Monday 28 October 2013

Bahang Perubahan Barisan Nasional Membuat PAS Kedah Tertekan @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Sudah sampai masa untuk Barisan Nasional mengambil alih kerusi Sungai Limau dari PAS Kedah demi menaikkan taraf kehidupan masyarakat Sungai Limau tanpa mengira fahaman politik mereka. 

Setelah bertahun kerusi ini dimiliki oleh PAS, tahap kehidupan di sana masih lagi di tahap takuk yang lama. Walaupun Barisan Nasional yang sudah menguasai kerajaan Negeri Kedah dan boleh membiarkan Sungai Limau terus dipegang oleh PAS, kerajaan Barisan Nasional Negeri Kedah tidak tergamak melihat masarakat Sungai Limau terus menderita dan terpinggir sekadar mampu melihat arus pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri di kawasan lain. 

Ertikata sebenarnya Kerajaan Negeri Kedah bawah Barisan Nasional tidak mahu masyarakat Sungai Limau terus menjadi mangsa permainan politik PAS Kedah. PAS Kedah mahu terus menguasai Sungai Limau kerana sebab politik semata mata tetapi Barisan Nasional sebaliknya mahu mengambil alih kerusi ini untuk membela nasib masyarakat Sungai Limau.

Barisan Nasional yang diterajui oleh Mukhriz Mahathir yang menjadi Kerajaan Negeri menghulurkan keikhlasan mereka pada masyarakat Sungai Limau untuk "BERANI BERHIJRAH" demi perubahan taraf kehidupan di kawasan mereka.

Masyarakat Sungai Limau perlu berfikiran terbuka untuk menerima perubahan dan pembaharuan yang mahu dibawa oleh Barisan Nasional daripada terus taksub dan hilangkan kebencian yang ditanamkan PAS Kedah sejak dahulu lagi.

Kini PAS Kedah sudah terasa tekanan bahang perubahan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional. Insyallah kerusi Sungai Limau akan beralih ke tangan Barisan Nasional pada 4 November ini.

Pilih la BARISAN NASIONAL !!!

No comments:

Post a Comment