Showing posts with label Komunis. Show all posts
Showing posts with label Komunis. Show all posts

Monday, 16 September 2013

@LokmanAdam Selar @tianchua @IshamRais @khalidismath dan Komunis @NajibRazak @Khairykj


Kenyataan Media

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.

Namun, apa yg menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita  kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.

Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.

Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.


Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.

Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu.  Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.

Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.


Lokman Noor bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Tuesday, 12 February 2013

PAS Batu Pacak Papan Pada Kubur Siapa ?

Arahan Siapa ? Kenapa Menipu ? #TolakPR

Papan tanda  sumbangan PAS  Kawasan Batu di  kubur milik siapa ?
Ahmad bin Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu, Taiping.

PAS Batu telah memacak papan tanda pada sebuah kubur tak tidak diketahui milik siapa. Tapi yang pasti  kubur kubur di sekeliling kubur yang dikatakan milik Ahmad bin Indera atau Mat Indera, semua yang meninggal pada tahun 2004 dan 2010 ! Persoalan utama kenapa PAS Kawasan Batu letak papan tanda itu di kubur milik orang lain tapi menyatakan itu kubur milik Mat Indera?

Klik Sini Untuk Cerita Berkaitan !!!

Batu Batu Nesan yang bertarikh 2004 dan 2010 di kubur Mat Indera dakwaan PAS di Bukit No 2 !!!
Batu Nisan Bertarikh 2010 Sebelah Kanan Kubur Palsu Mat Indera 

Batu Nesan Bertarikh 2004 kiri Kubur Palsu Mat Indera 

Batu Nesan Bertarikh 2004 Lagi Sebelah Kiri Kubur Palsu Mat Indera




Kubur atau Jirat Mat Indera sebenarnya terletak di atas bukit
Tiada batu nisan

Bahagian Kaki mempunyai kawasan yang besa

Lubang 3 segi

Pandangan dari bahagian kaki

TM pun tak faham kenapa orang PAS mahu menipu orang ramai tentang kedudukan kubur Mat Indera ? Adakah ini arahan Mat Sabu ?