Showing posts with label Memali. Show all posts
Showing posts with label Memali. Show all posts

Friday, 4 April 2014

Mahathir, Memali & Me ... Musa Hitam #1Malaysia


KENYATAAN MEDIA
TUN MUSA HITAM

BERHUBUNG ISU MEMALI
SUSULAN MAJLIS DISKUSI ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN
BERTEMAKAN “POLITIK MALAYSIA: DAHULU DAN SEKARANG”

Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”. Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator. 

Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:
Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.
Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.

Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak Polis tentang dua perkara:
(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak Polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4  Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota Polis dan 14 orang awam. Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:
Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam Negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:
Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.

Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh Parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan Menteri; tidak ada pihak baik daripada Kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negativ, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru keatas diri saya. Saya serahkan segala-galanya  kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

TUN MUSA HITAM
4 APRIL 2014

Monday, 25 March 2013

@tianchua Hanya Berani Cakap Di Luar Mahkamah #TolakPR



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dilihat seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno dan Barisan Nasional (BN).
Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.
Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara Umno.
Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.
Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi Umno dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh Umno dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.
"Nampaknya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.
"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi Umno untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.
Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi Umno.
Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.


Klik SINI untuk cerita penuh !!!

Saturday, 2 March 2013

Tabung Parajurit Tragedi Lahad Datu Pemuda Pas Malaysia Meragukan #TolakPR


Sebagaimana kita mengetahui bahawa Tabung Memali anjuran pelampau PAS menpunyai masalah, di mana tabung kononya bertujuan untuk membantu balu dan anak yatim tragedi Memali telah diselewengkan oleh pelampau PAS !!! Balu dan anak anak yatim tragedi Memali tidak menerima wang kutipan tersebut. Malahan jumlah sebenar kutipan tersebut tidak pernah dinyatakan kepada umum dan kemana pergi hasil kutipan tersebut pun juga tidak diketahui !!!

Kini pelampau Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil kesempatan untuk membuat kutipan bernama 'Tabung Parajurit Tragedi Lahad Datu' !!!

Persoalan dari TM adalah seperti berikut :-
1. Bila akaun bank ini dibuka ?
2. Kalau ini akaun bank yang lama dibuka, tidakah akan campur dengan duit kutipan tin milo mereka?
3. Kalau akaun ini bercampur dengan duit lain, bagaimana mereka hendak membeza kemasukan wang tersebut ?
4. Adakah pelampau PAS ini akan menyerah semua hasil kutipan tabung ini kepada keluarga mangsa tragedi Lahad Datu ?
5. Masalah kutip tragedi Memali pun masih belum selesai, kenapa nak menipu lagi ?

TM rasa cukup lah 5 soalan untuk puak pelampau PAS ini, bagi TM mereka ini bukan lah dari golongan yang amanah. Kutipan ini tidak seharusnya buat oleh mereka ini, puak yang mengambil kesempatan mencari duit tambah.

Bagi TM, adalah lagi baik kalau ada pihak meminta akuan bank keluarga mangsa tragedi Lahad Datu dan kita yang ingin membantu bankin terus ke akaun mereka !!!

Klik sini untuk berita lanjut !!!

Friday, 21 December 2012

@abdulhadiawang Kata Syahid Pada 1985 Tapi Mati Katak Pada 2011

kalau mengikutkan Amanat Hadi tahun 1981  #TolakPAS @umbkl

TAHUN 1981

Amanat Haji Hadi Awang adalah dipetik dari ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau juga telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985.

Ibrahim Libya yang dikatakan Mati Syahid di Peristiwa Memali 1985
Ibrahim Libya dan pengikutnya dikatakan mati syahid dalam Peristiwa Memali 1985 telah kebumikan tanpa dimandikan, tanpa dikapankan, tanpa disolat jenazah !!!

Sedutan ucapan Hadi Awang adalah seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


TAHUN 2011

Sila rujuk Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!


Muka surat 18
DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Demokrasi Telus dan Tulen

Perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undang:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Persoalan TM, jika pada tahun 1985 Ibrahim Libya dan pengikut pengikut telah anggap mati syahid tetapi pada tahun 2011, setelah keluarnya Buku Jingga !!! ADAKAH IBRAHIM LIBYA MASIH DIANGGAP MATI SYAHID ATAU MATI KATAK ???????

TM harap orang ramai terutama Melayu akan sedar bahawa pejuangan PAS yang hanya bertopengkan agama !!!!