Wednesday 26 March 2014

TQ, Juruterbang @krishj_87 Digantung Dan Disiasat Oleh @tonyfernandes @HishammuddinH2O #MH370

Tiada siapa mahu tragedi ini berlaku atau merancang tragedi ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sepatutnya apabila tragedi seperti ini melanda negara, kita sebagai rakyat Malaysia bersatu untuk mengatasi bersama. Kita sepatutnya memberi semangat kepada mereka yang bekerja keras untuk menyelesaikan tragedi ini.

Namun begitu terdapat segelintir rakyat yang hanya tahu mengkritik tapi tidak membantu apa apa, hanya menambah kegelisahan rakyat Malaysia khasnya keluarga mangsa MH370. Seolah olah kerajaan Malaysia tidak bersungguh sungguh dan cuba menyembunyikan sesuatu. Ini termasuk lah seorang yang bernama Krish Jejendira, juruterbang AirAsia X yang mengeluarkan kenyataan buruk terhadap kerajaan Malaysia. Klik SINI untuk cerita berkaitan.

Bagaimana pun cemuhan ini telah tersebar di media internet semalam telah menimbulkan kemarahan terhadap kenyataan ini. Pada hari ini, CEO Air Asia Tan Sri Tony Fernandes telah berkata dalam twitternya mengata kata bahawa Pegawai Senior Air Asia X itu telah digantung dan akan disiasat kerana melanggar peraturan syarikat.

TM dan rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Tony Fernandes yang peka dan segera bertindak kepada pegawai yang mencemar nama AirAsia dan Malaysia.

No comments:

Post a Comment