Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

@TengkuAdnanReal Meneruskan Perjuangan Sebagai Menteri WP #1Malaysia #BetterNation



Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO dengan rasminya dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan mengantikan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada hari ini. 



Di PRU13 yang baru berlalu, Ahli Parlimen yang mesra dipanggil sebagai Kunan telah berjaya menpertahankan kerusi Parlimen Putrajaya yang disandang olehnya dengan menewaskan lawannya Datuk Husam Musa yang merupakan Timbalan Presiden PAS dengan majortai 5,541 undi

TM merasakan dengan pengalaman luas beliau bukan sahaja memegang jawatan Ketua Bahagian Putrajaya, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dengan cemerlang termasuklah jawatan Menteri Pelancongan dapat diguna sebaiknya untuk memantapkan dalam memaju dan mensejahterakan WP khususnya. 

Kita tidak perlu membuat perbandingan antara beliau dan Raja Nong Chik  kerana kedua-dua individu ini mempunyai cara tersendiri dan telah terbukti mereka adalah antara individu yang berjaya membawa ‘message’ PM terus kepada masyarakat dan dalam masa yg sama telah bekerja keras di parlimen masing2. 

Apa yang penting di sini ialah matlamat mereka sama dan insya-allah di bawah pentadbiran Ku Nan, Kementerian WP ini akan bertambah baik dan berharap agar ianya dapat membantu mensejahterakan seluruh masyarakat, serta agensi agengi WP keseluruhannya. 

TM harap kehadiran Kunan sebagai Menteri WP dapat diterima oleh semua orang yang berada di Wilayah Persekutuan ini.

Patah tumbuh hilang berganti tetapi matlamatnya adalah sama, RAKYAT DIDAHULUKAN !!!

TM tumpang gembira dengan perlantikan Kunan sebagai Menteri WP.

Sunday, 28 April 2013

@hajihusammusa Kaki Penipu Disaman JAWI #GE13 #PRU13 #TolakPR #TolakPR



JAWI telah membuat laporan polis ke atas calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan maklumat palsu (fitnah) bahawa Jabatan tersebut telah memecat seorang AJK surau atas sebab politik. 


Ini nasihat penulis kepada Husam:

Dalam Putrajaya saja dah 3 kali kantoi 'pusing' cerita termasuk yg terbaru kes JAWI, apa ni Husam??? Takda modal lagi ke Husam?  Di Salor boleh la mu nak 'pusing/auta/tipu' ...maaf, ini Putrajaya...mohon jangan buat lagi la...anda adalah calon harapan Parti Islam seMalaysia kott...Naib Presiden lagi....kalau dok 'pusing' mcm ni layakkah anda???  Sungguh memalukan!!!

Sumber Pemuda Putrajaya


Saturday, 27 April 2013

@TengkuAdnanReal Prihatin Melawat Anak Saudara @hajihusammusa Yg Diabai #TolakPR #GE13 #PRU13




Percaya atau tidak, terpulang, anda nilai..Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini telah datang melawat anak saudara Husam ketika datang menziarahi pesakit di Hospital Putrajaya di sini.
Antara pesakit yang diziarah ialah anak saudara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Wanita berumur 27 tahun itu dimasukkan ke hospital itu kira-kira 10 hari lepas dan sehingga sekarang Husam sendiri belum datang melawatnya.
Klik SINI, untuk lanjutan.
Kalau anak saudara sendiri dari darah daging sendiri diabaikan, bayangkan kalau Husam ini memenangi Putrajaya, sudah pasti rakyat Putrajaya akan terabai.
TM seru kepada semua rakyat di Putrajaya untuk terus menyokong Barisan Nasional untuk mengekalkan ahli parlimen yang ada sekarang untuk kesenangan anak cucu kita !!!
Mari kita sokong Barisan Nasional dan kita pangkah Dacing !!!


Thursday, 18 April 2013

@hajihusammusa Lari Ke Putrajaya Kerana Janji Munafiknya #TolakPR #GE13 #PRU13


Husam oh Husam

Patutlah anda lari ke Putrajaya. Rupanya ada orang 'kejar' dek kerana pelbagai janji di Kelantan yang belum anda tunaikan.

Sekarang nak janji apa pula di Putrajaya ni Husam??
Nak turunkan harga sewa premis perniagaan?
Nak ambil alih tugas PJH buat parking bertingkat?
Nak suruh Bas Nadi Putra berhenti di depan pintu pejabat penjawat awam?
Nak buat bengkel kereta khas?
Nak pastikan penduduk Putrajaya luangkan masa di taman-taman awam sedia ada??

* ini antara yang terkandung dalam tazkirah pertama Husam di Putrajaya tempoh hari.

Sudahlah Husam...itu semua cakap-cakap kosong, sembang kedai kopi sahaja!!!

Bukanlah penulis hendak merendah-rendahkan cakap besar Husam ini, tetapi ada baiknya cermin diri sendiri dulu.

Dari segi agama pula, apa hukumnya apabila tidak menunaikan janji?
Rasanya penyokong PAS sendiri tahu kot dan tak perlulah penulis hendak merungkai bab hukum hakam ini.

