Tuesday 17 February 2015

@NazirHussin79 Bidas Kredibiliti @n_izzah Tidak Boleh Dipercayai Seperti @anwaribrahim


Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawar jawatan timbalan perdana menteri sebagai 'langsung tidak boleh dipercayai'.

Beliau berkata, selain tidak mengemukakan saksi mengenai dakwaan itu, Nurul Izzah juga tidak mempunyai kredibiliti kerana pernah mempunyai rekod berbohong dan membuat fitnah.


Nazir Hussin berkata, kenyataan Nurul Izzah itu tidak lebih sekadar retorik bagi mengembalikan semula imej ayahnya yang rosak teruk selepas didapati bersalah melibat bekas pembantu peribadinya, Shaiful Bukhari Azlan.


"Bagi memastikan imej Anwar tetap hebat dan meraih simpati rakyat, Nurul Izzah sanggup berbohong. Ini hanyalah salah satu drama yang akan muncul satu persatu dari dalam penjara," katanya.


Nurul Izzah, dalam ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang mendakwa Najib menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar selepas pembangkang meraih 52 peratus undi popular dalam PRU13, namun Ketua Umum PKR menolak tawaran itu.


Nazir Hussin berkata, sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum yamng lalu, usahkan jawatan timbalan perdana menteri, kerusi perdana menteri pun Anwar boleh ambil.


"Masalahnya mereka tidak menang, jadi untuk apa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada beliau. tetapi jika benar perkara itu berlaku, sila kemukakan bukti sahih untuk rakyat menilai," katanya.


Sumber FB Sirr Mayel Lambong

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete