Showing posts with label tian chua. Show all posts
Showing posts with label tian chua. Show all posts
Tuesday, 25 March 2014
@tianchua Kalau Bercakap Gunakan Kepala Lutut #MH370 @NajibRazak @HishammuddinH2O
Ahli parlimen Batu yang suka menpertikaikan segala perkara, dalam twitternya menpertikaikan kenapa sidang akhbar diadakan di luar parlimen. Dia mahukan Najib melakukan lapuran mengenai MH370 seperti Perdana Menteri Australia.
TM senang je nak menjawab soalan kepada ahli parlimen Batu yang bodoh ini.
1. Mana Datuk Seri Najib nak buat kenyataan akhbar atau sidang media adalah hak dia.
2. Menyenangkan ramai pengamal media dalam dan luar negara yang mahu liput sidang media tersebut di ruang yang besar.
3. Kalau di Parlimen, mana ruang nak buat kenyataan sidang media itu?
4. Najib Razak Perdana Menteri Malaysia ... bukan Perdana Menteri Australia.
5. Kalau sesi Parlimen berlangsung, adakah Perdana Menteri tidak boleh tinggalkan Dewan Rakyat ?
Monday, 17 March 2014
@tianchua Stupid, Bloody Stupid And Out Of Order Kata @nohomar & @mpkotabelud #Parlimen
Rahman Dahlan dan Noh Omar menyelar Tian Chua yang Stupid, Bloody Stupid dan Out of Order semenjak hari pertama dia hadir di dewan parlimen. Tian Chua yang sememangnya suka membuat kecoh dengan perkara perkara yang bodoh dan tidak masuk akal di Dewan Rakyat.
Monday, 16 September 2013
@LokmanAdam Selar @tianchua @IshamRais @khalidismath dan Komunis @NajibRazak @Khairykj
Kenyataan Media
Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.
Namun, apa yg menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.
Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.
Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.
Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.
Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.
Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.
Lokman Noor bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Wednesday, 12 June 2013
@tianchua Dan @n_izzah Menghadapi Petisyen PRU Di Mahkamah Tinggi #TolakPR
Barisan Nasional telah memfailkan dua petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini atas keputusan Lembah Pantai dan Batu kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13.
Pengundi Mohamad Sazali Kamilan, 43, pempetisyen bagi kerusi Lembah Pantai, berkata bahawa Nurul Izzah Anwar, 33, yang menang dengan majoriti 1,847, telah memberikan kenyataan palsu mengenai beliau saingan calon BN Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ke atas tanah yang perjanjian pada 4 Mei, sehari sebelum hari mengundi.
Beliau juga berkata pegawai pengurus Rolan Abd Rahman telah melanggar Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 kerana gagal melaporkan bahawa dua peti undi telah rosak.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melanggar Peraturan-Peraturan apabila ia gagal untuk mengisytiharkan pengundian bagi Lembah Pantai kerusi Parlimen tidak sah.
Beliau memohon satu pengisytiharan bahawa pilihan raya bagi Lembah Pantai kerusi Parlimen adalah tidak sah dan bahawa Nurul Izzah tidak betul dipilih dan Raja Nong Chik diisytiharkan pemenang.
Bagi petisyen pilihan raya Batu, pempetisyen dan calon BN Dr Dominic Lau Hoe Chai, 46, yang bernama Tian Chua (nama sebenarnya Chua Tian Chang), pegawai pengurus Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.
Lau berkata, Tian Chua, yang memenangi kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 13284, hilang haknya untuk bertanding bagi kerusi itu kerana beliau telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan didenda RM2, 000.
Lau juga berkata, Mustafa telah gagal untuk menolak kertas pencalonan Tian Chua.
Beliau memohon untuk satu pengisytiharan bahawa Tian Chua telah tidak dipilih dengan betul dan bahawa Lau telah dipilih dengan cara yang sah.
Kedua-dua petisyen telah difailkan di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pendaftaran pada pukul 3.30 petang melalui firma undang-undang Raja Riza & Associates.
Saturday, 25 May 2013
@tianchua Yg Selalu Bercakap Besar Meronta Mengalahkan Budak Kecil #TolakPR
Kita selalu tengok si Tian Chua bercakap besar dan bongkak di hadapan penyokong pr tapi kali ini kita tonton pulak Tian Chua nak menangis dan meronta mengalahkan budak tadika nak masuk kelas apabila polis mahu membawa ke lokap Balai Polis Jinjang.
Thursday, 23 May 2013
@tianchua Dan Harris Ibrahim Terus Ke Lokap Balai @PDRMsia Jinjang #TolakPR
Confirm bahawa Tian Chua dan Harris Ibrahim telah ditangkap di bawah section 4 (1) sedition Acts. Mereka berdua telah dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut. Polis telah menahan Tian Chua ketika berada di lapangan terbang LCCT untuk ke Terengganu.
Kini Adam Adli tidak keseorangan di dalam lokap polis.
Kini Adam Adli tidak keseorangan di dalam lokap polis.
Sunday, 5 May 2013
@MuhyiddinYassin seru Tolak @tianchua Dan Undi @Dominiclauhc #GE13 #PRU13 #TolakPR
Tan Sri Muhyiddin telah menyeru kepada semua pengundi parlimen Batu untuk menolak Tian Chua dari PKR, juga 3 calon bebas yang laindan mengundi Dr Dominic Lau Hoe Chai yang menjadi ahli parlimen pada PRU13. Pengundi di parlimen Batu akan keluar mengundi pada hari ini menentukan ahli parlimen untuk PRU13. Untuk maklumat pembaca bahawa di parlimen Batu menpunyai pertandingan 5 penjuru !
Tekadkan pendirian untuk menyokong Barisan Nasional dan memangkah Dacing !!!
Saturday, 4 May 2013
Ibu Mendiang Francis Udayappan Meninggalkan @drwanazizah Dan @tianchua #TolakPR #GE13 #PRU13
Pada malam ini pasti Tian Chua sedang menangis apabila Sara Lily a/p George, Naib Ketua Wanita PKR cabang Batu, bersama 120 ahli PKR Batu telah keluar parti PKR kerana tidak sehaluan dengan Presden PKR, Wan Azizah dan kepimpinan Tian Chua di PKR Batu. Sehubungan itu, Sara Lily bersama 120 orang yang keluar parti PKR telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli PGRM dan borang tersebut telah diserahkan kepada Dr Dominic Lau di majlis Ceramah BN bersama 1500 kaum India di Dewan Komuniti Sentul Perdana Bandar Baru Sentul.
Untuk pengetahuan pembaca blog TM, Sara Lily merupakan ibu kepada Francis Udayappan yang telah meninggal dunia dalam tahanan. Pada PRU12 pada tahun 2008 beberapa calon PKR menggunakan isu ini untuk mendapat sokongan orang ramai terutama orang India untuk menangi kerusi mereka tandingi. Klik SINI untuk berkaitan.Sebagai ganjarannya Wan Azizah telah meminta supaya Sara Lily dipilih untuk menjadi Naib Ketua Wanita Cabang Batu. Dalam isu tuntutan terhadap kematian anaknya dalam tahanan polis, malangnya Sara Lily telah diabaikan oleh Wan Azizah dan mereka yang menpergunakannya sebelum ini.
Difahamkan bahawa Sara Lily juga telah membuat lapuran polis untuk memohon perlindungan polis dari ancaman penyokong PKR, berikutan keputusannya meninggalkan PKR.
Sudah ramai telah meninggalkan PKR yang selalu pergunakan orang untuk kepentingan agenda mereka, oleh itu TM menasihatkan pengundi di Batu untuk menjatuhkan Tian Chua pada hari ahad ini.
Sokong la Barisan Nasional dan Pangkah la Dacing !!!
Saturday, 27 April 2013
@Dominiclauhc Akan Bawa Perubahan Utk Parlimen Batu Yg Abaikan @tianchua #PRU13 #GE13 #TolakPR
Dr Dominic Lau Hoe Chai, calon Barisan Nasional di parlimen Batu P115 akan membawa satu perubahan untuk rakyat di parlimen Batu yang telah diabaikan oleh Tian Chua dari rejim PKR yang gagal sebagai ahli parlimen Batu.
