Tuesday, 25 March 2014

@BuletinTV3 Sila Jauhkan Media Anda Dari Keluarga Mangsa #MH370 @NajibRazak @HishammuddinH2O


Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini - Najib Razak

Tapi hari ini aku tengok TV3 ke rumah keluarga mangsa untuk interview. Sampaikan menyentuh perasaan ibu mangsa sehingga pengsan berkali kali. Kalau Media luar negara, mungkin TM faham ... mereka tak faham bahasa tapi nie media dari Malaysia sendiri. Kedatangan media ini menambah hiba dan kesedihan keluarga mangsa yang sedang bersedih. Beri la keluarga mangsa masa untuk kembalikan ketabahan semangat dan hati mereka.

PESANAN TM ... TAK PAYAH LAH NAK GI INTERVIEW PASAL NAK RATING !!!

1 comment:

  1. Saya setuju dengan cadangan ini. Kadang-kadang camera men mereka talakan lensa mereka betul-betul kebatang hidung orang sedang menangis. Apa faedahnya ini? Adakah perbuatan seperti ini boleh menentukan rating mereka? Kasihanlah kepada keluarga mangsa yang dalam kesedihan dan kepiluan. Ini bukannya kerana 'freedom of speech' atau apa-apa freedom. Apa rasanya kalau saya tonjolkan lensa camera betul-betul kemuka engkau orang semasa kau orang bersedihan? Kalau itu engkau orang tak suka serupalah mereka yang engkau orang acukan lensa camera kemuka mereka. Give them space.

    ReplyDelete