Showing posts with label UMNO Bahagian Batu. Show all posts
Showing posts with label UMNO Bahagian Batu. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

@abss115 UMNO Bahagian Batu Membantu Mangsa Banjir Pahang #Lifestyle @NajibRazak


Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas akan mengetuai UMNO Bahagian Batu menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. UMNO akan menyediakan keperluan seperti pakaian, tuala wanita dan lampin kanak kanak yang bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu. 


UMNO Bahagian Batu juga mendapat bantuan dari Pusat Pakaian Hari Hari yang menyumbangkan pakaian baru untuk mangsa mangsa banjir yang bakal sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit bebanan mangsa mangsa. Encik Amilludin Latif wakil Pusat Pakaian Hari Hari merasa terpanggil untuk membantu mangsa mangsa banjir yang sedang dilanda musibah.

Pihak UMNO Bahagian Batu juga telah menyediakan tuala tuala wanita dan lampin lampin untuk kanak kanak kerana salah satu masalah utama ialah untuk mendapatkan barangan tersebut.

Sumbangan ini akan dihantar ke tempat tempat yang telah diputuskan dalam perbincangan mereka secepat mungkin.

Wednesday, 6 March 2013

Selamat Tinggal @tianchua ! Mulut Hang Bau Longkang Dan MP Pemalas ! Tak Layak Jadi YB Batu Lagi ! @abss115 #TolakPR




Walaupun sudah penat menghantar memorandum ke pejabat si Tian Chua dari rejim PKR, telah berlaku satu upcara ringkas penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli UMNO. Seramai 46 orang penyokong Parti Keadilan Rakyat (rrejim PKR) yang pernah bekerja keras memenangkan Tian Chua dari rejim PKR telah menyerahkan borang menyertai UMNO di Parlimen Batu. Penyerahan telah dibuat dihadapan pejabat UMNO Bahagian Batu di Taman Bullion Mewah.

Menurut bekas penyokong PKR Jalaludin Abdul Majid yang juga merupakan Pengerusi Batas Batu, parti sanjungan beliau PKR kini dilihat semakin terkeluar daripada landasan perjuangan asal akibat daripada kepentingan politik tertentu. 
"Bila kita sudah nampak penyelewengan, kita akan cuba yang baru. Apabila yang baru itu pun tidak betul, kita balik ke asal," kata beliau kepada wartawan KLPOS selepas menyerahkan borang menyertai UMNO di pejabat UMNO Bahagian Batu di sini semalam.''


Tambah beliau, isu-isu yang mula timbul dewasa ini memperkuatkan lagi kesedaran beliau dan pengikut PKR yang lain bahawa perjuangan dalam parti itu adalah sia-sia. Beliau yang mewakili bekas penyokong rejim PKR menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Datuk Yahya Mat Ghani.

Mereka sudah sedar dan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Semoga mereka yang pernah tersilap mengundi Tian Chua pada PRU yang lepas, pastikan kita semua jatuhkan Tian Chua pada PRU akan datang !!!