TM saran kepada semua rakyat parlimen Batu untuk mengambil kesempatan dan tetapkan pendirian pada PRU13 ini untuk menumbangkan Tian Chua yang pemalas dan hanya makan gaji buta tanpa berkhidmat kepada rakyat Batu.
Kita sokong Barisan Nasional dan kita pangkah Dacing.
Tuesday, 23 April 2013
@tianchua Tak Yakin Menang Parlimen Batu Seperti @Dominiclauhc #PRU13 #GE13 #TolakPR
![]() |
| Tempat Mengundi Tian Chua |
![]() |
| Tempat Mengundi Dominic Lau Hoe Chai |
Mungkin kehadiran Tian Chua dapat dilihat oleh rakyat di parlimen Batu di mana mana tapi bukan dirinya, hanya gambarnya di banner bannernya di tepi jalan.. Banner mukanya hanya banyak apabila tibanya pilihanraya untuk meraikan sokongan dari orang yang tertipu dengannya. TM yakin dan percaya kerana setelah 5 tahun Tian Chua gagal sebagai ahli parlimen Batu, gagal membuat perubahan dan gagal membantu rakyat di parlimen Batu (kecuali kepada pengikutnya, hanya kenduri kahwin dan kematian, itu pun kalau ada masa). Kehadirannya hanya untuk bergambar untuk diupload di internet. Tidak melakukan apa program program untuk bersama rakyat Batu tapi cuba menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak melantiknya sebagai Ahli Lembaga Penasihat. Dulu tidak melalak nak jawatan tu tapi bila nak habis penggal, baru lah melalak nak jawatan itu.
TM cabar Tian Chua menyenaraikan program program, pembangunan, perubahan, bantuan yang dibuat untuk seluruh rakyat di Batu sebagai ahli parlimen Batu selama lima tahun tanpa mengira pegang politik mereka !!!
TM SEBAGAI PENGUNDI DI PARLIMEN BATU TAHU BAHAWA TIAN CHUA INI HANYA MAKAN GAJI BUTA SEBAGAI AHLI PARLIMEN TANPA LAKUKAN KEBAIKAN KEPADA RAKYAT DI PARLIMEN BATU. KEGAGALANNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN BATU MENYEBABKAN TIAN CHUA TIDAK YAKIN UNTUK MENUKAR TEMPAT MENGUNDINYA KE PARLIMEN BATU. TIAN CHUA MERASAKAN PADA PILIHANRAYA KALI INI, DIA AKAN GAGAL UNTUK MENPERTAHANKAN KERUSI YANG DIMENANGINYA PADA PRU12 LALU.
TM seru kepada semua rakyat di parlimen Batu untuk menumbangkan Tian Chua dan menangkan Barisan Nasional pada PRU kali ini. Sudah 5 tahun kita menunggu dan ini saatnya kita mengambil kembali parlimen Batu. Berikan undian anda kepada Dominic Lau Hoe Chai, calon Barisan Nasional.
Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing.
Tuesday, 16 April 2013
@Dominiclauhc Calon Barisan Nasional Lawan @tianchua Di Parlimen Batu #TolakPR #GE13 #PAU13
Dr Dominic Lau Hoe Chai 45, adalah calon bagi parlimen Batu P115 mewakili Barisan Nasional !!!
Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing !!!
Klik SINI calon BN WP.
Friday, 12 April 2013
Kata Rakyat Batu ! @tianchua Wakil Parti Bukannya Wakil Rakyat #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia
Di mana ahli parlimen Batu yang dipilih sejak 5 tahun lepas ? Di kala beberapa tempat di parlimen Batu mengalami banjir dua hari lepas, batang hidung Tian Chua tidak kelihatan untuk menolong rumah rakyat parlimen Batu dilanda banjir ! Selalu di majlis orang walau tidak jemput, dia kelihatan menyibuk datang sekadar bergambar untuk muat naik ke internet.
