Sunday 16 March 2014

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Bakal Kehilangan @Khairykj #PRKKajang #MH370


Adakah tidak lama lagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan hilang taringnya apabila Khairy Jamaluddin akan terperangkap di alam ghaib, apabila Raja Bomoh Ibrahim mengugutkan akan membuat demikian terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan celupar.


Apa pun TM tetap memuji keberanian Khairy yang menyarankan supaya Ibrahim Zain ditangkap kerana perbuatan khurafatnya yang menjadi bahan perbualan dan bahan gelak seluruh dunia. Secara tidak langsung memalukan orang Islam di Malaysia.

Ahli parlimen Rembau itu sebelum ini turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini. Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang beberapa hari lalu.

Berkata benar walaupun pedang di hujung leher !!! Yang salah tetap salah kerana matlamat tidak menghalalkan cara. 


1 comment:

  1. Allah maha berkuasa x kan berlaku sesuatu tanpa izinnya.

    ReplyDelete