Wednesday, 26 March 2014

@NazirHussin79 PPUM Terima Kasih 26 Negara & Media Tempatan @NajibRazak @khairyKJ #MH370


KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pada hakikatnya, kita wajar berterima kasih kepada 26 buah negara sahabat kita yang bergabung tenaga dan usaha dalam menjejaki kehilangan pesawat MH370 sejak dari awal lag termasuk menggunakan kesemua teknologi yang ada termasuklah satelit dan radar, bukannya mempertikaikan penyatuan 26 buah negara ini dalam membantu Malaysia.

EXCO Pererakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kumpulan atau orang-orang tertentu yang mempertikai usaha operasi mencari dan menyelamat MH370 termasuk bantuan dari 26 buah negara lain dalam operasi ini memperlihatkan kebodohan mereka menilai semangat setiakawan dan pada hakikatnya, mereka yang suka mempertikai ini sekadar mencari perhatian dan mahu merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

"Sebagai seorang manusia yang normal, sejak hari pertama berita kehilangan MH370 ini, saya sendiri telah mulai resah dan mendoakan agar pesawat ini akan segera ditemui dengan semua anak kapal dan penumpangnya selamat.

Namun selepas pengumuman penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Mac lalu, bahawa MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi, saya ingin kongsikan perasaan sedih bersama semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370, walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah, namun tetap berkongsi kesedihan kehilangan sanak saudara dan saya berharap, mereka tabah melalui dugaan ini.

Namun, kita harus berbangga dan memberikan penghargaan yang tidak terhingga terhadap pasukan keselamatan kita yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)  MH370 ini serta penghargaan kepada pasukan SAR dari 26 buah negara lain yang turut menyumbang tenaga dalam operasi ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Tambahnya, bagi mereka yang nak memperlekeh dan mempertikai kemampuan Malaysia dalam operasi ini dan mempertikai bantuan pasukan dari 26 negara yang turut membantu ini, apa salahnya mereka sendiri menawarkan diri untuk menjadi anggota pasukan SAR ini termasuk menyertai operasi di Selatan Lautan Hindi yang kita sedia maklum bahawa sepenuh perhatian sekarang, bahawa operasi SAR ini tertumpu di Lautan Hindi.

"Nasihat saya kepada `mereka dan kumpulan-kumpulan' ini, agar jangan 'borak atau gebang lebih' ibarat anjing menyalak bukit kerana kalau setakat bercakap atau menyalak di pentas-pentas ceramah, di warung-warung kopi ataupun sekadar coretan di laman-laman media sosial, pesawat MH370 ini tetap akan terus meng'hilang'kan diri atau bersemadi di Lautan Hindi.

Sebaliknya usaha tanpa jemu pasukan SAR dari negara kita dan sahabat dari 26 buah negara lain itulah yang akan mencari bukti hilangnya pesawat ini di dalam Lautan Hindi, serta mencari kebenaran mengapa MH370 tersasar dari perjalanannya dari KL ke Beijing 8 Mac lalu dan 'mengakhiri' perjalanannya di Selatan Lautan Hindi sebagaimana yang diumumkan PM baru-baru ini.

Persoalannya, adakah mereka yang mempertikai kerjasama 26 buah negara ini sudi untuk menghulurkan bantuan atau menjadi sukarelawan dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 di Selatan Lautan Hindi ini atau mereka sekadar 'borak kosong' untuk membuat lawak jenaka bersama penyokong-penyokongnya semata-mata," tambahnya lagi.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
merangkap Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa

1 comment:

  1. Share with Buddhists in Malaysia and around the world.
    We would like to inform our Buddhist about Yip Kum Fook who is president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.
    He is planning to turn the SAMNAK SAMBODHI into a Mahayana temple. but was not successful as some committees died without any illnesses, Yip Kum Fook rebelled against Buddhists all the time.
    Yip kum Fook is a stubborn, dirty-minded man who is always angry with his son (Yip Jiun Han). His son is now insane and unconscious. When we are at the SAMNAK SAMBODHI, the son always comes to talk with us about family. We know that this is a kind of karma, fluent.
    please research on internet or google about Yip Kum Fook to know more details and we are Buddhists need to protect our Buddha words. We know this SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE we have seldom worked hardly before. PLEASE SHARE WITH EVERYONE.
    BY NG BENG HOCK

    ReplyDelete