Di mana ahli parlimen Batu yang dipilih sejak 5 tahun lepas ? Di kala beberapa tempat di parlimen Batu mengalami banjir dua hari lepas, batang hidung Tian Chua tidak kelihatan untuk menolong rumah rakyat parlimen Batu dilanda banjir ! Selalu di majlis orang walau tidak jemput, dia kelihatan menyibuk datang sekadar bergambar untuk muat naik ke internet.
Orang yang tidak tahu akan tertipu dengan perbuatannya tapi orang di Batu sudah masak dan mual dengan penipuan ahli parlimen dari PKR ini. Tian Chua yang tidak membuat apa apa program untuk rakyat Batu tapi hanya menghadiri majiis majlis tertentu yang dibuat oleh penyokongnya. Manakala rakyat Batu yang lain terpinggir dan tidak diendahkan oleh Tian Chua. Kini rakyat di parlimen Batu memanggilnya sebagai Wakil Parti bukan Wakil Rakyat !!!
Pada hari Batu dilanda banjir, yang kelihatan ialah Dominic Lau yang dikatakan bakal menjadi calon Barisan Nasional berkejar sana sini untuk penduduk di Batu yang rumah dilanda banjir. Difahamkan bahawa Tian Chua sedang sibuk berkempen di Sarawak ketika itu ! Kita boleh lihat ahli parlimen ini sibuk berkempen di tempat lain tetapi parlimennya terabai !! Sepatutnya dia sibuk menjaga orang di parlimennya kerana orang telah memilihnya sebagai ahli parlimen pada PRU12 ! Tian Chua seperti tidak berminat lagi untuk menjadi ahli parlimen di Batu !!!
Mungkin dia sangkakan bahawa dia akan memenangi kerusi parlimen itu sekali lagi. Akan tetapi pada kali ini rakyat sudah tahu apa perlu dilakukan pada pilihanraya kali ini !!! Akan tetapi kali ini rakyat di Batu akan memastikan Tian Chua jatuh dan dikuburkan pada PRU13.
Seperti biasa TM sarankan kita semua menyokong Barisan Nasional dan kita semua memangkah Dacing !
Wednesday, 10 April 2013
Ceramah @tianchua Di Parlimen Batu Hambar Tanpa Bantuan @anwaribrahim #TolakPR #BN4Malaysia
Membaca melalui semua pro - portal berita pembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini i terkejut bahawa tidak ada berita Tian Chua hilang sokongan daripada rakyat P.115 Batu. Ia perlu diingat bahawa pada tahun 2008, menunggang gelombang popular Anwar Ibrahim, Tian Chua bertanding di kawasan Parlimen Batu di Kuala Lumpur dan menang, mengalahkan Lim Si Pin Barisan Nasional (anak lelaki bekas Presiden Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia Lim Keng Yaik) dengan majoriti 9,455
Walau bagaimanapun, pada masa ini Tian Chua kelihatan akan kehilangan sokongan daripada rakyat Batu. Ini jelas daripada pelbagai ceramah beliau yang diadakan di Batu yang hanya boleh menarik tidak lebih daripada 50 orang, jauh daripada beribu-ribu yang telah menunjukkan untuk ceramah pada tahun 2008. Persoalannya ialah mengapa ini berlaku kepada naib - presiden PKR?
Sebabnya mudah, ia hanya sia-sia. Kenapa saya katakan ini?
Anda tidak perlu seorang saintis roket untuk memberitahu anda bahawa Tian Chua telah gagal. Lihatlah isu yang dihadapi Batu orang dan apa yang Tian Chua lakukan untuk mereka? Penyokong pembangkang boleh membantu saya mengenai perkara ini.
Di samping itu, adakah anda masih ingat kemalangan yang Tian Chua pada 13 Mac, 2010 yang dibunuh swasta Mohd Salleh Hamdan, 23, yang merupakan seorang askar dari Kem Tentera Mersing, dan yang meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi kira-kira dua jam selepas kejadian. The ini Melayu masih tidak memaafkannya untuk itu.
Kini, selepas semua isu-isu beliau dengan tentera, dia sekali lagi bergolak bulu dengan mengatakan bahawa isu-isu di Lahad Datu adalah "sandiwara UMNO". Sekali lagi, ini Melayu telah tidak dilupakan.