Jadi apakah pengajaran yang boleh diambil buat penyokong Husam secara khususnya? Tinggalkan saja, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan.......

Beliau hadir ke Putrajaya dengan misi yang sama seperti yang beliau lakukan di Kelantan.

Video ini antara bukti jelas beliau gagal dan menurut sumber penulis, di Kelantan beliau digelar "Husam Pecah Tanah" dan pastinya seluruh pembaca faham kenapa gelaran itu diberikan.


Monday, 15 April 2013

Tak Tahu Apa Yang Dimarahkan, Keldai PAS Membakar Bendera BN #TolakPR #GE13 #PRU13



Panas..panas...panas...PAS Putrajaya naik minyak? mengamuk? Beginikah etika kepimpinan PAS mengajar anak buah dan penyokong mereka?? Bakar Bendera BN?Kejadian berlaku sekelip mata. Anggaran waktu kejadian ialah waktu tengah hari. Ketika Pemuda UMNO Putrajaya sedang sibuk mengedar risalah kepada penduduk di sekitar Apartment Presint 9, Fasa 12, ketika itulah puak² fanatik hamPAS 'menyerang' BN Putrajaya dengan membakar bendera gergasi BN yang digantung di pesisir jalan berdekatan Sek Keb P8 (2) serta berhampiran rumah teres P8.


Kejadian ini juga turut menggemparkan beberapa penduduk berdekatan tetapi nasib baik api yang merebak ini berjaya dikawal. Sekiranya penduduk tidak perasan, pasti api merebak dengan cepat dan boleh merosakkan harta benda lain dan mungkin kejadian lebih buruk akan berlaku.


Rata-rata penduduk di sini nampaknya semakin berang dan kurang senang dengan cara PAS Putrajaya berkempen dan cara mereka membuat provokasi kepada jentera BN. Penulis sempat menemubual penduduk(identiti terpaksa dirahsiakan) berkata, "hari penamaa calon belum lagi tetapi penyokong Husam Musa sudah mula mencetuskan kontroversi di Putrajaya. Beginikah akhlak orang Islam? Saya juga percaya, penyokong² Husam Musa ini adalah penduduk luar Putrajaya yang mungkin datangnya dari Bangi / Kajang/ Seri Kembangan mahupun Dengkil..Orang Putrajaya tidak buat perkara negatif macam ni" katanya lagi.



Buat Husam Musa, kejadian ini sememangnya tidak akan mematahkan semangat pejuang² BN di
Putrajaya ini tetapi Pemuda UMNO Putrajaya akan lebih bersemangat demi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas oleh 'orang luar' seperti kamu dan sekutu kamu. Apapun, PSU Pemuda UMNO Putrajaya telah membuat laporan polis atas tindakan melampau ini dan mohon pihak polis menyiasat perkara ini.




Kami rakyat Putrajaya selama hampir 10 tahun hidup di sini dengan aman damai dan beruntung dapat YB Tengku Adnan yang banyak membantu kami. Jangan kerana PRU13 ini tiba² kamu (Husam Musa) muncul hendak menjadi hero pula?? Baliklah ke kampung halaman mu wahai Husam Musa...

Sumber Pemuda Putrajaya

Tuesday, 1 January 2013

@TengkuAdnanReal We Are Ready !!!


Load Up, Let Rock N Roll !!! @NajibRazak @MuhyiddinYassin #BNBagus


All Barisan Nasional (BN) which will compete in the general election to the 13th (13th General Elections) free of corruption and crime, said BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor today.
   
He said BN prospect for all 222 parliamentary seats and 505 state seats (Dun) have been through a thorough screening process including the Royal Malaysia Police (RMP), Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the Insolvency Department to ensure that the candidate is 'clean' and problem-free.
   
"All candidates contesting BN has gone through a thorough screening process," he told reporters after handing over the school, Rela uniform, friendly co-leader and let's eat durian festival here today.
   
Additionally, Tengku Adnan said Umno secretary-general, potential background BN also studied in detail to ensure that they are chosen by the people.
   
"We want the candidates contesting are they required people, not the party or the individuals within the party. We want a candidate who people think he can represent the people," he said.
   
About the new face of female candidates contesting in the 13th General Elections, Tengku Adnan said "the secret party".
   
Recently, Chairman of the Consultation and Corruption Prevention Panel MACC Datuk Johan Jaafar recommend that all political parties will submit the list of candidates contesting in the 13th general election to be vetted by the MACC.
   
The proposal is to ensure that candidates contesting 'clean' of corruption and avoid any accusation unfounded on any individual or party behind the candidate.
   
At the same event, Tengku Adnan, who is also Member of Parliament for Putrajaya said he and Putrajaya Corporation (RPM) will continue to mobilize energy to provide for giving comfort to the residents.
   
"I also apologize to the people here if there are errors overlooked or forgotten anything I should do for them, but could not do it.
   
"I also remind them to be an example to the community because Putrajaya is a sustainable city," he said.

TM get info from Bernama