Monday, 25 March 2013

@tianchua Hanya Berani Cakap Di Luar Mahkamah #TolakPR



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dilihat seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno dan Barisan Nasional (BN).
Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.
Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara Umno.
Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya.
Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.
Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi Umno dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh Umno dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.
"Nampaknya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.
"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi Umno untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.
Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi Umno.
Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.


Klik SINI untuk cerita penuh !!!

No comments:

Post a comment