Dan untuk menunjukkan kemarahan itu Melayu terhadap Tian Chua, dia tidak akan memenangi sokongan ini Melayu di Batu. Saya tidak pasti mengenai orang Cina tetapi untuk semua Peti Daerah Mengundi (PDM) dengan majoriti Melayu, dia akan kehilangan ketara.
Baca lagi klik SINI !!!
Sumber KL Chronicle
Tuesday, 9 April 2013
@tianchua Pasti Terkubur Pada PRU13 !!! @abss115 @Dominiclauhc #BN4Malaysia #GE13 #PRU13 #TolakPR
Seperti yang dijangka oleh TM, sambutan ceramah Tian Chua lidah kepada Anwar Ibrahim yang berbau longkang di PPR Batu pada sabtu lalu hambar kerana tidak dapat sambutan orang ramai. Kedatangan yang dianggar bawah 70 dihadiri oleh orang luar kawasan dan mungkin yang lalu disitu untuk berhenti sebentar. Turut berceramah, Bob Lokman dan Ishak Surin PAS Batu gagal menarik perhatian untuk orang ramai hadir mendengarnya.
Tidak seperti ceramah PKR Batu pada dua minggu yang terpaksa membawa ketua Umum mereka untuk membantu Tian Chua yang kian parah di Batu kerana Tian Chua sebagai ahli parlimen membawa kebaikan dan perubahan di Batu kerana dia lebihkan aktiviti agenda di luar kawasan dan hanya menghantar kuncu kuncunya untuk meninjau hanya orang orang yang menyokongnya di Batu. Kalau MP ini hadir kenduri kahwin dan muncul hanya sekali sekala tersengih sengih datang untuk mengambil gambar sahaja untuk dimuat turun ke laman sosialnya, Menyalahkan DBKL tidak melantiknya Ahli Lembaga Penasihat DBKL sebagai punca kegagalannya untuk berkhidmat untuk Batu, walhal sudah 5 tahun berlalu tetapi kenapa baru sekarang mahu timbulkan persoalan jawatan itu di ceramah tersebut.
Sehubungan itu, TM menganggap bahawa rakyat di parlimen Batu sudah jemu dan muak dengan penipuan dan pembohongan ahli parlimen dari rejim PKR ini. Tambahan dalam insiden Lahat Datu, yang mengatakan ianya hanya sandiwara telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terhadapnya.
Oleh itu TM, menyarankan kita rakyat di Batu untuk menjatuhkan dan menumbangkan Tian Chua di Batu agar pembohong ini tersungkur dan terkubur di PRU13 ini. Saya sokong Barisan Nasional dan saya pangkah Dacing !!!
Saturday, 30 March 2013
@tianchua Sudah Mati Dan Berkubur Di Parlimen Batu #TolakPR
Kebiasaanya jika ada kalungan bunga melingkari gambar seseorang itu, apa yang difahami adalah orang tersebut telah mati. Begitulah juga maksud gambar di atas. Pada pemahaman saya begitulah. Lebih baik dia mati daripada hidup dengan mengutuk dan membuat fitnah terhadap orang lain.
Kerana Tian Chua si mulut longkang ini sebenarnya gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen Batu, semalam di Bandar Baru Sentul Fasa 8 & 9 telah diadakan ceramah, dimana PKR Batu terpaksa membawa Si Raja Auwtar Malaysia, Anwar Ibrahim, Mat Sabu penyokong kuat komunis dan Jeneral Bersara Abdul Ghafir yang kempunan menjadi Panglima ATM !!! Mereka datang sekadar nak mengatakan bahawa Tian Chua yang pemalas ini kononnya bekerja keras untuk orang di parlimen Batu dan dia harus dikekalkan !?
Bagi TM yang juga pengundi di parlimen Batu, menyarankan Tian Chua ini ditumbangkan pada PRU ini dan kita kuburkan rejim PKR !!! Dengan ini TM sememangnya menyokong Barisan Nasional dan TM pangkah dacing !!!
