Wednesday, 6 March 2013

@tianchua Lari Lintang Pukang Ke Balai Polis Utk Selamatkan Diri Apabila Dia Pula Didemo !!!













Bertempat di hadapan pejabat si jahanam Tian Chua, Ketua Penerangan rejim PKR yang juga merupakan lidah kepada Anwar Ibrahim di Sentul, yang mengata insiden di Lahad Datu adalah "KONSPIRASI TERANCANG UMNO' sekumpulan gabungan NGO dan UMNO Batu kira kira 500 orang telah berkumpul untuk membantah kenyataan Tian Chua yang biadap itu. Kenyataan Tian Chua ini tidak mengambarkan sebagai seorang ahli parlimen, malahan tidak sikap sayangkan negara. 

Malangnya apabila mengetahui kedatangan kumpulan itu datang membantah dan untuk menyerah memorandum bantahan kepada Tian Chua sendiri, dikatakan bahawa Tian telah melarikan diri melalui pintu belakang pejabat untuk menyelamatkan dirinya ke balai polis untuk membuat lapuran terhadap kumpulan membantah itu. Malahan tiada orang dari pejabat Tian Chua turun untuk menerima memorandum bantahan tersebut.

Sekian lama kumpulan gabungan NGO itu menunggu mereka tidak turun turun. Maka kumpulan tersebut uamg agal sudah panas memohon jasa baik polis yang berkawal di pintu masuk ke tangga pejabat Tian Chua untuk meminta mana mana orang di pejabat rejim PKR Batu untuk turun menerima memorandum tersebut. Akhirnya ada seorang yang beranikan diri untuk turun menerima memorandum itu !!!


MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP KENYATAAN BIADAP TIAN CHUA MENGENAI PENCEROBOHAN PIHAK ASING DI SABAH HANYA KONSPIRASI UMNO

1) TIAN CHUA BEGITU BIADAP APABILA MENGELUARKAN KENYATAAN DI DALAM PORTAL KEADILAN DAILY EDISI 1 MAC 2013 BAHAWA INSIDEN TEMBAK-MENEMBAK DI KAMPUNG TANDUO MERUPAKAN KONSPIRASI UMNO, 

2) TIAN CHUA DENGAN SENGAJA MENIMBULKAN SENTIMEN KEBENCIAN DENGAN MENUDUH UMNO DAN KERAJAAN MENCIPTA ISU UNTUK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT,

3) TIAN CHUA DILIHAT MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT DI ATAS MALAPETAKA YANG SEDANG BERLAKU TANPA MEMIKIRKAN AKIBAT YANG DITANGGUNG OLEH AHLI KELUARGA KEDUA-DUA ANGGOTA KESELAMATAN YANG TELAH TERKORBAN, 

4) KENYATAAN YANG AMAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, CELUPAR DAN BIADAP ITU MENGURIS BUKAN SAHAJA AHLI KELUARGA MALAHAN BALU SERTA ANAK-ANAK ANGGOTA KESELAMATAN YANG TELAH TERKORBAN SEMASA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR ADRI DICEROBOHI OLEH PIHAK YANG BENCI MELIHAT KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA, 

5) PENDEKATAN TIAN CHUA YANG SERING 'BALING BATU SEMBUNYI TANGAN' TIDAK MENCERMINKAN KETOKOHAN SEBAGAI SEORANH AHLI PARLIMEN BATU, 

6) MELALUI KENYATAAN ITU JUGA, TELAH MEMBERI GAMBARAN YANG JELAS AKAN SIKAP TIAN CHUA YANG GAGAL BERFUNGSI BUKAN SAHAJA SEBAGAI AHLI PARLIMEN BATU MALAHAN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.

Tapi yang TM nak tergelak dan heran, si Tian Chua yang menghina anggota keselamatan, malahan pernah mengigit telinga seorang polis, pandai pulak meminta polis untuk jaga keselamatan pejabatnya dari dimasuki kumpulan gabungan NGO yang ingin menghantar memorandum bantahan, Malahan si Tian Chua juga membuat lapuran polis jugak,

Tian Chua ini tahu mengigit dan baring tengah jalan cuma berani apabila dikeliling oleh orang yang menyokongnya tapi penakut untuk menerima memorandum.

TM sekali lagi mengambil kesempatan untuk sarankan semua pengundi di parlimen Batu untuk menjatuhkan Tian Chua pada PRU akan datang. Malahan kalau korang jumpa Tian Chua di mana mana supaya baling kasut anda ke arahnya :)

No comments:

Post a comment