Friday, 4 April 2014

Wan Muhammad Azri Tidak Gentar Ugutan Selembut @rafiziramli ! Keep Calm & Report #TWP


Semalam 3 hb April 2014 YB Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataan beliau di parlimen telah cuba untuk menggugut saya melalui laporan Polis yang akan beliau dan YB N.Surendran buat pada Selasa tanggal 8hb April ini. Menurut Rafizi Ramli laporan Polis akan dibuat ke atas saya kerana didakwa telah memberi keterangan palsu di Mahkamah sewaktu kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim bulan Febuari yang lalu.

Saya tidak salah dan tidak ada apa yang perlu untuk ditakutkan dengan ugutan dari Yb Rafizi Ramli dan Yb N.Surendran dalam pekara ini. Saya menunggu laporan Polis yang akan dibuat oleh mereka berdua ini pada 8hb April untuk saya menjalankan tindakan selanjutnya pada 9hb April yang mana turut akan membuat laporan Polis.

Beberapa penipuan sewaktu memberikan keterangan telah dilakukan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah dan ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).

Oleh itu, saya akan membuat laporan polis terhadap Dato Sri Awnar Ibrahim atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Rabu 9 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.
Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Dato Sri Anwar Ibrahim serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.

Wan Muhammad Azri
Rakyat Marhaen
4 April 2014

1 comment:

  1. Anonymous31 July 2022 at 20:25
    Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.

    DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.

    Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.

    Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip

    perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu

    ReplyDelete