Dari Tuhan Kita Datang
Ke Neraka Kau Pergi Tian Chua
Monday, 25 March 2013
@tianchua Hanya Berani Cakap Di Luar Mahkamah #TolakPR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dilihat seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno dan Barisan Nasional (BN).
Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.
Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara Umno.
Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.
Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi Umno dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.
Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh Umno dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.
"Nampaknya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.
"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi Umno untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.
Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi Umno.
Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.
Klik SINI untuk cerita penuh !!!
@anwaribrahim @tianchua @SivarasaRasiah Pemusnah Keamanan Malaysia ? #TolakPR #LahadDatu
![]() |
Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila
|
Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013.
Media antarabangsa seperti Reuters, Inquirer Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim.
Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.
Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013.
Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri.
Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa.
![]() |
| Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram |
Sumber MrKinabaluBoy
Lihat jahatnya MP Batu yang bernama Tian Chua mulut longkang yang merupakan lidah kepada Anwar Ibrahim, Si Kitol Moden dari rejim PKR yang cuba menghancurkan keamanan Malaysia ! Mereka ini harus kita tumbangkan di PRU yang hampir !!!
Monday, 18 March 2013
@anwaribrahim Suruh @tianchua Hantar Surat Kepada Panglima ATM Untuk Sertai Op Daulat ? @Zahid_Hamidi
Semalam selepas pergi ambik gambar di Bandar Tun Razak, seorang yang tidak dikenali mengulur sekeping surat kepada TM ! Rupanya sepucuk surat dari Tian Chua si mulut longkang lidah kepada Anwar Ibrahim kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zulkifeli bin Mohd Zin bertarikh 12 March 2013 !!! Dengan senyap dia cuba berbaik baik dengan Panglima ATM tersebut !!!
Isi kandungan adalah seperti berikut :-
Merujuk kepada perkara di atas, bersama ini disertakan kenyataan akhbar saya mengenai isu pembabitan anggota keselamatan negara menangai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Besarlah harapan saya agar kenyataan ini dapat menjernihkan keadaan yang timbul sekarang ini, selain memberi penjelasan sebenarnya dan mengatasi salah faham mengenai maksud saya ketika mengulas isu pencerobohan berkenaan.
Sebagai rakyat yang cintakan negara, saya benar-benar menghargai dan banggan dengan pengorbanan semua anggota keselamatan yang terbabit, menpertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh anasir luar. Semoga melalui kerjasama semua pihak, keamanan negara dapat dipertahankan selama-lamanya
Lihat lah sandiwara yang dimainkan oleh Tian Chua si mulut longkang ! Waktu berceramah, bukan main hentam anggota keselamatan kita tapi sekarang dia masih nak auwtar atau spin kenyataan dalam suratnya kepada Panglima ATM !!! Serupa macam bosnya si Raja Auwtar Malaysia, lidahnya terbelit belit nak menipu Panglima ATM dengan harapan pihak Panglima ATM akan membalas surat tersebut dan menanggap perkara ini selesai !!! Jika si Tian Chua dapat surat tersebut, TM pasti si bangsat ini akan menggunakan surat balasan tersebut untuk dijaja merata akhbar pro rejim pkr dan menunjuk di setiap ceramahnya !!!
Klik SINI untuk vid Tian Chua perlekehkan anggota keselamatan !
Klik SINI untuk vid Tian Chua perlekehkan anggota keselamatan !
Kalau gentlemen, Tian Chua kena lah meminta maaf secara terbuka kepada semua anggota keselamatan terutama kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban kerana menpertahankan kedaulatan negara dari pencerobohan pengganas Sulu !!! Kalau kita baca surat Tian Chua itu, kita boleh lihat bertapa liatnya si bangsat ini untuk mengaku kesalahnanya dan meminta maaf tapi cuba pulak mengaburkan Panglima ATM dengan keratan akhbar yang dibuatnya dia .. entah bila ?
Bagi TM, Tian Chua juga sebangsat bosnya si Raja Auwtar Malaysia yang suka bermuka muka !! TM menyeru Panglima ATM dan tentera juga KPN dan polis menuntut daripada Tian Chua, untuk MENGAKU KESALAHAN DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA !!!
