tersendiri dan telah terbukti mereka adalah antara individu yang berjaya membawa ‘message’ PM terus kepada masyarakat dan dalam masa yg sama telah bekerja keras di parlimen masing2. 

Apa yang penting di sini ialah matlamat mereka sama dan insya-allah di bawah pentadbiran Ku Nan, Kementerian WP ini akan bertambah baik dan berharap agar ianya dapat membantu mensejahterakan seluruh masyarakat, serta agensi agengi WP keseluruhannya. 

TM harap kehadiran Kunan sebagai Menteri WP dapat diterima oleh semua orang yang berada di Wilayah Persekutuan ini.

Patah tumbuh hilang berganti tetapi matlamatnya adalah sama, RAKYAT DIDAHULUKAN !!!

TM tumpang gembira dengan perlantikan Kunan sebagai Menteri WP.