Seperti biasa TM menyeru kepada semua rakyat Malaysia, khasnya di Parlimen Batu untuk menumbangkan rejim PKR dan kuncu kuncunya pada PRU yang akan tiba !!!
Bagi TM, Tian Chua juga sebangsat bosnya si Raja Auwtar Malaysia yang suka bermuka muka !! TM menyeru Panglima ATM dan tentera juga KPN dan polis menuntut daripada Tian Chua, untuk MENGAKU KESALAHAN DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA !!!
Seperti biasa TM menyeru kepada semua rakyat Malaysia, khasnya di Parlimen Batu untuk menumbangkan rejim PKR dan kuncu kuncunya pada PRU yang akan tiba !!!
Thursday, 14 March 2013
@tianchua Bacul Takut Nak Mengaku Salah #TolakPR
Tian Chua mengaku tidak bersalah dakwa pencerobohan sandiwara UMNO.
Ahli Parlimen Batu yang paling tak berguna dan pemalas, Tian Chua yang juga lidah kepada Raja Auwtar Malaysia, si Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.
Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) merangkap ketua penerangan rejim PKR membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Klik SINI untuk cerita berkaitan !!!
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.
Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu.
Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih dari RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Insyallah si mulut longkang ini akan dihukum setimpal dan kuasa rakyat Batu akan menghukum Tian Chua pada PRU akan datang !!!
@tianchua Kecut Telo Apabila Anggota Polis Mahu Tahan Di Lokap Sementara !!! #TolakPR
Sepatutnya pemimpin pembangkang harus memberi kerjasama kepada polis, ketika polis sedang menjalankan siasatan sama seperti pesalah kes jenayah lain masih boleh memberikan kerjasama kepada pihak Polis, walaupun kes mereka adalah kes berat/ Apakah kerana jawatan Tian Chua yang merupakan Ahli Parlimen maka beliau kebal dan tidak boleh dicuit pihak Polis? Adakah dia terlupa dia hanya kebal di Dewan Parlimen je ?
Apakah kerana Tian Chua ini Naib Presiden PKR lidah kepada Anwar Ibrahim maka beliau boleh membuat apa sahaja mengatasi undang undang? Adakah dia fikir ramai orang akan datang berkumpul memberi sokongan seperti ketua auwtarnya?
Tian Chua ini lah salah satu contoh pemimpin rejim PKR yang menjadi ikut macai macai bawahannya. Belum lagi mereka mendapat kuasa mentadbir Malaysia sudah besar kepala dan anda boleh bayangkan apabila Malaysia ditadbir mereka. Pastinya rakyat akan ditindas dna mereka sahaja yang betul serta kebal dari sebarang undang undang.
Pada kejadian pagi tadi, ketika pihak polis mahu Tian Chua ke lokap sementara untuk menunggu dirinya dijamin, pihak polis telah dihalang oleh 3 orang peguam dan 5 orang pengawal peribadinya bertindak membuat benteng. Bukan ini salah dari segi undang undang kerana menghalang pihak berkuasa untuk menjalankan tugas?
Kerana ini lah semalam, setiausaha lembik dia dok twitt kepada orang ramai untuk datang ke mahkamah kononnya untuk memberi sokongan moral, walhal mungkin hanya cara untuk menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas !!!
Apakah Ahli Parlimen rejim PKR, gerembolan DAP dan pelampau PAS tidak boleh dicuit langsung oleh pihak Polis? Apakah ada perbezaan antara rakyat biasa yang melakukan kesalahan jenayah berbanding pemimpin Pakatan Pembangkang?
Maka TM saran lah orang Malaysia untuk berfikir siapa yang perlu diundi pada PRU akan datang !!! Bagi TM, puak puak ini perlu ditumbangkan dan tidak diberi muka untuk memerintah negara ini !!!
Klik SINI untuk salam terakhir Tian Chua !!!
Klik SINI untuk salam terakhir Tian Chua !!!
TM sokong Barisan Nasional dan akan pangkah dacing di Parlimen Batu untuk tumbangkan Tian Chua !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
















.jpg)
.jpg)
.jpg)







